Powered by Blogger.

Sunday, July 4, 2010

sila jangan macam-macam, boleh?

seronok kan bila hari-hari pun ialah family day?
by family day i mean hari yang mana semua ahli keluarga menghuni rumah, lagi-lagi bertambah keseronokan bila sekeluarga duduk depan tv tengok drama ke dokumentari ke apa-apa lah sambil minum teh dan makan cekodok pisang mak buat. mulut masing-masing dok pot pet pot pet bercerita dan memberi ulasan rancangan yang ditonton bersama. kecoh satu rumah. mak dan ayah duduk bersandar kat sofa tersenyum simpul melihat telatah anak-anak yang kepoh-kepoh belaka. ahh, so sweet.

hari ni baru dapat borang tuntutan elaun latihan amali JPA punye. Ati poskan dari selayang. terima kasih sangat-sangat untuk sahabatku yang sorang nih. punyala baik sanggup tolong fotostatkan dan mem'pos' lajukan borang nih semata-mata untuk tolong sahabat dia yang nyanyuk lupe bawak pulang borang ke rumah. tehee.. kesinambungan dari adanya borang ni kat tangan, kepala otakku bersimpang siur dok fikir nak setelkan segala benda yang dituntut oleh JPA untuk dihantar bersama borang ni. duh.. susah kan bila part-part nak claim duit nih.


sebenarnya, bila dok kat rumah sorang-sorang, adik-adik umi ayah semua pergi sekolah, bosan. sunyi. kerja tidur, makan, tengok tv, baca novel je. nak keluar? ada financial problem plus penyakit malas nak keluar naik bas plus tak ramai kawan yang kaki merewang. sebab bosan, dan sepi juga mungkin, duduklah aku seorang diri sambil melayan lagu kat bawah ni. boleh tahanla pengubat sepi. haha. :))





p/s: cikwie cikwie, haih~

Tuesday, June 29, 2010

cinta hingga ke syurga =)

21-04-2010 till 29-06-2010

selama lebih kurang 10 minggu aku berpraktikal, macam-macam perkara aku rasa dan pelbagai situasi aku lalui. 5 minggu pertama, secara jujurnya aku akui, aku xsabar-sabar nak tunggu saatnya habis praktikal. tapi, mulai minggu ke-6, aku mula merasakan cepatnya masa yang berlalu. waktu yang dulunya kurasakan bertatih kini seakan mula berlari-lari anak, sudahnya seperti dipecut-pecut pula. esok, hari terakhir aku untuk praktikal. aku tak tahu apa takrifannya perasaan yang sedang aku rasa sekarang. aku tertanya-tanya, how will i spend tomorrow? dengan sedih kah? dengan gembira kah? atau buat tak tahu je?

someone said to me earlier, tinggal la your contact number kat your supervisor, mana la tahu kalau ada kerja kosong dia contact balik. then he also said, make sure your supervisor remember you!

aku? aku tak berapa kisah pun sebenarnya. kalau boleh, aku mahu staffs kat hemato department remember me as a friend. more than that pun tak ape. aku mahu kehadiran aku di sana selama 10 minggu tinggalkan kesan dan kenangan yang manis pada mereka. sekarang, baru aku rasa rugi. kenapa lah aku tak mula bermesra dengan semua staffs seawal mungkin. biasalah kan, bila dah nak kehilangan, baru kita menghargai.

pagi tadi, on the way nak ke lab, aku lalu ikut laluan depan. kat situ ada atm, gerai dan sebagainya. ada juga vending machine, jual air dalam tin. masa aku lalu, ada pasangan suami isteri, pangkat atok nenek aku dah. yang lakinya bergaya ala 60-an. pakai seluar kembang kat bawah. bila pakai seluar gitu, susahla kan nak keluarkan ape2 dari poket seluar dia. pak cik tu dok berusaha keras cuba untuk mengeluarkan sesuatu dari poket dia. telatah beliau agak menggelikan hati.

isterinya pula, agaknya pelik tengok suaminya gitu, lalu bertanya,
"abang buat apa tu.."

suaminya jawab, "nak kuarkan duit ni ha.. nak beli air tin", dengan nada suara yang bersungguh-sungguh.

isterinya jawab lagi.. "ala abang ni.. beli air tin nah..", sambil tersenyum-senyum.

spontan aku tersenyum melihatkan telatah mereka. aku berlalu pergi sementara pak cik tu masih berusaha.
entah kenapa, aku rasa pak cik dan mak cik tu, sangat sweet. dalam umur mereka yang mencecah setengah abad, masih bergurau senda dan berbual mesra. sangat comel. saling usik mengusik walaupun badan dah bongkok dan kulit berkedut seribu. nak je aku tanya petua. hahaha. ok, aku berangan.

p/s: hopefully kita semua sihat dan terus romantik bersama pasangan sehingga ke usia senja :)

Saturday, June 26, 2010

.emo.

hari ni, aku ikut beberapa orang staff ke satu lokasi untuk aktiviti mobile blood donation. program tu dianjurkan bersempena dengan hari akauntan negara, target untuk donor lebih kurang 20 orang. Alhamdulillah, kami berhasil mengumpul donor lebih dari target, 34 orang kalau tak silap.

okla, that's not the main thing i want to share actually. macam biasa la, bila ikut mobile, mesti akan buat juga finger pricking untuk hb rate test dan blood grouping. tapi hari ni, most of the time lab technologist yang bertugas duduk di kaunter finger pricking tu. so, aku dan kawan aku cuma tolong nurse sangkut blood bag, tampal sticker dan bagi gift kat donor jelah. sampai satu ketika, technologist tu macam dah penat, so mintak aku gantikan tempat dia kejap.

donor tu lelaki, pangkat pak cik aku kot. aku tanya la, first time ke pak cik, pernah derma dengan HU** ke, dah makan ke dan segala bagailah. respon positif, ceria je. cuma aku rasa semacam sikit sebab dia excited dan agak annoying. tapi takpelah, kata ikhlas kan. bila prick jari dia, dia jerit sikit, "aduh, sakitnya..", *again annoying sbb prick tu xsakit sangat pun, mcm gigit semut je*, aku just ambil darah sikit untuk letak dalam microcuvette for Hb checking. aku bagi donor tu swab untuk dia tekan dekat kesan prick tu. his Hb rate is 12.2, tak layak menderma, aku suppose to tekan again jari dia untuk ambil sample. then, aku perasan donor tu xbagi borang tu kat attendan dan xde blood group kat situ. aku tanya doc dan doc suruh buat blood grouping. masalahnya, luka prick tadi dah hampir nak clot dan tertutup dah. terpaksala aku tebalkan muka minta kat p.cik tu nak prick lg sekali.

bila macam tu, p.cik tu dah mula bising lagi. the way he said it was like aku xpandai buat kerja. doktor bertugas bela aku dan cakap "she is a practical student.. bla bla bla..", dia still bising, aku sedikit gelabah tapi nasib baik staff kat situ mcm support aku. aku prick jari dia lagi and ambil sample untuk Hb. Again, his Hb is low. donor tu xpuas hati, doc tengok microcuvette tu and said that there was a bubble, means the reading was not accurate. again, aku terpaks a tekan lagi jari dia. kali ni, darah dia mcm xnak keluar, yelah, dah lama. luckily technologist tu datang tolong tekan jari dia dan darah keluar. Hb dia cukup2 13.0 g/l. layak menderma.

aku buang glove, terus pergi kat tempat nurse. masa tu, aku still mampu kawal perasaan. then, donor tu datang dan baring kat katil. salah seorang nurse suruh aku gantung beg darah kat katil dia. aku pergi dan p.cik tu cakap "saya xnak dia cucuk". Masa tu aku rasa macam nak nangis gila. air muka jatuh macam tu je. aku terkejut dia sanggup cakap macam tu. then i said, "saya xcucuk, gantung beg je". Aku gantung beg darah, bangun dan terus capai hp, lari ke tempat yang jauh sikit dari situ. ya Allah, tuhan saja tahu perasaan aku masa tu. rasa macam nak je nangis kat situ.

aku duduk, tarik nafas panjang2. air mata dah bertakung kat tubir mata. malu. serius malu. tu bukan pertama kali aku buat test tu, dah berkali-kali. yes, aku belum mahir. tapi, i dare say that i've pricked more than 30 donors before him. ikutlah orang nak pandang rendah ke nak cakap ni salah aku ke apa. yang aku tahu, jari p.cik tu susah nak keluar darah plus darah cepat clot. Aku akui aku ada salahnya. tapi, aku still rasa tindakan dia agak melampau. :(

bila dah reda sikit, baru aku pergi semula kat tempat kejadian. p.cik tu dah siap pun derma darah. technologist yang suruh aku ganti dia pulak, nampak gila dia rasa bersalah. dia dan a few staffs kat situ la dok tenangkan perasaan aku sambil buat lawak. He keep on saying that i was emo. but then, it's my first time being scolded in public. satu point yang boleh aku ambil dari staff, they said "that's the reality of work. we have to face public's reaction towards our action, banyak orang, banyak ragamnya,". i have to agree to that statement.

to that pak cik, i would like to say thank you for giving me this experience. it's not a wonderful one but it taught me a lot. a LOT!

p/s: cikwie bermuhasabah sambil nangis. :'(

Thursday, June 24, 2010

because HE always knows

life is short, make it worth it.

quote ni, semua orang pun tahu kan? bukan semua mungkin, tapi mostly tahu. ianya seperti mencanangkan kepada kita bahawasanya hidup ni sekejap je, just bear with it. ye, betul.

Tapi, kadangnya hidup ni sukar. Segala yang berlaku seakan berat sebelah. yang kaya terus kaya, yang miskin terus hidup melata. yang berkuasa semakin berkuasa, yang lemah tunduk mengiyakan. Dunia tak adil kan? Tapi Allah adil. pernah dengar, u'll get back what u gave kan? gitulah. Apa sahaja susah kita, payah kita, senang kita, suka kita, baik buruknya perangai kita, DIA tahu.

pernah satu hari, aku pun dah lupa the exact date. kawan aku tuduh aku buat something yang aku tak terlintas pun di hati untuk buat. aku sedih. sangat sedih. tapi, bila dalam keadaan begitu, apa sahaja yang aku cakap untuk bela diri aku akan nampak di mata si dia seperti menegakkan benang yang basah. Kebetulan, bukti tak berpihak pada aku. on the way balik rumah, dalam kereta dengan ummi, aku menangis sepuas hati. sampai bengkak-bengkak mata yang tak comel ni. balik rumah barula boleh cerita kat ummi ape yang dah jadi. ummi cakap, "sabarlah.. biarlah orang tak tahu, lambat laun dia sedar jugak.. yang penting, Allah tahu, ummi tahu, orang2 yang dekat dengan k.long tahu, kan?" , aku terus diam. Betul apa yang ummi cakap. sampai sekarang, aku jadikan pedoman.

hidup ni, indah andai bersama DIA dan orang-orang terdekat, family i mean.
pointnya entry ni? sekadar 'bobe2' mungkin.

p/s: blog dah tukar link sbb rasa mcm best. ehe~

Friday, June 18, 2010

big wash? :P

cuti-cuti macam ni, ramai pula yang buat BEKWOH atau big wash atau kendurila kalau ikut bahasa melayu standard. belek-belek kat facebook, seorang demi seorang rakan-rakan yang kukenali membina masjid. Alhamdulillah *dalam hati*, sambil senyum syok sendiri :P

seronok tengok orang kahwin, kalau saya dapat tahu ada student UIA or ex-schoolmate kahwin, memang cepat-cepatla buka page facebook mereka. teka apa saya buat? tengok gambar depe la off course! seronok, rasa macam sendiri kahwin pun ada tau. hahaha :))

terbaru antara yang terbaru, salah seorang dari rakan di UIA kuantan yang boleh dikatakan rapat jugakla denganku kahwin, 12.06.2010, tarikh keramat pernikahan Norzyla Ahmad dan Hafiz. Sebak sampai rasa nak menitis air mata tengok gambar bahagia depe. syukur, salah seorang dari kami ber-7 telah menamatkan zaman bujang. nanti boleh dapat anak saudara pulak, hihi.

cakap pasal anak sedara, rasa mcm kami-kami kat usm ni, dah obses dengan baby, by saying baby i mean budak2 yang comel2. kami siap ada anak angkat lagi tau.



this is danish, anak angkat kami kat USM. comel sangat!!



p/s: jangan tanya bila cikwie nak kawin, tQ. :O)

Friday, May 21, 2010

love like this.

dear blog,

hujung minggu ni, terasa diri ni penat sangat + sangat + sangat..
xdapat nak rehat sangat pun.
ummi kursus 2 minggu, dan xsempat masak + kemas rumah segala..
adik-adik yang besar2 pun xleh nak harap mana untuk kemas rumah..
terperuk dalam bilik ngadap buku je semuanya..
musim exam depe agaknya..

oleh kerana ummi xde kat rumah,
dan aku dengan jayanya dapat meng'conquer' dapur,
maka.. hahaha.. aku pun buatlah projek main masak-masak..
bukak haji google, then tanye dy resepi2 yang mcm best2..
then, jumpa la 2,3 resepi yang ingredientnye sume ade kat dalam peti ais..
so, kira jalanlah..
nasib baik jadi, EXCITED gila kot, dok tengok2 adik2 makan, then tanye, sedap x? terer x k.long masak? heheee.. ye aku tau aku brlagak.. :P

sebab dah memang xreti masak kan..
hari-hari sepanjang minggu lepas asyik dok masak lauk sameeeee jee..
sampai adik-adik i pun naik bosan,
balik rumah, bukak saji, "aih.. masak pedas lagi?".
hahaha , kesian adik2ku.

disebalik kepenatan,
sempat jugak aku melayan cite jepun, heheh..
bloody monday season 2..
ni salah satu cite jepun yang memang best dan aku sanggup layan even badan penat gila.
cite pasal hackers yang selamatkan jepun dari terrorists.


ok, that's the end of this entry merapu merabanku.
salam.




p/s: next week di blood bank! XD

Wednesday, May 12, 2010

praktikal lagi?

dear blog,

hari ni, genaplah 16 hari kami memulakan sesi praktikal.

apa perkembangan?

kalau dulu, kami takut-takut nak keluar rehat awal,

sekarang, 15 minit awal kami dah keluar.

nak balik pun sama.

hahaha. normal lah kan.

sebab kami memang xde keja kat lab tu,

hampir semua dalam lab tu kami dah observe.

nak dijadikan cerita,

dalam minggu ni saja,

3 orang staff datang tanya kitorang,

"korang bila habis ye? ". Agaknya kesian tengok kami ni duduk melongo tiap2 hari.

mungkin jugak menyampah, sape tahu kan.

tapi kami tetap tayang muka "toye" je..

nak malu sebab xde keje nak buat pun dah xtau nak malu macam mana lagi..

teringat salah sorang sahabatku cakap,

"aku bangga betul kita boleh bertahan 5 minggu duduk saja2 dalam lab ni,"

terburai gelak kami bertiga.

untuk pengetahuan semua,

minggu depan adalah minggu terakhir kami kat lab hematology,

dan kami akan meluangkan masa lagi 5 minggu kat lab transfusi @ tabung darah.

hopefully staffs kat sana mesra dan moga-moga kami xlah bernasib malang jadi patung melongo sahaja selama 5 minggu.

tapi, kalau ditakdirkan nasib kami tetap sebegitu,

kami dah cukup terlatih. heeee~




p/s: yang seronoknya, lab tabung darah lebih dekat dengan CAFE. :P
 

nwca Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez