Powered by Blogger.
Showing posts with label hari2ku~. Show all posts
Showing posts with label hari2ku~. Show all posts

Saturday, June 26, 2010

.emo.

hari ni, aku ikut beberapa orang staff ke satu lokasi untuk aktiviti mobile blood donation. program tu dianjurkan bersempena dengan hari akauntan negara, target untuk donor lebih kurang 20 orang. Alhamdulillah, kami berhasil mengumpul donor lebih dari target, 34 orang kalau tak silap.

okla, that's not the main thing i want to share actually. macam biasa la, bila ikut mobile, mesti akan buat juga finger pricking untuk hb rate test dan blood grouping. tapi hari ni, most of the time lab technologist yang bertugas duduk di kaunter finger pricking tu. so, aku dan kawan aku cuma tolong nurse sangkut blood bag, tampal sticker dan bagi gift kat donor jelah. sampai satu ketika, technologist tu macam dah penat, so mintak aku gantikan tempat dia kejap.

donor tu lelaki, pangkat pak cik aku kot. aku tanya la, first time ke pak cik, pernah derma dengan HU** ke, dah makan ke dan segala bagailah. respon positif, ceria je. cuma aku rasa semacam sikit sebab dia excited dan agak annoying. tapi takpelah, kata ikhlas kan. bila prick jari dia, dia jerit sikit, "aduh, sakitnya..", *again annoying sbb prick tu xsakit sangat pun, mcm gigit semut je*, aku just ambil darah sikit untuk letak dalam microcuvette for Hb checking. aku bagi donor tu swab untuk dia tekan dekat kesan prick tu. his Hb rate is 12.2, tak layak menderma, aku suppose to tekan again jari dia untuk ambil sample. then, aku perasan donor tu xbagi borang tu kat attendan dan xde blood group kat situ. aku tanya doc dan doc suruh buat blood grouping. masalahnya, luka prick tadi dah hampir nak clot dan tertutup dah. terpaksala aku tebalkan muka minta kat p.cik tu nak prick lg sekali.

bila macam tu, p.cik tu dah mula bising lagi. the way he said it was like aku xpandai buat kerja. doktor bertugas bela aku dan cakap "she is a practical student.. bla bla bla..", dia still bising, aku sedikit gelabah tapi nasib baik staff kat situ mcm support aku. aku prick jari dia lagi and ambil sample untuk Hb. Again, his Hb is low. donor tu xpuas hati, doc tengok microcuvette tu and said that there was a bubble, means the reading was not accurate. again, aku terpaks a tekan lagi jari dia. kali ni, darah dia mcm xnak keluar, yelah, dah lama. luckily technologist tu datang tolong tekan jari dia dan darah keluar. Hb dia cukup2 13.0 g/l. layak menderma.

aku buang glove, terus pergi kat tempat nurse. masa tu, aku still mampu kawal perasaan. then, donor tu datang dan baring kat katil. salah seorang nurse suruh aku gantung beg darah kat katil dia. aku pergi dan p.cik tu cakap "saya xnak dia cucuk". Masa tu aku rasa macam nak nangis gila. air muka jatuh macam tu je. aku terkejut dia sanggup cakap macam tu. then i said, "saya xcucuk, gantung beg je". Aku gantung beg darah, bangun dan terus capai hp, lari ke tempat yang jauh sikit dari situ. ya Allah, tuhan saja tahu perasaan aku masa tu. rasa macam nak je nangis kat situ.

aku duduk, tarik nafas panjang2. air mata dah bertakung kat tubir mata. malu. serius malu. tu bukan pertama kali aku buat test tu, dah berkali-kali. yes, aku belum mahir. tapi, i dare say that i've pricked more than 30 donors before him. ikutlah orang nak pandang rendah ke nak cakap ni salah aku ke apa. yang aku tahu, jari p.cik tu susah nak keluar darah plus darah cepat clot. Aku akui aku ada salahnya. tapi, aku still rasa tindakan dia agak melampau. :(

bila dah reda sikit, baru aku pergi semula kat tempat kejadian. p.cik tu dah siap pun derma darah. technologist yang suruh aku ganti dia pulak, nampak gila dia rasa bersalah. dia dan a few staffs kat situ la dok tenangkan perasaan aku sambil buat lawak. He keep on saying that i was emo. but then, it's my first time being scolded in public. satu point yang boleh aku ambil dari staff, they said "that's the reality of work. we have to face public's reaction towards our action, banyak orang, banyak ragamnya,". i have to agree to that statement.

to that pak cik, i would like to say thank you for giving me this experience. it's not a wonderful one but it taught me a lot. a LOT!

p/s: cikwie bermuhasabah sambil nangis. :'(

Friday, May 21, 2010

love like this.

dear blog,

hujung minggu ni, terasa diri ni penat sangat + sangat + sangat..
xdapat nak rehat sangat pun.
ummi kursus 2 minggu, dan xsempat masak + kemas rumah segala..
adik-adik yang besar2 pun xleh nak harap mana untuk kemas rumah..
terperuk dalam bilik ngadap buku je semuanya..
musim exam depe agaknya..

oleh kerana ummi xde kat rumah,
dan aku dengan jayanya dapat meng'conquer' dapur,
maka.. hahaha.. aku pun buatlah projek main masak-masak..
bukak haji google, then tanye dy resepi2 yang mcm best2..
then, jumpa la 2,3 resepi yang ingredientnye sume ade kat dalam peti ais..
so, kira jalanlah..
nasib baik jadi, EXCITED gila kot, dok tengok2 adik2 makan, then tanye, sedap x? terer x k.long masak? heheee.. ye aku tau aku brlagak.. :P

sebab dah memang xreti masak kan..
hari-hari sepanjang minggu lepas asyik dok masak lauk sameeeee jee..
sampai adik-adik i pun naik bosan,
balik rumah, bukak saji, "aih.. masak pedas lagi?".
hahaha , kesian adik2ku.

disebalik kepenatan,
sempat jugak aku melayan cite jepun, heheh..
bloody monday season 2..
ni salah satu cite jepun yang memang best dan aku sanggup layan even badan penat gila.
cite pasal hackers yang selamatkan jepun dari terrorists.


ok, that's the end of this entry merapu merabanku.
salam.




p/s: next week di blood bank! XD

Wednesday, May 12, 2010

praktikal lagi?

dear blog,

hari ni, genaplah 16 hari kami memulakan sesi praktikal.

apa perkembangan?

kalau dulu, kami takut-takut nak keluar rehat awal,

sekarang, 15 minit awal kami dah keluar.

nak balik pun sama.

hahaha. normal lah kan.

sebab kami memang xde keja kat lab tu,

hampir semua dalam lab tu kami dah observe.

nak dijadikan cerita,

dalam minggu ni saja,

3 orang staff datang tanya kitorang,

"korang bila habis ye? ". Agaknya kesian tengok kami ni duduk melongo tiap2 hari.

mungkin jugak menyampah, sape tahu kan.

tapi kami tetap tayang muka "toye" je..

nak malu sebab xde keje nak buat pun dah xtau nak malu macam mana lagi..

teringat salah sorang sahabatku cakap,

"aku bangga betul kita boleh bertahan 5 minggu duduk saja2 dalam lab ni,"

terburai gelak kami bertiga.

untuk pengetahuan semua,

minggu depan adalah minggu terakhir kami kat lab hematology,

dan kami akan meluangkan masa lagi 5 minggu kat lab transfusi @ tabung darah.

hopefully staffs kat sana mesra dan moga-moga kami xlah bernasib malang jadi patung melongo sahaja selama 5 minggu.

tapi, kalau ditakdirkan nasib kami tetap sebegitu,

kami dah cukup terlatih. heeee~




p/s: yang seronoknya, lab tabung darah lebih dekat dengan CAFE. :P

Saturday, April 24, 2010

.praktikal.

dah ramai orang bercerita tentang pengalaman praktikal masing-masing,
aku diam menyepi, hmm.. sedikit cemburu bila dengar cerita rakan-rakan,
seronok, banyak sample, bayak keje nak dibuat, and penat.

korang ok la, dan patutnya bersyukur, ada keja mahu dibuat.
kalau kami kat sini, takde keja.
aku xsalahkan tempat kami praktikal, memang patut kalau kami xdibenarkan sentuh sample2 berkenaan, blood kot, nak amik sample pun punyaalaaah susah.

plus, staff2 kat sana baik-baik, dan cantik-cantik belaka.
almaklumlah, kerja dalam tempat berhawa dingin..
kulit pun cerah2... muda2.. awet muda siot..
ade sorang akak ni, aku teka dia dalam unur 25,
sekali, da 37, aku terpegun, mcm anak dara lagi gayanye.. :)

ok, ok, back to the main thing,
sebenarnya, aku rasa silap kitorang jugak mintak kt sini,
kat sini UNIVERSITI,
sistemnya lain dgn KKM (hospital kerajaan),
kat KKM, under patologi lab tu ada banyak section,
so bolehlah rotate rasa dan experience semua benda.

kami ni pulak, setiap lab under jabatan yang berlainan,
so, bila kami contact usm, depe hantarla surat kita kat setiap jabatan,
then, xsemestinya semua jabatan ada kekosongan dan nak terima kami-kami ni..
lebih memburukkan keadaan, IPTS sekarang, kalau nak praktikal,
diorang bayar seminggu RM 2000 lebih,
so, bila sampainya 2 permohonan,
1 berbayar dan satu tidak,
sudah tentulah yang berbayar akan lebih diberi peluang, kan?

hmm.. begitulah cerita kami..
untuk 2 bulan seminggu 2 hari ni,
kami akan terperap di lab hemato dan lab transfusi dan tabung darah..

alhamdulillah, aku bersyukur juga sebab sangaaaatt banyak yang telah kami pelajari,
cuma sedikit terkilan sebab xleh nak rasa keja kat lab-lab lain.
lab mikrob, lab patho, lab chempath dan segala.

hmm.. last but not least,
have a happy practical session kawan2.
timba sebanyak mungkin ilmu!~ ;)



p/s: wie harus lebih banyak bersabar dan bersyukur.

Wednesday, January 20, 2010

.sketsa bahasa melayu.

hari ni kami bersketsa..

untuk subjek bahasa melayu..

:)





Sunday, January 3, 2010

~new year vs the good old days~




semua orang buat entry new year, aku pun nak jugak.
tak nak ketinggalan.
jari menari-nari di keyboard sambil mulut aktif mengunyah.
sedap benda alah nih.

-----------------------------------------------
hmm.. apa makna new year bagi aku?
setiap kali aku utarakan soalan ni dalam minda aku,
pasti aku terimbau new year aku dulu-dulu.

merengek-rengek kat ummi @ abi
minta diari laaa, apa lagi
minta nak perlatan sekolah baru juga
semua nak yang baru
haha.. kelakar bila ingat balik.

dulu, aku suka tulis diari
dari aku tingkatan satu
ummi akan belikan aku diari baru setiap tahun

diari pertama aku warna pink
wangi lagi
setiap page ada border bunga-bunga
ada mangga kat tepi, boleh kunci
canggih aku kira =p

bila akhir tahun
seronok sangat bila baca semula diari aku untuk tahun tu
mula tergelak-gelak sorang-sorang
menangis juga

biasalah,
ummi sibuk dengan adik-adik
dengan abi aku sedikit segan
diari lah jadi tempat aku luah segala
xpayah cover langsung

dan melalui diari lah jugak
ummi tahu rahsia aku
(aku xpandai nak semunyik barang kot) ;p

hmm.. dah jadi memori indah pun semua tu
sampai sekarang
kalau ada masa, diari-diari lama aku tu aku belek-belek
hehe..

sekarang, dah tak ada diari dah..
kenapa?
last aku ada diari masa kat matrik
itupun more kepada planner
aku jadi menyampah pule
sebab tak sempat sangat dah nak beremosi dengan diari macam dulu-dulu
huu.. i realized now..
..i missed the good old days..


Thursday, August 20, 2009

saya mahu kawin~ ^^

sekarang, 10:13 p.m., 20.8.2009

dalam otak: kosong

dalam hati: bahagia

harini ialah hari yg hectic buat aku dan kawan2.. pagi clas pathology yg *errrr...* MySpaceberlangsung selama 3 jam, aku rase tak banyak pun input yang aku dapat dari clas dr. ungku pagi tadi.. maaf doc, sungguh2 aku mengaku aku yg salah, sape suruh tak review ape yg nak dipelajari harini awal2.. blurr sahaje sepanjang clas..

tengahari, adelah break lebih kurang 3 jam before ke lab pharmaco petangnye.. jam 2 tepat, aku n kawan2 bertolak ke lab, aiseh.. pukul 2 kut baru turun..hahah.. tQ, kami memang student yg bagus.. MySpace~
lab pharmaco kali nih mmg seronok, w'pun kami masuk lambat, *sory bro pami*, dan agak penat jgklaa.. harini dlm sejarah, tgn aina 2 kali kut luke, kenape?? fikir sndiri..hik~ MySpace

lab abes pkl 5.30 lebih kurang, kami group terakhir keluar dari lab, ikutkan hati macam xmo je lagi, best kot maen ngan tikus2 cumel tuh..hehe.. seb baek bro pami bg signal jelingan manje, klu x smpai malam kami jaga tikus2 tuh..hehe..

aina park kereta di belakang blok M5, kami turunlaa dari kete.. bawak makanan yang boleh tahan banyak jugelaa.. nak dijadikan cerita, kt belakang tuh ade laa monyet2 kehormat nih.. bile kami jalan mendekati depe, depe terus mendesis dan kejar kami, mungkin depe perasan bau makanan yang kami bawa tuh kut, berkejaran laaa kitorang lari selamatkan diri.. takut dooowwhh.. haha.. capa cakap, kalau ade org rakam kitorang letak lam utube mesti bley wt ramai gle org gelak sakan..hehehe...

tapi kan, harini, aku rasa bahagia sgt, eventhough besok ade presentation EAP n aku xprepare pape pn lg..hihihi... btw, aku nih mmg jenis yg xleh wat keje tanpa ade pressure.. hee.. mksudnye, bile ade tekanan barulaa keje aku jalan..huahaha..

hopefully harini dan hari2 seterusnye akan membuat aku lebih matang dan lebih menghargai hidup.. sorang kawan aku penah ckp, hargailah ape juge yg mampu membuat kita tersenyum.. dan, aku dah xmampu senyum lagi sekarang, maw prepare utk eap tomorrow, daaa..!!~ MySpace

 

nwca Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez