kata ibarat pedang
tajamnya bisa membunuh lawan
terlajak perahu boleh diundur
terlajak kata?
manusia sentiasa tidak menghargai apa yang disisi
sepertinya pungguk yang sentiasa menanti bulan
tak endahkan gelap malam yang sentiasa menemani
aku mahu belajar menghargai
dan terus menghargai
dan bersyukur
ya Allah, walau aku tak seperti dia atau mereka
aku tetap bersyukur kerana aku adalah aku
tanpa aku, takkan sempurna dunia
Alhamdulillah, hanya padaMu syukur kupanjatkan
:)
till here, ja ne~
No comments:
Post a Comment