Powered by Blogger.

Wednesday, July 28, 2010

won't you say you love me too?

Can we pretend that
airplanes in the night sky
are like shooting stars.
I could really use a wish right now. (-_-')
how i wish life is predictable.
if only i know what gonna happen in years ahead.
i won't be this confused.
i won't do things that i shouldn't have done so that my future will shine brightly.
I will be able to avoid mistakes.
my life would be so 'sempurna'.

tapi kan,
tak mungkinlah kan.
even jadi pun, banyak pula bad consequences nya.
hihi, saya cuma berangan.
-____-

i really missed home. i miss everyone. i miss the scent of home and family.
ya Allah, sekarang, dah mula terasa beban kerja. workloads yang tidak bertambah sedikit.
tapi bertambah banyak. urgh, entah bila sikap suka procrastinate aku nih akan berakhir.
nak buat nak buat nak buat. niat tu sentiasa ada.
tapi selalu takde mood. plus sentiasa ada benda yang tak sepatutnya mengganggu fikiran.

kalau lah boleh juga, nak kosongkan minda dari perkara-perkara selain pelajaran sebelum study. boleh tak? ada tak kat mana-mana jual ubat kosongkan minda? haha :))

saya sangat rindukan sesuatu. tapi saya sendiri tak dapat nak define kerinduan terhadap apakah itu. atau mungkin saya jauh dengan DIA?

p/s: cik wie perlu semak hubungan dengan si DIA.



life's like that.

one fact i learned about life today,

it will not always be like you want it to be.

because HE will always be the BEST planner.


Tuesday, July 27, 2010

mari menengking hati

wahai hati, kenapa kau tak pernah nak puas?
wahai hati, kenapa kau tak pernah rasa cukup dengan apa yang dah kau dapat?
wahai hati, mengapa kau berbolak balik lagi?
tak cukup lagikah apa yang si dia dah buat untuk kamu?
ok, ye, tak cukup.

apabila muncul orang yang kau rasakan lebih baik dari dia,
kau mula meng'compare and contrast.
tak cukup lagi ke? eh hati, engkau takde hati ke?
kau takde perasaan ke?

bukan ke kau cukup percaya selama ni,
what you give you'll get back!

jadi,
jangan cuba-cuba nak rosakkan hati orang.
nanti sakit diri sendiri juga.

hati,
bersyukurlah.

nwca, bersyukurlah.
berterima kasihlah.
belajarlah menerima seadanya.

p/s: dilema.

Monday, July 26, 2010

manja terlampau ke?

hujan renyai-renyai, dari petang bawa ke malam.

jam 2.30 pagi, berakhir perjalanan hariku yang panjang di m5 2.1 D, alhamdulillah, syukur sebab selamat juga sampai. ok, nak bagitau baru sampai dari KL je sebenarnya. *ummi, sorry k.long tak bagitau (-_-')* penat sangat. tambah lagi dengan sejuk. dalam bas tadi terketar-ketar macam sawan dah. lagi seronok sebab dapat duduk belakang sekali. *ni sarcastic ok!*. nak tidur, tapi mata degil tak mahu lelap. dalam kepala terkenang-kenang kan 2 hari lepas. apakah? biarlah rahsia.

hari ni, oleh sebab keadaan yang hujan, pegi pekeliling sorang-sorang jam 5 petang dengan membawa harapan nak balik dengan tiket 5.30 petang. sekali dekat kaunter berjela manusia beratur. dalam hati dah cuak. sampai ke kaunter, tinggal satu tiket je lagi, belakang sekali, jam 10 malam. tanpa berfikir panjang, tiket itu dirembat. haih.

sejurus selepas tu baru terfikir, nak lepak mane la sampai pukul 10 mlm, ade 5 jam lagi. dengan baju dan seluar basah-basah manja cetu (-_-'). tiba-tiba je rasa cuak yang melampau. teruk kan? manja kan? nak berdikari sikit pun tak boleh ke nwca.. ish, cepuk kang! lebih memburukkan keadaan, kedua-dua handphone aku nazak. bateri nyawa-nyawa ikan je. mulalah lepas tu salin nombor-nombor yang aku rasa penting kat resit yang buat beli krim tadi. pakai eyeliner pulak. hahaha :)) . gelik je bila tengok balik.

nasib baik ada sorang hamba Allah yang baik hati lagi budiman, sudi datang temankan. sangatlah aku terhutang budi pada dia yang macam putera raja naik unicorn datang selamatkan aku. ah merapu dah. hehe. seronok luangkan masa dengan kamu! (^__^)

p/s: rindu si dia dan kamu jugak. :D

Thursday, July 22, 2010

me updating~ ;)

hampir dua minggu sudah masa yang dihabiskan di tempat pengajian, sebermulanya semester baru. seberapa kuat hatiku memberontak, tak mahu pulang ke gedung ilmu ini, begitu kuat juga lah ke'mesti'an untuk aku meneruskan pengembaraan ilmu di jagat raya ini. huh, apa yang aku bebelkan? hahaha :))

pening sungguh kepala melayan kerenah orang-orang sekeliling. sungguh! seorangnya begini pe'el nya, lagi seorang begitu, sewel dibuatnya. haha, tapi, sebagai 'teman yang baik dan setia', kita mesti cuba memahami dan bertoleransi dengan apa jua kerenah mereka. baik, aku cuba untuk jadi 'teman yang baik dan setia', insyaAllah.

semalam, sepetang diziarah seorang sahabat, banyak isu yang dibincangkan. berbicara juga tentang orang-orang di sekeliling, dia cakap, "Kita buat sesuatu, tolong sahabat kita, kita niatkan kerana Allah, Allah tahu, biarlah si dia tak appreciate pun,". insyaAllah. Ikhlas tu kan, umpama semut hitam, di atas batu hitam, di malam yang hitam pekat. bukan penghargaan manusia yang kita mahukan, cukuplah sekadar Allah tahu. *bukan senang tapi =_=*

ok, final year project. aku sedikit kebingungan dan macam tak berapa betul kepala otak dah sikit. berpinar mata dok nengok jurnal. nak kena baca jurnal tu tak leh nak skip-skip sangat sebab nak tahu what it is all about kan. tapi akhirnya, point yang dapat sekadar menyokong satu atau dua fact. duh. berapa banyak jurnal perlu baca ni? ataupun cara aku salah? (-_-')
dan lagi, pokok yang nak dikaji tu dah ditukar kepada callophyllum wallichianum, ataupun nama melayu nya Bintangor lilin. cancel la pule nak buat jamuan durian sem ni ye kawan-kawan. hehe.

kelas untuk semester ni, hanya 3 hari sahaja. selasa, rabu dan khamis. seronok! tak pernah dapat timetable sekosong ni. eventhough excited nya sebentar saja, sebab satu-satu kelas paling sekejap pun 2 jam. dan paling lama 3 jam. berterusan ok! tapi tak apalah. dah adapt pun. *pasrah*

aku tahu, sebagai pelajar tahun 4 ijazah sarjana muda sains bioperubatan, terlalu banyak cabaran yang akan aku hadapi. apa pun juga halangan, insyaAllah, aku akan terus kuat demi kesejahteraan bersama. eh? :p
alahai, semangat nih. doakan semangat ni berkekalan ok. ataupun meningkat. tapi kalau constant macam ni pun aku dah bersyukur.

p/s: aja fighting!

Sunday, July 4, 2010

sila jangan macam-macam, boleh?

seronok kan bila hari-hari pun ialah family day?
by family day i mean hari yang mana semua ahli keluarga menghuni rumah, lagi-lagi bertambah keseronokan bila sekeluarga duduk depan tv tengok drama ke dokumentari ke apa-apa lah sambil minum teh dan makan cekodok pisang mak buat. mulut masing-masing dok pot pet pot pet bercerita dan memberi ulasan rancangan yang ditonton bersama. kecoh satu rumah. mak dan ayah duduk bersandar kat sofa tersenyum simpul melihat telatah anak-anak yang kepoh-kepoh belaka. ahh, so sweet.

hari ni baru dapat borang tuntutan elaun latihan amali JPA punye. Ati poskan dari selayang. terima kasih sangat-sangat untuk sahabatku yang sorang nih. punyala baik sanggup tolong fotostatkan dan mem'pos' lajukan borang nih semata-mata untuk tolong sahabat dia yang nyanyuk lupe bawak pulang borang ke rumah. tehee.. kesinambungan dari adanya borang ni kat tangan, kepala otakku bersimpang siur dok fikir nak setelkan segala benda yang dituntut oleh JPA untuk dihantar bersama borang ni. duh.. susah kan bila part-part nak claim duit nih.


sebenarnya, bila dok kat rumah sorang-sorang, adik-adik umi ayah semua pergi sekolah, bosan. sunyi. kerja tidur, makan, tengok tv, baca novel je. nak keluar? ada financial problem plus penyakit malas nak keluar naik bas plus tak ramai kawan yang kaki merewang. sebab bosan, dan sepi juga mungkin, duduklah aku seorang diri sambil melayan lagu kat bawah ni. boleh tahanla pengubat sepi. haha. :))





p/s: cikwie cikwie, haih~

Tuesday, June 29, 2010

cinta hingga ke syurga =)

21-04-2010 till 29-06-2010

selama lebih kurang 10 minggu aku berpraktikal, macam-macam perkara aku rasa dan pelbagai situasi aku lalui. 5 minggu pertama, secara jujurnya aku akui, aku xsabar-sabar nak tunggu saatnya habis praktikal. tapi, mulai minggu ke-6, aku mula merasakan cepatnya masa yang berlalu. waktu yang dulunya kurasakan bertatih kini seakan mula berlari-lari anak, sudahnya seperti dipecut-pecut pula. esok, hari terakhir aku untuk praktikal. aku tak tahu apa takrifannya perasaan yang sedang aku rasa sekarang. aku tertanya-tanya, how will i spend tomorrow? dengan sedih kah? dengan gembira kah? atau buat tak tahu je?

someone said to me earlier, tinggal la your contact number kat your supervisor, mana la tahu kalau ada kerja kosong dia contact balik. then he also said, make sure your supervisor remember you!

aku? aku tak berapa kisah pun sebenarnya. kalau boleh, aku mahu staffs kat hemato department remember me as a friend. more than that pun tak ape. aku mahu kehadiran aku di sana selama 10 minggu tinggalkan kesan dan kenangan yang manis pada mereka. sekarang, baru aku rasa rugi. kenapa lah aku tak mula bermesra dengan semua staffs seawal mungkin. biasalah kan, bila dah nak kehilangan, baru kita menghargai.

pagi tadi, on the way nak ke lab, aku lalu ikut laluan depan. kat situ ada atm, gerai dan sebagainya. ada juga vending machine, jual air dalam tin. masa aku lalu, ada pasangan suami isteri, pangkat atok nenek aku dah. yang lakinya bergaya ala 60-an. pakai seluar kembang kat bawah. bila pakai seluar gitu, susahla kan nak keluarkan ape2 dari poket seluar dia. pak cik tu dok berusaha keras cuba untuk mengeluarkan sesuatu dari poket dia. telatah beliau agak menggelikan hati.

isterinya pula, agaknya pelik tengok suaminya gitu, lalu bertanya,
"abang buat apa tu.."

suaminya jawab, "nak kuarkan duit ni ha.. nak beli air tin", dengan nada suara yang bersungguh-sungguh.

isterinya jawab lagi.. "ala abang ni.. beli air tin nah..", sambil tersenyum-senyum.

spontan aku tersenyum melihatkan telatah mereka. aku berlalu pergi sementara pak cik tu masih berusaha.
entah kenapa, aku rasa pak cik dan mak cik tu, sangat sweet. dalam umur mereka yang mencecah setengah abad, masih bergurau senda dan berbual mesra. sangat comel. saling usik mengusik walaupun badan dah bongkok dan kulit berkedut seribu. nak je aku tanya petua. hahaha. ok, aku berangan.

p/s: hopefully kita semua sihat dan terus romantik bersama pasangan sehingga ke usia senja :)
 

nwca Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez