Powered by Blogger.

Friday, August 20, 2010

ceritera homesick!

saya baru lepas balik kelantan minggu lepas.
baru beberapa hari saya berada di kuantan.
tapi..
hari pertama berbuka di kuantan selepas balik rumah haritu,
saya hantar sms kat ummi mengatakan saya rindu rumah.
tak boleh call, nanti automatically bilik saya akan banjir *metafora ok!*
saya terbayang-bayang keseronokan berbuka di rumah,
rumah saya berhadapan dengan masjid
dan
azan memang tepat-tepat je.
bunyi je orang tengah adjust microphone,
kami sekeluarga akan bergerak ke meja makan, hihi
seronok tahu!

saya tahu, ummi gembira bila saya balik haritu,
even saya tak dapat tolong ummi masak pun,
at least saya tolong ummi hidang dan buat air sedap-sedap.
kan ummi? ;)

setiap kali kami makan bersama,
ummi selalu teringatkan adik saya yang di perantauan *uia pj je pun*,
apalah yang dia makan harini?
saya tahu,
ummi rindu nak berbuka cukup lengkap satu keluarga.

yie, please take note ok!
jangan dok balik lewat sangat lagi cuti raya ni.
ummi rindu tau!
kak long rindu jugak. *sikitla* :p

p/s: minggu depan mid term exam bermula. kerja pun banyak. doakan saya! *buat muka comel*

Monday, August 16, 2010

owh duit yang macam air.. :'(

salah satu godaan yang jarang aku dapat tepis bila balik bercuti ke kelantan ialah

shopping tudung!

tak kiralah tudung jenis apa sekali pun, dekat kelantan memang boleh dapat murah kaw-kaw punya. lagi-lagi kalau beli banyak-banyak dan pandai tawar menawar. Bukanlah kat negeri lain tak boleh dapat murah, tapi kat kota bharu ni, aku dah familiar dengan tempat-tempatnya. mana tempat sesuai cari tudung. tempat cari telekung sembahyang. tempat baju kurung pasang siap murah. tempat langsir. hah, ape lagi korang nak? :))

selalunya, tempat yang selalu aku survey tudung, baju kurung, kain sembahyang dan segala, ialah kat Pasar MPKB. Jalan ke sana tak terlalu sibuk dan parking pun boleh kata senang carila. kena cari masa sesuai juga nak pergi. ditambah pula dengan jalan sehala kat KB sekarang, kurang jam dan yelah, kurang jam. hihi :P.

tadi, aku pergi pasar MPKB konon nak tengok-tengok je tudung.

*tapi beli juga lastly*

pergi tengok kat satu kedai ni, nak tengok telekung. aku tanya la kan,

"mak cik, kain semayang ni jual macam mane?"

"owh, adik nak yang harga berapa? ada rm40 ~ Rm100++ "

aku cakapla aku nak yang ranging from rm40~rm5o. then, dia tunjuk kat aku beberapa pattern telekung yang harga lebih kurang gitu. aku belum sempat tawar lagi, dia cakap:

"adik dah biasa datang sini mak cik kira bagi murah-murah la, yang ni *sambil tunjuk kat satu telekung* mak cik biase bagi kat orang lain rm60, tapi kat adik mak cik bagi rm50 je,"

and i was like, bila masa pulak aku penah datang kedai makcik nih?
tapi takpelah, mak cik ni macam terus tak nak dengar explanation aku. confident je dia cakap cetu. biasalah kan, cara nak amik hati dan yakinkan customer. aku yakin sekali, telekung yang mak cik tu cakap rm50 tu boleh dapat lagi murah dalam rm 30 je.. so aku tawar dan tawar lagi, at last, aku dapat dengan harga rm40. haha, dan aku puas hati. aku tau, mak cik tu dapat untung banyak jugak even aku dah mintak kurang banyak. hihi.. :P

esok malam dah nak kena balik kuantan. aku sangat amat malas. lagi pulak duduk rumah bulan-bulan puasa ni memang nikmat sebab makanan memang the bomb lah. XD
tapi...........
aku tak nak fikir lagi tentang kuantan sementara masih di rumah.
i'll save all the workssssss for 'me' in Kuantan.
:P

p/s: duit habis jugak even dok rumah :'(

special for my rumput :D







because i know my secrets are safe with you dear.

p/s: i miss you.

Tuesday, August 10, 2010

ahlan ya Ramadhan :"D

sepertinya tahun-tahun yang lalu, sekali lagi tahun ni, i'm going to spend most of my Ramadhan in campus. Terawih di musalla sebelah bilik. buka puasa kat M5 2.7. lepas tu merungut-rungut pasal lauk kat cafe yang selalu tak menepati cita rasa. lepas tu bersembang dengan kawan tentang kebiasaan berbuka puasa di rumah dengan dishes yang pelbagai.. tapi, sedar tak sedar, suasana ini lah yang akan dirindui suatu hari nanti.. ya, on one fine day.. ;)

bilahan hari terus berlalu, semangatku di awal semester mula berkurangan, ditiup semilir angin kah? tapi gitu lah, semangat, ada turun naiknya.. macam iman jugak kan? ;) sebab tu lah, aku perlu balik this weekend. perlu recharge semangat. biar datang belajar balik berkobar-kobar semangatnya. Ah, jangan semangat je lebih, kerjanya tak jalan. :p

dan, dan, dan

tiket balik raya dah beli. mak ai, gila semangat. tak kisahlah. kalau tak cepat, habis. so, baik cepat-cepat kan. hihi :p

oh, tak dilupakan. presentation proposal fyp akan bermula esok hari. selamat maju jaya buat rakan-rakan sekalian. i'll be presenting on thursday. Allahumma yassir.

p/s: may this ramadhan be a better ramadhan compared to the last one.

Tuesday, August 3, 2010

awak yang saya kagumi.


saya tahu saya tak sesempurna dia di mata awak.
tapi, sebagai teman,
saya sayangkan awak.
semoga, awak sentiasa tabah.
semoga, awak sentiasa kuat.
awak yang ajar saya,
hidup ni tak sentiasa seperti yang kita rancang.
awak yang ajar saya,
erti setia.
awak membuat saya lebih menghargai.

awak, kuat!
akan ada mentari untuk awak nanti.
muncul di balik awan gelap yang tebal tu.
awak,
saya sayang awak.
sayang seorang teman kepada temannya.

p/s: bukan senang nak sayang orang kan? dan bukan senang bila sayang kita tak berbalas.


Friday, July 30, 2010

untukmu ibu :D






tergelak gelak terkekek kekek tengok video ni.
tapi ada point jugak apa yang mamat ni cakap kan.
ummi, i love you so much!

:D

ikut rasa hati binasa.

pernah tak, satu hari, kamu rasa sangat banyak perkara dalam otak?
otak macam nak pecah dek membawa tampungan yang sangat banyak?
pernah tak, kamu sangat bersabar dan tahan perasaan yang menyenak dalam hati,
sebab mahu jaga hati orang?

kalau saya bila semua perkara di atas terjadi serentak,
saya selalu rasa nak jerit kuat-kuat
salah seorang kawan saya bagi cadangan,
pergi ke laut,
jerit kat ombak,
"ombak jahaaaaaaaaaaaattt"
wah, menarik. *sparkling eyes*

dulu cikgu sekolah saya ajar, kalau rasa nak marah,
yang ke tahap nak baling-baling barang,
nak hempas barang atas meja,
bawa mengucap, ambil wudhu'
solat sunat 2 rakaat.

betul lah kan. masa kita marah lah kita tak mampu nak kawal perasaan.
dan itulah masa terbaik bagi syaitan laknatullah nak mengambil alih kemudi akal kita.

"There is no position that so shakes the clarity of our judgement as anger.
Things truly seem different to us once we have quited and cooled down."
~Montaigne~





 

nwca Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez