Powered by Blogger.

Sunday, February 23, 2014

Weng~

Hari ni, terasa nak imbas kembali. Buka balik gambar-gambar lama dalam laptop. Ya Allah, macam tak percaya dah hampir 4 tahun aku tinggal alam belajar. Dah hampir 4 tahun jugaklah aku kerja. Kumpul dana yang tak pernahnya cukup. heh. Cepat betul masa berlalu.

Dulu kan, aku selalu mintak dengan Tuhan, aku nak cepat-cepat besar, cepat-cepat dapat hidup sendiri, nak ada duit dan kerjaya sendiri. Ye lah, tengok mak cik pakcik cambest je kan beli macam-macam. Dah kerja, kahwin ada duit sendiri. Ada life sendiri, takde orang control. Hah yes, i'm a rebellious child (teenager pun). Being the 1st daughter of the family is not even close to easy i tell you. Jadi Benchmark untuk adik-adik, Lagi teruk bila jadi benchmark untuk semua cousins, oh yes, aku cucu sulung.

Sekarang, Ya Allah seriously i feel like going back to all those time. Dulu banyak benda yang aku tak hargai. aku tak sedar pun aku perlu hargai benda tu. Aku tak tahu pun betapa aku akan rindu untuk lalui saat tu lagi. Betapa banyaknya peluang yang datang mengetuk hidup, yang aku biarkan dan tak pedulikan pun.

Orang. Ya. I've been judged from when i was a child. I grown as a person who thinks to much of what others think of me. Juta kali tulis quote "what's important is how you see yourself" bla bla bla, pastu tampal kat dinding, still, aku stll kisah sangat dengan apa orang kata. selalu aku fikir, kalau bukan sebab aku risau pandangan orang, mesti aku enjoy buat macam-macam yang aku nak buat. Mesti aku happy pergi sana sini buat apa yang selama ni aku takut.

Aku selalu kagum dengan orang yang pandai fit in, pandai bawak diri and tak kisah dengan pandangan orang. thats why jatuh cinta dan kahwin dengan orang macam tu. Alhamdulillah :) . I always tried hard to fit in. Sampai kadang-kadang aku buat benda yang tak sepatutnya, yang aku tak nak pun buat. Husband selalu pesan, you be yourself lah.. tapi tu lah kan, hehe being me.. :p

Ok been ranting over the top pulak harini. Lama tak menaip. Nak buat status facebook sebenarnya, tapi cam poyo pulak kan. so transferla isi kepala otak kat sini.

Yang Otak Tengah Weng,
wie :)

Friday, November 23, 2012

pasca pernikahan.

Assalamualaikum and hi.

ok awkward. -_- .

Alhamdulillah, hari ni genap 3 bulan jadi isteri kepada encik suami. Tapi sampai hari ni jugaklah setiap kali bangun pagi, gosok-gosok mata, tak percaya diri dah jadi isteri orang. It's a big leap towards future you know. I'm not to be blame for feeling like this after 3 months pun ;p.

I've not been posting like forever semenjak tukar title. Banyak kali sebenarnya terlintas dalam otak, nak update blog. Lots & lot of new things happening in my life & i want to share it here. Tapi, masa amat mencemburui. Seriously! Takde masa.

And to be honest, i'm still trying hard to fit into this 'isteri' title. Sangat-sangat-sangat lah berbeza dengan kehidupan waktu bujang, dan waktu bercinta. Tambahan pulak aku bekerja, 8.30 - 5.30 pm, well, to be precise, normally would be 8.30-6.30 pm, additional 1 hr OT, 5 days per week. And kalau lagi bertuah, Sabtu pun kerja half day. Penat. Yeah penat. Balik rumah, sampai pukul 7 pm, masak n kemas rumah n basuh baju n segala nya lah yg patut. That's y i said, susah nak jadi isteri. Not that i say being a husband is easy though.

Pergi sana, pergi sini, *pi mai pi mai*, sana sini orang dok tanya, "dah berisi ke belum?". Ok takpa.. chek tak marah aih.. chek anggap depa mendoakan ja.. *sangat*. hehe.. dok la, betul tak marah pun ;) . Bagi aku, Allah akan bagi rezeki tu bila DIA rasa aku bersedia. Sekarang ni dok krung krang krung krang dgn kerja rumah yang tak pernah habis, apa lagi kalau ada baby. Bukan tak mahu, kalau ada Alhamdulillah, seronooookkk sangat! hee XD

Yes, penat jadi isteri. Tapi, bahagia nya, sampai tak rasa pun penat tu. Because i know i'm here with a person that i adore & love so much, who will pimpin my hand to jannah insyaAllah. Because with him, i knew everything's worth it <3 .="." p="p">
*Actually, jauh di sudut hati, homesick sangat dah lama tak balik kelantan. Haraplah planning nak balik KB bulan 12 ni tercapai hendaknya. pls pray for us~ ;)

Thanks for reading~




Saturday, March 24, 2012

Moving on

Assalamualaikum.

Lately, aku selalu terimbau kenangan zaman study. Aku rindu kawan-kawan aku. Yang pernah bersama aku waktu aku jatuh dan bangun. waktu aku jatuh terlentang tersembam tergolek penuh lumpur. heheh. waktu yang aku benar-benar perlukan seorang teman. waktu yang aku tak boleh dibiarkan bersendirian kalau tak banjir lah uia kuantan. hehe. sekali lagi, aku rindu kawan-kawan aku.

Waktu terus berlalu, meninggalkan aku terkontang kanting mencari masa depan. Masing-masing moved on dengan life masing-masing. Most of us are blur. tak tahu apa nak buat. pada permulaan nya lah. sekarang, mostly kami-kami dah ada tujuan tersendiri. yang nak bekerja sudah ada kerjaya, dan yang nak sambung belajar sudah otw menuju impian. Aku seronok dan gembira untuk mereka.

Aku? betul aku ada kerja. aku ada pendapatan tetap. Alhamdulillah, cukup untuk seorang fresh grad seperti aku yang baru nak mula hidup. Tapi, bila fikir masa depan, aku rasa, aku sekarang masih teraba-raba mencari arah. Betul lah, masa study takkan sama dengan waktu bekerja. Aku rasa sungguh dewasa. *poyo*. Takdelah, means, once kau dah pegang duit sendiri, kau akan ada BANYAK komitmen. Yes, aku takde bayar kereta, aku takde bayar insurans @ pinjaman lain. Tapi aku kena sara hidup aku sendiri! Aku dah segan telefon parents untuk bagitahu masalah aku. isk isk. Aku segan kalau balik kampung tak hulur duit kat adik-adik. tiap-tiap bulan kena masukkan duit dekat parents. walaupun depa tak pernah minta pun. Aku rasa itu tanggungjawab aku sebagai anak yang dah bekerja. -_-

ok dah panjang aku merepek meraban. Hmm. Aku selalu teringin nak jumpa kawan-kawan dekat kuantan balik. Tapi aku risau, people moved on. And they won't be the same as before, macam waktu study dulu. Ataupun yang aku rindukan ialah.... suasana UIA Kuantan waktu aku masih degree dulu. If only i could have it back, and store it in a CD or something. hmmm.

i'm going home next weekend. although for 3 days only. i really miss home :'). bila aku kerja jauh dari rumah, aku lebih menghargai waktu aku di rumah dan segala isi rumah. Alhamdulillah, itu pun nikmat Allah.

Thanks for reading and take care! :D

Sunday, March 18, 2012

jatuh dan bangun

Assalamualaikum.

Bila kamu jatuh, please make sure you will rise again. Life is a journey, and journey of course lah ada jatuh bangun nya. And the time when you feel you're at the top, is actually the time when you should be most careful, because if you fall, you gonna fall HARD. Always BEWARE dan be GRATEFUL for whatever we have now. Itu semua peringatan untuk aku sendiri. Everytime aku fikir future, aku rasa kabur, aku risau, aku takut. Tapi, aku akan terus go on, buat apa yang patut, be happy, enjoy every seconds in life, and of course while remembering that DEATH is always near. Bekerja seperti akan hidup seribu tahun lagi, beribadah seperti akan pergi menghadap DIA esok. dan aku rasa, sebab ni lah aku keep on updating this blog, walaupun aku tahu, takde apa yang menarik sangat untuk dikongsikan. But at the very least, bila aku rasa down, sedih, tulisan-tulisan lama aku lah yang aku akan baca balik untuk mengingatkan aku dan menyedarkan aku. aku bertuah, dan aku unik. Alhamdulillah :') .


dah lama tak dengar lagu ni, skyscrapper, meaningful.


bye and take care folks! :)


Thursday, March 8, 2012

MegaGiveAway by Penmerah.com

Assalamualaikum.

Setelah sekian lama tak join giveaway, kali ni aku tak nak lepaskan peluang. Ada 60 hadiah kot. Kata mega giveaway kaaannn :p . Ok sesiapa yang nak join giveaway ni, ada 5 syarat yang perlu anda penuhi. Syaratnya adalah seperti yang tertera di bawah. mak aii iklan. haha.

Syarat-syarat:

1. Buat entri ‘’MegaGiveAway by Penmerah.com’’
2. Likes Fanpages Penmerah.com
3. Copy Banner dan Link kan ke Entri GA Penmerah.com.
4. Tag 3 orang kawan
5. Dah siap entri, tinggalkan link entri tu kat ruangan komen entri giveaway kat tuan punya giveaway

Ok now aku nak tag 3 orang, they are going to be:

2. Sarah

Thats all for now and thanks! :D

Saturday, March 3, 2012

RRRRANDOMM

Assalamualaikum.

It's a post night shift's post. err heh. sampai rumah mandi, and like always, tak boleh tidur terus. here i am sitting in front of laptop and tv, watching so you think you can dance while typing this entry. hehe perasan macam wanita berkerjaya yang tak berapa sophisticated. Badan sangat penat.

1. Have you ever went to a store thinking of buying something that you've been craving for so long, then you end up buying something else which is much cheaper, and the worst thing is, you end up buying the one thing you craved for sooner or later. haha. aku selalu macam tu. Contoh yang mudah, nak beli lip gloss yang harga agak mahal. pergi watsons then tengok-tengok test and dah pegang nak beli. Lepas tu tengok lipstik, then dalam kepala terfikir, dengan harga lip gloss ni, aku boleh dapat 1 lipstik and 1 lip gloss brand lain yang kualitinya ok-ok. yes, aku letak balik lip gloss tadi and beli lipstik dan lip gloss brand lain. and guess what? seminggu lepas tu aku pergi jugak beli lip gloss yang mahal sikit tadi. hahaha. i end up spending double of what i planned earlier. hihihi. i can't help it. This is BAD.

2. Di pagi hari yang sibuk macam biasa (hari bekerja), aku akan keluar kerja pagi pukul 7.50 am planning to take train at 8 am. Dan aku akan sangat menyampah dengan orang-orang yang menyemak tengah jalan yang "tak reti ke orang tengah rushing nak pergi kerja" type of people. You know la, orang yang suka main phone sambil jalan atas tangga, orang yang tak reti nak duduk line kiri bila naik escalator and tak nak jalan, orang yang suka berhenti tengah-tengah jalan then sembang, orang yang berbagai jenis lagi lah. eeee sakit hati tau takkkk... Maybe its just a habit of mine where i really cant stand people who's not punctual. Like seriously, even with my officemates pun.... aku tak suka! u really have to consider other people lah especially when you;re working on shift. Mungkinlah aku berkira, tapi tu lah, that's just me. So far, i never came late to the office except for one time when there's problem with train. And i do expect people to do the same. ugh, aku ni skema kot. dan skema is not bad you know. it's a good quality indeed. ya Allah, aku kena lebih berlapang dada.. -_- .

3. Aku sekarang masak hari-hari. dan aku sangat suka penjimatan yang berlaku. tapi in a way, ia membuatkan aku rasa sangattt nak shopping dengan penjimatan tu. hahaha. teruknyaaaaa! i really have to control my nafsu. aduhai..

ok, this is really just a random post. and yes, i;ve been posting lots of random posts lately. i dont care, this is my blog. my space. heh whatever. i love you hasrizal mohamad *tiba-tiba*.

thanks for reading and take care :)




Wednesday, February 29, 2012

common sense

Assalamualaikum.

Honestly, aku pelik dengan certain people. sebab aku rasa perasaan yang macam "diorang ni takde common sense ke?", "benda basic macam ni pun tak tahu ke?", and the list goes on. Benda basic macam bila kau basuh pinggan kat sink, kau kutip balik semua sisa makanan kau, buang dalam tong sampah. Bila kau masak, kau kemas dapur, bukan tinggal je kuali kau tu atas dapur gas sampai lah ketikanya kau nak masak balik. Bila sampah dah penuh, kau ikat plastik sampah tu then buang, lepastu before letak sampah baru kau taruk dulu plastik dalam tong sampah. and again, the list goes on and on.

Bila aku fikir dan fikir dan fikir, aku rasa semua ni berbalik pada macam mana mereka hidup kat rumah mereka. How they live with their family, and how their parents manage their home. dan bila fikir semua tu, aku rasa bersyukur i got a mom as great as my ummi. Ummi sangatlah menjaga dan menitik beratkan soal kebersihan rumah dan apa-apa yang "so called" common sense nih. Kalau nak guna dapur ummi kat rumah tu, kalau boleh jangan sampai ummi perasan pun kita guna dapur dia. Kalau dia perasan kita guna tu maksudnya adalah part mana-mana yang dia tak puas hati kita lap ke, kita susun pinggan mangkuk ke. Dan kalau ummi tak puas hati cetu, BISING lah satu rumah. hihi. Dulu memang selalulah masuk dalam bilik dengan air mata bertakung lepas tu fikir "ummi tak sayang aku", "ummi lagi sayang dapur dia"; hehe gila emo aku nih :P.

Kalau pergi jalan raya ke jalan saja-saja ke kat rumah orang, sebelum makan mesti kena turun dapur buat air ke ape ke. Pastu kena tolong-tolong tuan rumah hidang makanan. Yang part cetu ok lagi, tibanya part yang kena basuh pinggan gelas semua kat dapur, mula lah kami adik beradik tuding jari satu sama lain. Bukan malas bai, tapi dah pakai baju kurung tudung sume cantik-cantik, sekali kena basuh pinggan. Habislah basah -_- . Huhu. Aku selalu buat alasan nak ngelat dan aku akan suruh adik-adik aku buat tang tu dengan alasan "kaklong dah selalu dah buat dulu-dulu, ni time korang pulak :P". Alasan tu selalu menjadi untuk adik-adik perempuan aku. Tapi..... as always, ummi takkan benarkan aku ada kat tepi dia time cetu. Ummi akan suruh jugak aku masuk dapur. Means aku kena buat jugaklah kerja apa-apa yang patut. Kadang-kadang geram jugak lah sebab dapur dah penuh, still tak leh dok luar. Tapi tu lah, that's how ummi didik kami adik beradik :) .

Somehow, aku bersyukur. Sebab kalau ummi tak strict dalam didik kami adik beradik, mesti aku tak reti nak jaga benda-benda basic. Banyak lagi benda sebenarnya yang ummi takkan bagi muka dengan kami adik beradik. hehe. Kalau cerita kat sini memang takkan habis. Berbali kepada persoalan common sense kat atas, aku sangat harap orang-orang seperti itu belajar untuk berubah. You're going to change for better. Tak rugi pun. Semua orang suka kalau kamu jadi seorang yang pembersih. Tak menyusahkan orang lain, tak menyusahkan diri kamu sendiri jugak. Kita ni perempuan, so be a perempuan. Being a perempuan doesn't only circulate about make up and fashions you know. You have to widen your way of thinking lah. Small-small matters that doesn't even matters to you, it MATTERS you know.

Bila kita tinggal serumah dengan someone, only then we can see their true colors.

ok then, thanks for reading. Have a good day everyone and take care! :)

Sunday, February 26, 2012

selesema

Assalamualaikum.

Since 2, 3 hari lepas, badan tak sihat. *saya selesema chekgu!*. Nak pergi klinik tapi malas jumpa doktor. Nak ambil ubat je. Tapi kalau takat nak ubat, better pergi pharmacy je.. kan? heh. Tapi off day semalam memang aku gunakan sebaik mungkin lah. guna untuk apa? untuk tidur sepuas hati. haha. Tarik tilam keluar depan TV, ada meja bulat kat tepi. Heaven! Tidur sambil tengok TV sampai berat kepala. huuu~ takpe lah kot kan sekali sekala bermalas-malasan.

Bila dah ada peti sejuk kat rumah, aku kalau boleh nak masak je 24x7. Semalam jugak dah beli stok makanan untuk seminggu. Then semalam buat puding marble and Bubur pulut hitam. Aku memang cukup bangga dengan bubur aku. tapi puding tu.. err.. hehe, ketul-ketul la weh. aku rasa kalau puding tu jantina dia lelaki mesti laku, ketul-ketul cetu. haha. kalau ketul-ketul tu takpe lagi, tapi manis yang amat lah pulaaakk. aduhai, aku kalau manis ni memang tak berapa kena dengan tekak lah kan. Terus rasa nak buang je satu tray tu. hmm.. Nak letak gambar semua makanan yang aku masak semalam, tapi cable handphone ada dengan orang lain. so cukuplah dengan bercerita je. and btw, aku ada beli jugak lesung batu dan periuk sederhana besar untuk masak, add on lah kepada rice cooker haritu. hihi lagi lah semangat nak masak kan. banyak resepi nak try nanti. eeeee bestnya! ^^

and malam ni, dah perlu mula kerja. masuk malam. tapi malam ok lah kot, penat dia tak sama macam kerja siang. kerja siang nak menghadap management lagi, fax and call asyik masuk je. memang kelam kelibut lah kan. tak menang tangan dibuatnya.

hmm.. i missed my friends so much. Ya Allah, segala yang kau tetapkan untuk ku pasti ada hikmahnya. but still, doesn't mean that aku boleh take advantage dengan pernyataan tu. sebab Allah juga takkan mengubah nasib hambaNYA tanpa usaha dari hamba tersebut sendiri. So, please do the needful nurulwidad. hehe XD

thanks for reading and take care peeps.

ja ne~

Tuesday, February 21, 2012

semenjak bekerja

Assalamualaikum.

Semenjak bekerja:

1. Tak pandai nak bangun pagi lambat. seriously, setiap hari confirm terjaga pukul 6.30 am tanpa set alarm. Ok aku tahu takde lah awal sangat kan. tapi yelah, compared to masa study dulu.. fuh.. ini dah cukup awal. Kalau time datang bulan, set lah alarm lambat sikit kan, tapi mesti terbangun time tu jugak. haha hebat ah rasa diri ni :p . Tapi ni terkecuali lah untuk hari-hari yang betul-betul penat, pernah sekali tak kunci jam sebab confident je boleh bangun pagi, sekali bangun 7.30 am. haha tak cukup tanah den nak berkejar. hihi

2. Sangat amat jarang balik rumah. Kalau dulu time raya, mesti ringan je mulut nak merungut kalau pak cik @ mak cik aku tak balik rumah. lebih-lebih lagi mak su na dan cik lah aku. dulu-dulu time diorang belum kawin aku selalu tunggu depa balik kampung bawak ole-ole. Sekarang, wa sendili lasa woo, cuti manyaaaakkk susah nak dapat. isk isk. kalau cuti ada pun, mesti sayang nak amik banyak-banyak sebab tahun ni still panjang. isk. kelija kelija. i love hate you lah!

3. Berkira GILA kalau nak shopping barang sendiri. Seriously! aku tak tahu lah ni perangai aku ke apa. tapi kalau time study dulu, masuk je scholar terus sibuk fikir nak beli apa. sekarang pun beli jugak barang, tapi compared to dulu, sangatlah jauh bezanya. sekarang kena tolak duit nak simpan buat kawin, duit simpanan sendiri, duit untuk parents, sewa rumah, hutang orang *kalau ada*, prepare duit kalau adik-adik mintak, dan segala yang seperti mereka. Kalau dulu, baju sehelai rm40 tu aku rasa ok la. sekarang, sehelai RM 40 aku akan pegang, tenung lama-lama, try dalam fitting room, keluar fitting room then letak balik kat rak. sadis tak? haha :))

4. Sangat berasa rugi kalau weekend @ off day berlalu tanpa buat apa-apa. As some of you might know already, aku sekarang dah masuk shift. Dan jadual kerja aku lain dari orang lain. Kalau dapat cuti weekend aku sangat bersyukur. Malangnya, kebanyakan off day aku hari biasa, means, weekdays. Yes, kalau weekdays cuti nak gi mana je weh? kalau shopping memang best la sebab tak ramai orang, tapi takkan setiap kali off day nak shopping je kan? shopping yang selalunya tak berhasil apa-apa pun muahaha. bosan weh bosan. tapi tu lah yang selalu aku buat untuk isi masa lapang. tak pun kalau rajin sikit aku akan masak. sekarang memandangkan peti sejuk dah ada kat rumah, maka bolehla aku merajinkan diri masak *kalau rajin lah* :P

5. Jarang DATING. Masa mula-mula kerja dulu kemainlah kan, seronoknya dah dekat. Bolehla jumpa selalu. Tapi yang jadinya lain. Dekat tu taklah dekat sangat sebenarnya. Dan setiap kali keluar, ongkos yang keluar bukannya sikit. isk. oleh itu, sekarang kalau dapat sebulan sekali keluar pun Alhamdulillah. sebabnya, cuti tak sama weh. CUTI tak sama! huwaa nak kawin cepat!! -___-

hmm actually banyak lagi perubahan semenjak dan sebelum bekerja ni pada aku, tapi semua yang aku list kan tu yang obvious lah. hehehe. ok panjang pulak aku taip harini. hua hua. tiba-tiba idea datang. hmm.

ok lah, till next time. ja ne~ ;)

Saturday, February 18, 2012

what my life has become

Assalamualaikum.

Aku rindu. rindu nak ada semangat update blog. rindu nak ada life yang macam dulu. bebas, tak ada komitmen, boleh menyembang atau tengok the vampire diaries ramai-ramai setiap kali dapat stok baru. Bangun pagi, nak ponteng kelas pun tak apa *selagi ada bajet :p*.

Life sekarang? It's pretty much the same thing each and every day. Bangun pagi pergi kerja, balik, penat dan rehat. Salah aku kah kalau aku rasa sangat bosan dengan life sekarang? Entahlah, mungkin aku kot yang tak pandai nak membuatkan life jadi interesting. Sebab aku rasa, life sementara masih bujang ni, plus aku duduk dengan housemates yang aku kenal pun kat sini, semuanya berkisar tentang kerja. Aku takkan cakap yang aku tak suka kerja aku. i do love my job, but then, i'm bored with my life.

Setiap minggu aku akan dapat off day 1 @ 2 hari. Kemungkinan jatuh pada weekend, kemungkinan besarnya jatuh pada weekdays. Apa nak buat? hang out dengan kawan-kawan? shopping? masak? menjahit? nak masak dan menjahit memang sangat terhad kemudahan yang ada *i miss ummi's kitchen so much!*, nak lepak dengan kawan-kawan? selalunya susah untuk cari masa yang sesuai. dan honestly, shopping? hmm.. dah tak tau nak beli apa dah, duit pun bukan ada sangat.

Aku rasa lonely. sangat. that's why, aku rasa aku ni dah tahap wajib kahwin. gatal ke aku? ok say whatever you want to say. but the real thing is, aku tak sabar nak kahwin. ok, i think i should say nikah. solemnization is what i need for now. Ya Allah please permudahkan urusan kami. Sangat banyak halangan dan dugaan yanng dah aku dan dia lalui untuk menuju ke matlamat tersebut. Air mata aku rasa macam dah bergelen-gelen tumpah. But still, i won't step back, insyaAllah.

hmm.. i think thats it for now. A quick peek on my messy life nowadays. haha. Thanks for reading.

Till then, ja ne~

Monday, September 12, 2011

about love

we differ in every terms
but still,
i love you.

ya Allah, tunjukkan kami jalan menuju redhaMu

Wednesday, August 10, 2011

#wordless wednesday 1: i miss you!





p/s: aku tahu buruk gila aku doodle. hihu~

Tuesday, August 9, 2011

kelemahan.

Aku mengharapkan adanya seorang insan untuk share apa yang aku rasa sekarang. Bersama dengan hujan rakus petang selasa ni, serakus itulah empangan air mata pecah. Aku tak kuat untuk hadapi semua ni seorang diri. Tapi tak kan ada yang memahami, sebab orang lain juga punya masalah sendir. people say things. always. they said i'm EMO. tak kuat, manja, lemah.. and the list goes on. tapi, nampak kah kamu apa yang aku lalui? merasakah kamu apa yang aku rasa? there goes the saying, "Berat mata memandang, Berat lagi bahu memikul".

Positif Nurulwidad! Positif! That is what i'm trying to do all these while. Being alone here, its tough. Hati meronta nak balik, homesick. tak nak lagi jauh dari family. Terasa wang ringgit yang aku dapat tak bernilai if compared to being at home with family. but then, keadaan tak akan mengizinkan. why? you'll never know. Realiti tak seindah impian people. so, just get over it, and keep moving on.

Aku setiap hari mengelamun, tanya diri sendiri. benarkah ini yang aku mahu? Betulkah apa yang sedang aku buat sekarang? I keep on saying to myself, that i can do more than this. Kenapa aku keep on rasa lemah, rasa tak puas hati dengan diri sendiri. what is happening to me. Aku tak faham diri aku sendiri. sungguh, aku tak faham. Aku tahu, aku sedar, aku masih fresh. banyak yang aku perlu pelajari, tapi aku benci rasa ni, rasa tak puas hati dengan diri sendiri.

come on la nurulwidad! Learn to appreciates what you have now!

Ya Allah..

-_-

ja ne~


Monday, August 8, 2011

blog aku hidup aku

Assalamualaikum.

Lamanyaaaaaaaaa tak update kan, ada lah dalam 2 bulan rasanya. bukan lah busy mana pun, cuma tak ada rasa nak update. aku sayang blog ni, sangat. nak sangat hidupkan blog macam biasa. Dalam masa yang sama, ada banyak kekangan yang buatkan aku rasa tak best dalam ber'blog. satunya, sebab aku rasa aku tak boleh jadi diri aku. Bila ber blog, aku mengimpikan keadaan di mana aku boleh share dan tulis apa sahaja. Aku memang tipu diri bila aku cakap aku tak kisah bila ada orang cakap things like

"apela, ini pun nak share kat blog ke?"

"blog x ilmiah langsung!"

and many more.

Aku di luar dunia maya ni, ialah aku yang sangat tertutup. yang aku maksudkan dengan tertutup ialah, aku sangat susah untuk benarkan orang masuk dalam dunia aku dan kenali siapa aku sebenarnya. Hanya beberapa orang yang aku boleh kira dengan jari yang sepuluh Allah bagi ni sahaja yang kenal aku. Dan dengan mereka mereka ni, aku memang tak control ayu.

My other half pernah tanya aku, "kenapa eh, awak macam ada barrier dengan orang sekeliling awak?", and i really have no answer for that. maybe i'm afraid of being hurt. ye lah, lagi kita open, lagi mudah kita nak di 'attack' oleh sesiapa kan? dan lagi banyak kita berkawan dan baik dengan orang, lagi banyak kita akan berhadapan dengan pelbagai kerenah orang yang pastinya ada yang OK dan adalah beberapa yang KO. hmm.

Aku sedar, tak ada pun orang nak baca blog seciput aku ni.
tapi aku tetap tahu, ada orang yang akan baca.
jadi, untuk aku mampu berblog dengan puas hati
aku akan delete link blog dekat FB. ok tak? hahaha..

mesti semua tahu tentang cabaran 30 hari bloggers kan? tiba-tiba rasa nak buat semua tu. <3


p/s: let me be myself in my own world

Thursday, June 9, 2011

saya kenal sayang saya :)

buat awak,

saya tak mahu awak sayangi saya,
awak berlembut dengan saya,
awak puji saya melangit,
hingga saya tak nampak kurangnya saya di mana.


awak,


jadilah seperti cermin saya,
temani saya ke mana sahaja,
betulkan saya kalau saya terlencong,
marahlah saya tika perlu.

awak,

thanks for always being there.
tahan telinga dengar saya bercerita,
tak lokek hulur tangan membantu,
sentiasa senyum walau saya mencuka.

bukan semua orang mampu tahan dengan perangai tak senohong saya,
and you, are one of them :D

awak tetap hebat di mata saya :)

sincerely,

love

Wednesday, June 8, 2011

because patience is virtue.

assalamualaikum.

i want to keep thinking positively, no matter what happens, I can still survive.

sebab saya percaya, Allah tuhan Maha Adil. dan Allah takkan bagi ujian pada hambanya yang mana di luar kemampuan hambanya.

Alhamdulillah, kekuatan kekuatan aku masih banyak. i know they trusted me.
i want to make ummi and abi proud.

I also believe that, as long as i keep my intention straight, nothing would hold me back.

p/s: woke up in the morning everyday while hoping that things go well on the day.

ja ne~ :')

Thursday, June 2, 2011

A Quick update



today is my second day of work. may today be better then yesterday :D. lagi 5 minit before 7.30. 7.30 baru nak turun dari rumah g LRT. semalam turun pukul 7.20 then sampai office 7.45 pg. awal ok! masuk 8.30.



simple je pergi kerja. tak reti nak mekap dan tak reti nak pakai baju lain selain baju kurung :p .
ok nak gerak dah. doakan selamat :)

ja ne~

Saturday, May 28, 2011

tanya sama hati


lagu lama zaman p ramlee dulu memang evergreen kan?
hijauuuu sentiasa. apa lagi kalau diberi nafas baru.
hehe. aku suka lagu ni.



yang ni versi p.ramlee punya


ni versi baru


boleh joget-joget. hehehe :D

masa berjauhan, apa nan dikenang
bila difahamkan, itulah sayang :)


selamat pengantin baru buat kawan-kawan yang telah dan akan mendirikan masjid
sepanjang cuti sekolah ni. selamat bertunang juga untuk sesetengahnya. semoga
dipermudahkan urusan kalian dunia akhirat. insyaAllah.

ja ne~

Friday, May 27, 2011

it ends before it even begins.


lagu putus cintaku. isk. walaupun tak putus cinta pun, tapi rasa macam putus cinta jugak.
hari-hari mengelamun, hati gundah gulana, dengar lagu jiwang.
isk. hati, lekas pulih ya sayang. :')


Thursday, May 26, 2011

procrastination



alright, first, watch the above video. done?
comel tak charlie? comel kan? hehe aku memang ikut video p.cik ni tiap minggu
dan topik dia minggu ni which is "stop procrastinating" menarik minat aku.
sebab procrastination is my daily practice.

bwahaha. teruk kan. i kind of like the theory about the prefrontal cortex and the limbic system. where he said that the limbic system is nearer to the pleasure centre thus easier to stimulate the pleasure center and make us feel happy. hehs. patutla procrastinate ni cam best je kan? :p

best macam mana sekali pun, procrastination is still a thief of time.
so, be careful. :)

ja ne~


 

nwca Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez