Powered by Blogger.
Showing posts with label sekitarku~. Show all posts
Showing posts with label sekitarku~. Show all posts

Friday, June 18, 2010

big wash? :P

cuti-cuti macam ni, ramai pula yang buat BEKWOH atau big wash atau kendurila kalau ikut bahasa melayu standard. belek-belek kat facebook, seorang demi seorang rakan-rakan yang kukenali membina masjid. Alhamdulillah *dalam hati*, sambil senyum syok sendiri :P

seronok tengok orang kahwin, kalau saya dapat tahu ada student UIA or ex-schoolmate kahwin, memang cepat-cepatla buka page facebook mereka. teka apa saya buat? tengok gambar depe la off course! seronok, rasa macam sendiri kahwin pun ada tau. hahaha :))

terbaru antara yang terbaru, salah seorang dari rakan di UIA kuantan yang boleh dikatakan rapat jugakla denganku kahwin, 12.06.2010, tarikh keramat pernikahan Norzyla Ahmad dan Hafiz. Sebak sampai rasa nak menitis air mata tengok gambar bahagia depe. syukur, salah seorang dari kami ber-7 telah menamatkan zaman bujang. nanti boleh dapat anak saudara pulak, hihi.

cakap pasal anak sedara, rasa mcm kami-kami kat usm ni, dah obses dengan baby, by saying baby i mean budak2 yang comel2. kami siap ada anak angkat lagi tau.



this is danish, anak angkat kami kat USM. comel sangat!!



p/s: jangan tanya bila cikwie nak kawin, tQ. :O)

Thursday, April 15, 2010

strong heart~



17:55 ~ after asar prayer.


aku hilang jejak haribulan semenjak dok rumah ni,

cek kalendar kat handphone, owh ok, harini dah 15hb April,

got 5 more days before the practical begin,

and still, xdecide lg on d transport mahu ke sana. hmm.. malas pk!


baru lepas bersembang dengan seorang teman,


beliau baru patah hati, aku nasihat segala bagai,

then she said, "ko xpelah, tengah bahagia sekarang, senangla nak cakap pape"

owh ok, fine. aku terdiam, sedikit kecil hati.

ni reply aku pada dia,

kebahagiaan yang kita kecapi dulu, atau sekarang, atau masa depan,

xkan kekal lama, akan diselang seli dengan dugaan yang pelbagai,

yang kekal hanya bila kita bersama denganNYA


aku juga pernah mengalami situasi serupa,


malah lebih teruk mungkin, bukan sekali, malah berkali-kali.

pengalaman mengajar dan mendewasakan kita.

be strong dear.. :)

p/s: Allah xbagi kita apa yang kita mahu, DIA bagi kita apa yang kita perlu.


Wednesday, April 14, 2010

18 SX



dah lame aku berfikir-fikir, berkira-kira tentang hal ni, patutkah aku tulis tentang ni, atau just let it go je.. then, rasa macam takde salahnye kalau aku letak kat blog kan.. so, beginilah al-kisahnye..

satu senja ni, aku temankan someone ke cyber cafe,
dia amek satu PC, then, disebabkan aku rase xsopan menumpang PC si dia,
aku cop lah jugak satu PC untuk aku,
the first thing yang aku buat, macam biaselah, check mail,
then on FB, update status dan komen mane2 yang aku rase patut.

lepas 10 minit berlalu, haih.. lame jugak si dia nih online,
sebab dah bosan dan tak tau nak watpe dah,
melilau lilau mata meratah destop,
haa.. jumpe dah! ^^

tau ape? ikon Mirc, heh.. =P
biasela kaannn.. bosaaann.. ;)

double click, then letak nick yg rase best sikit,
masukla "kampung", sebab channel tu je yang aku rasa cambest n ramai orang.. haha..

then, aku biar jela gitu, malas nak tego orang, femesleee katekaann... :P

xsampai 5 minit, 2 orang tego aku,
mule2 soalan standard laa kan,
sape name? asl plz, ak layanlaa lebih kurang,
then,
jeng jeng jeng.. hahha..

awk ni open x?
awk ni suke *** x?

erk.. aku terusla pangkah chatbox tu..

dan yang membuat aku rase loya dan terus nak sign out ialah,

2x budak yang tegur aku tu, 2x tanye bnda sama OK!!

hmm.. apa nak jadi dengan masyarakat kita ni haaa... @_@

Thursday, March 25, 2010

phew~

assalamualaikum.

dear blog.

ni la first time aku letak tajuk dulu before taip entry.. haha..

kelegaan yang aku rasa sekarang, tak dapat digambarkan dengan perkataan..

phew.. it's not a word right? haha.. :))

lepas satu paper, SBM 3024, haematology and oncology,

means, secara rasminya, insyaAllah, dah lepas semua subjek yang dr.Tariq ajar.

alhamdulillah.. hopefully i'll pass this last one, realllllyyyy hope so.. risau sebenarnya.. (T___T)

ok, done with today's exam

************************************

now, about the concentration courses,

haritu, aku macam dah decide nak further with CPR (clinical and pharmaceutical research)

malangnya, aku tergugat lagi

mana tak tergugat, study untuk haematology tu, rasa macam nak pecah otak..

aku mula tak yakin dengan kemampuan aku untuk teruskan dengan CPR,

k.laina, our senior said that we should balance between our minat dan kemampuan

aku sekarang tengah timbang tara baik buruk antara industrial health and CPR..

* erm.. malas fikir bole? :( *

Sunday, December 20, 2009

DIA~



Ingin aku berkongsi satu pengalamanku

Cukup menyayat hati aku

Semalam aku mahu pulang ke Kuantan dari KL

Bergegaslah aku ke pudu, nak beli tiket on the spot

Dari Star LRT aku melalui satu laluan yang disediakan khas untuk terus ke kaunter tiket-tiket bas,

Sepanjang laluan, orang ramai berpusu-pusu, bersesak-sesak menuju ke kedua-dua arah

Sedang khusyuk berjalan, aku terpandang seorang hamba Allah

Duduk terperosok di suatu sudut

Bila bertentang mata denganku, dia terus menundukkan kepalanya..

Hatiku seolah hancur bila kulihat kondisinya

Kepalanya bercukur tidak sekata

Kelihatan jelas bekas-bekas curahan air panas

Mungin juga parut yang terhasil bila kepalanya dihantuk ke dinding

Sejurus aku lihat ke badannya

Mengucap panjang aku

Tangannya cacat

Dan aku pasti cacat itu bukan semulajadi

Nampak jelas yang tangannya dipotong, rata sahaja tangannya kudung

Rasa mahu mengalir air mataku tatkala itu

Kakinya juga cacat

Tapi aku tak pasti bagaimana

Dia duduk bersila

Kulihat di hujung silanya

Ada satu bekas berisi beberapa keping syiling

Terlalu ingin rasanya aku mendekati dia

Tapi dalam hatiku berbisik

“ini pasti kerja sindiket,”.

Sesampainya aku di hujung lorong

Sejenak aku berfikir…

Ya Allah, alangkah deritanya hidup dia, alangkah sengsaranya..

Aku sungguh tak pasti bagaimana rasa hati dia

Aku sungguh mahu menolong

Mahu membantu

Tapi aku tak tahu apa yang patut aku buat

Sungguh, aku tak tahu.

Dalam dunia kita yang serba moden dan tanpa sempadan sekarang,

Masih ada insane-insan yang hidup mereka terbelenggu

Dilayan seperti hamba

Didera, disuruh dan dipaksa meminta sedekah

Aku hairan

Tidak ada perikemanusiaan kah manusia-manusia sebegitu

Tidak terfikirkah mereka?

Kalau kejadian itu berlaku kepada sanak saudara mereka sendiri?

Sungguh aku pelik bin hairan

Bukankah simpati dan sifat kemanusiaan berada dalam diri setiap manusia?

Ya Allah, aku pohon, bukakanlah hati mereka-mereka ini..

Doaku di subuh hari..

Hanya pada-MU aku mampu meminta pertolongan..

Tuesday, September 15, 2009

pungguk bertemu bulan~

firstly, sila rujuk ini,

inilah satu-satu nya perjumpaan yang boleh dikatakan besar-besaran setelah hampir 10 tahun tidak bersua muka, mungkin lebih 10 tahun.

perasaan aku? huhu, i'm not sure..

gembira ada, cuak ada.. malu pun ada..

rakan-rakan yang selama ini aktif bersembang di facebook, mungkinkah kemesraan itu mampu direalitikan? hurm.. insyaAllah.. we will.. kan kawan-kawan.. :)

kawan-kawan aku dari SRI AMAN adalah sangat istimewa bagi aku,
kami dididik dengan didikan yang lain dari sekolah-sekolah rendah lain,
dan kami bahagia dan gembira dengan didikan sebegitu..

tarbiah sebegitu alhamdulillah telah membentuk kami, menjadi insan-insan yang lebih kuat mengharung arus dunia yang mencabar..

kadang-kadang aku segan juga dengan mereka-mereka ni, dah jadi orang-orang hebat semuanya, tapi gitulah, ukhuwwah fillah takkan musnah kan.. kita tetap bersaudara dalam islam..

tak lupa juga, raya ke-4 ada reunion dengan sahabat-sahabat maahad pasir pekan pula..
i'm looking forward for both..
but then,

takde transport pule.. huuu~ T.T

Friday, August 28, 2009

.sekadar bersahaja.






looking at d clock, tick.. tock.. tick.. tock.

kan seronok kalau aku ada kuasa untuk bekukan waktu macam hiro nakamura.

sekarang aku boleh rehat-rehat, tidur sepuas hati.

starting next week, mid-term exam brlambak.. dan berlarut-larutan.

kerja yg perlu disubmit pun boleh tahan banyak.


aku?
.terpinga2.
sedarlah wie!!!~

Wednesday, July 29, 2009

if HE want to take us today.. then nothing can stop HIM..

Narrated Abu Huraira: The Prophet (pbuh) said, "When Allah created the Creation, He wrote in His Book & He wrote (that) about Himself, & it is placed with Him on the Throne, 'Verily My Mercy overcomes My Anger' Mash'Allah. Look at how merciful Allah (swt) can be. Can we be that merciful towards each other? Can we be kind to eachother? Stop fighting with each other? Let's try. Start from today. Ameen.. ~~

............................................................................................................................

Ya Allah, andai nyawaku ingin Kau rentap hari ini, maka tiadalah apapun yg mampu menghalangMu..

hatiku galau seketika tatkala mendapat khabar berita yang agak mengejutkan, even aku tak kenal pun empunya diri, berita tersebut seakan satu peringatan buatku, bukan saja buatku, malah untuk kita semuanya..

tadi, after kelas biostat, aku men'setel'kan sedikit urusan di kuliyyah of medicine (KOM), sesampainya di bilik, kepenatan agak menguasai..

dengan niat ingin bersantai, aku turn on laptop, terus online.. then, log on facebook.. terperasan satu status,

Nadia Hanis : CTS,2nd year student,nor maslina,just passed away in an accident occured infront of JHC..Al-fatihah..


tersentak seketika.. for your information, JHC stands for Jalan Hospital College, berdekatan dengan Kuantan Parade, for those yg mengenalila..

kenapa aku tersentak??

tempat kejadian tu berlaku ialah tempat permainan aku dan kawan2.. bolehlah diumpakan seperti itu.. huhu..

aku serentak mula mengitung amalku, ya Allah, serasa belum layak diriku untuk syurgaMu, jauh sekali.. Alhamdulillah, DIA masih panjangkan umurku untuk aku terus beramal..

kawan2.. sama2 kita mengingati mati..
mati itu pasti.. hidup itu insyaAllah..

Al-fatihah buat maslina(cts student) yg telah kembali ke rahmatullah pd 29/07/09.smoga rohny dicucuri rahmat.ameen~~

 

nwca Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez