Powered by Blogger.

Tuesday, March 8, 2011

gedik sket mau?


firstly, sila lupa dan abaikan entri emo di bawah bawah.
biasalah kan, perempuan. *datang bulan kot* :p
sekarang tengah bertungkus lumus menyiapkan segala kerja dan lebihan labwork fyp
banyaknyaaaa!! tak sabar nak selesaikan semuanya!
kuatlah hati, kuatlah semangat, berhentilah kuat berangan hehe :p

Alhamdulillah
May 12th is getting nearer. can't wait!
it's been 2 years being with YOU
lots of things happened. memories were kept in hearts.
thanks sayang :) .

p/s: gatai noo? haha lol


Monday, March 7, 2011

sayonara


maybe
i've given too much to be your best friend.
yes
i'm hoping too much from you.
and now
i'm stopping this.

i'm not even one.

tak layak pun.

i'm far too childish to be your besties.

i'm too imperfect to be one.

so now, i'll go away.

i'll stop trying so hard.

i'll stop. i'll stop.

sorry. i'm giving up.

T.T


semoga mudah jalanku


lately, rasa penat menguasai diri. tak tahu punca. nak kata banting tulang 4 kerat pun tak. nak andai study bagai nak lebu buku pun tak jugak. buat thesis sampai pecah otak pun tidaj sama sekali. minggu ni ada 2 kuiz hari berturut-turut. untuk subjek clinical research, satu nota pun belum dapat aku habiskan. semalam nak baca je, boleh pulak tertidur time baca. boleh bayang tak? ada gaya macam nobita la boleh tidur kat mana-mana kan?

ya Allah, semoga aku kuat. KUAT sangat perlu sekarang ni. sekarang ni kuat sangat berangan lepas grad nak buat tu nak buat ni. sibuk je dok cari kerja segala padahal yang dihadapi sekarang ni tak de nak lepas lagi pun. tak mo dah sighing. tapi macam nak sigh jugak. aduh. kuat sungguh dugaan final semester ni kan. lepas ni nak pergi lab, siapkan sisa fyp. semoga Allah permudahkan urusanku. kalau boleh siapkan hari ni lagi bagus. :")

p/s: doakan saya pleaseee. ummi k.long nak balik lagi.. -_-


kurnia friendship




boleh tak bila go through album-album lama dari first year hingga fourth year, mata berkaca basah je. rasa terharu atas nikmat persahabatan yang dikecapi. rasa gembira dan bertuah sebab punya sahabat seperti mereka. rasa sedih juga bila teringat kawan-kawan yang dah melangkah ke alam lain. ada suami untuk dijaga. kurang sedikit masa bersama. sedih lagi bila mengingatkan yang semua setiap seorang dari kami akan melangkah ke alam itu. rasa kehilangan itu ada jauh dalam hati. suatu hari nanti, gambar-gambar tersebut akan kutunjukkan kepada warisku, men'lagenda' kan kisah berharga ni. walau cuma 4 tahun kita bersama, malah mungkin kurang, aku sangat menghargainya. Terima kasih kawan-kawan.


boleh pulak jiwang kan. memang dalam mood emo emo jiwang pun sekarang. tadi petang entah berapa lagu indon saya download. lepas tu tengok pulak gambar-gambar kenangan tu sambil dengar lagu-lagu sentimental jiwang *guna headphone baru comel* sampai orang ketuk pintu bilik dan panggil dan call dan sms pun tak dengar. memang masyuk ah :"))

Ya Allah, terima kasih. syukur kehadrat-Mu atas kurniaan ini. semoga lembayung rahmatMu sentiasa memayungi hidupku dan sahabat tercinta. insyaAllah.




Wednesday, March 2, 2011

tafsiran mimpi berombak :DD


setelah sekian lama blog ini menyepi sejuta bahasa, sehingga terdengar suara-suara sumbing menanyakan kenapa dan mengapa. maka haruslah saya meng'update'. hehe. masa berkejar-kejaran, siang diganti malam, matahari dihambat bulan dan bintang, begitulah juga saya dihambat workload yang semakin bertambah. Tapi, saya tetap tak rajin-rajin. sehinggalah semalam, saya didatang mimpi dikejar ombak sehingga lemas. baru lah mula nak fikir bukan-bukan.

mari kita tafsir mimpi saya yang semalam tu. ombak saya umpamakan seperti workload yang banyak. saya ialah saya. gigi laut which is pantai saya ibaratkan seperti peruntukan masa yang saya ada untuk siapkan semua workload tersebut. ombak yang pada mulanya, mengacah-acah saya melambangkan saya sebenarnya risau akan kerja-kerja tersebut. tapi, dalam fikir cuma rasa macam takpe, masa masih panjang dan banyak untuk saya siapkan segalanya. haa see see? tangguh-tangguh pencuri masa ni lah yang saya selalu amalkan. sihat tak? memang tak sihat kan. isk. then, ombak tu bila mula cuba untuk melepasi gigi laut, saya mula cuba untuk menghadangnya, lantas saa ditarik bersama laut lalu lemas. ini pula melambangkan saya yang bertungkus lumus menyiapkan workload yang banyak tersebut supaya tak melepasi masa yang diperuntukkan. hehe. pandai tak saya tafsir mimpi saya? hihihi

baiklah, mimpi tersebut memang benar-benar saya lalui semalam. tapi, tafsiran mimpi tu toksah la nak percaya sangat ye? saya cuma relate mimpi tu dengan keadaan saya sekarang. hehe. jadi pagi tadi, saya bangun awal sikit dari biasa *sebab mimpi takut :p* dan mandi awal sikit dari biasa dan terus tercongok depan laptop kat meja study bertungkus lumus untuk cari momentum yang lama kelam tanpa jejak. susah tau nak sambung buat balik kerja kita yang kita dah tinggal lama. tak apa, at least saya berusaha. takmo beralasan lagi. yeke? :p

tengah bulan ni dah kena hantar 1st draft untuk thesis fyp. lepas tu ada seminar DDS. ada jugak lab report dan quizzes. dan dr. deny masih belum mahu memaparkan mid term DDS dan PQA yang dikatakan beliau VERY BAD. isk isk. Sampai sini dulu berita terkini lagi tak sensasi dariku.

ja ne~

p/s: doakan. :")


Monday, February 21, 2011

amarah


entri ni untuk kau, kau dan kau dan kau dan kau dan kau,

eh, kau pun jugak!

kau la siapa lagi, nak terasa siapa suruh?
hey, masakan pokok bergoyang kalau tiada angin bertiup?
kenapa pula kau mahu terasa andai diri tiada bersalah? kan?
jadi kau, kau dan kau tak perlu rasa apa-apa.
keras betul hati kau kan?

ya lah kan, kau kan hebat.
kau kan pandai.kau kan cantik.
kacak pulak tu. berbudi bahasa? err...
eh, kau boleh diam tak?
kalau kau tak nak buat, tak perlu buat la bai.
tak yah lah nak tunjuk muka senyum depan
tapi belakang kalah muka hantu yang paling buruk.
weh aku tak suka la orang pura-pura macam kau.
dan kau, dan kau jugak.

tapi akhirnya, aku juga lah yang sakit.
sebab? sebab kau tu tak da deria rasa.
aku sakit hati mengaduh menangis depan kau pun,
kau boleh buat dek je. kau memang hati batu lah.
seronok jadik kau kan?
kau buat aku, aku pulak yang rasa bersalah.
kau kenapa eh? dan aku pula mengapa?

duh. =_=

kau janganlah terasa sebab aku saja je nak lepas marah tapi bukan kat kau dan kau dan kau. saja je nak test, best tak lepas amarah kat blog. tapi macam best jugak kan. haha :)) . kesian kau blog. sabar eh.

p/s: kalau jadik bos boleh jugak marah orang bawahan. :p


Monday, February 14, 2011

selawat ke atas junjungan besar :)

potong daun pandan nipis-nipis, taruk daun melur sikit, renjis perfume segala bagai, bungkus daham kain net. yes, that is what we call bunga rampai. teringat zaman sekolah-sekolah dulu, sanggup balik lewat petang, semata-mata nak siapkan bunga rampai ni untuk majlis sambutan maulidur rasul sekolah keesokan harinya. dah tu bila balik je terus rasa sayang nak basuh baju sebab bau wangi sangat. tapi basuh jugaklah sebab takut kantoi cilok perfume ummi hampir separuh botol hehe :p


satu mangkuk ni kalau letak dalam bilik, seminggu pun belum hilang lagi bau dia :D


yang ni hias cantik-cantik buat hantaran kahwin pun boleh

esok cuti umum sempena sambutan kelahiran baginda Rasulullah s.a.w. dan saya terpaksa menyambutnya di lab. tak mengapalah, semoga berkat hari kelahiran baginda, kami akan lebih bersungguh-sungguh, tabah dan kuat untuk menyiapkan final year project.

insyaAllah. Happy celebrating Maulidur Rasul everyone! XD

p/s: don't complicate simple things :)

 

nwca Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez