Powered by Blogger.

Thursday, June 9, 2011

saya kenal sayang saya :)

buat awak,

saya tak mahu awak sayangi saya,
awak berlembut dengan saya,
awak puji saya melangit,
hingga saya tak nampak kurangnya saya di mana.


awak,


jadilah seperti cermin saya,
temani saya ke mana sahaja,
betulkan saya kalau saya terlencong,
marahlah saya tika perlu.

awak,

thanks for always being there.
tahan telinga dengar saya bercerita,
tak lokek hulur tangan membantu,
sentiasa senyum walau saya mencuka.

bukan semua orang mampu tahan dengan perangai tak senohong saya,
and you, are one of them :D

awak tetap hebat di mata saya :)

sincerely,

love

Wednesday, June 8, 2011

because patience is virtue.

assalamualaikum.

i want to keep thinking positively, no matter what happens, I can still survive.

sebab saya percaya, Allah tuhan Maha Adil. dan Allah takkan bagi ujian pada hambanya yang mana di luar kemampuan hambanya.

Alhamdulillah, kekuatan kekuatan aku masih banyak. i know they trusted me.
i want to make ummi and abi proud.

I also believe that, as long as i keep my intention straight, nothing would hold me back.

p/s: woke up in the morning everyday while hoping that things go well on the day.

ja ne~ :')

Thursday, June 2, 2011

A Quick update



today is my second day of work. may today be better then yesterday :D. lagi 5 minit before 7.30. 7.30 baru nak turun dari rumah g LRT. semalam turun pukul 7.20 then sampai office 7.45 pg. awal ok! masuk 8.30.



simple je pergi kerja. tak reti nak mekap dan tak reti nak pakai baju lain selain baju kurung :p .
ok nak gerak dah. doakan selamat :)

ja ne~

Saturday, May 28, 2011

tanya sama hati


lagu lama zaman p ramlee dulu memang evergreen kan?
hijauuuu sentiasa. apa lagi kalau diberi nafas baru.
hehe. aku suka lagu ni.



yang ni versi p.ramlee punya


ni versi baru


boleh joget-joget. hehehe :D

masa berjauhan, apa nan dikenang
bila difahamkan, itulah sayang :)


selamat pengantin baru buat kawan-kawan yang telah dan akan mendirikan masjid
sepanjang cuti sekolah ni. selamat bertunang juga untuk sesetengahnya. semoga
dipermudahkan urusan kalian dunia akhirat. insyaAllah.

ja ne~

Friday, May 27, 2011

it ends before it even begins.


lagu putus cintaku. isk. walaupun tak putus cinta pun, tapi rasa macam putus cinta jugak.
hari-hari mengelamun, hati gundah gulana, dengar lagu jiwang.
isk. hati, lekas pulih ya sayang. :')


Thursday, May 26, 2011

procrastination



alright, first, watch the above video. done?
comel tak charlie? comel kan? hehe aku memang ikut video p.cik ni tiap minggu
dan topik dia minggu ni which is "stop procrastinating" menarik minat aku.
sebab procrastination is my daily practice.

bwahaha. teruk kan. i kind of like the theory about the prefrontal cortex and the limbic system. where he said that the limbic system is nearer to the pleasure centre thus easier to stimulate the pleasure center and make us feel happy. hehs. patutla procrastinate ni cam best je kan? :p

best macam mana sekali pun, procrastination is still a thief of time.
so, be careful. :)

ja ne~


Wednesday, May 25, 2011

ya Allah.



"Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki- laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)".-An Nur,26

"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa".-Al Furqan,74



Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui,
apa yang terzahir di hadapanku mahupun yang terlindung dariku,
kiranya dia adalah yang terbaik untukku, untuk agamaku, untuk akhiratku,
maka permudahkanlah urusan kami Ya Allah Tuhan Pemilik segala Cinta.

dan kiranya dia bukan yang terbaik untukku,
maka leraikanlah rasa sayang ini Ya Rabb Tuhan yang membolak-balikkan hati,
moga2 keampunanMu mengiringi hidupku juga hidupnya.

Amiin~


 

nwca Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez