Powered by Blogger.

Sunday, February 23, 2014

Weng~

Hari ni, terasa nak imbas kembali. Buka balik gambar-gambar lama dalam laptop. Ya Allah, macam tak percaya dah hampir 4 tahun aku tinggal alam belajar. Dah hampir 4 tahun jugaklah aku kerja. Kumpul dana yang tak pernahnya cukup. heh. Cepat betul masa berlalu.

Dulu kan, aku selalu mintak dengan Tuhan, aku nak cepat-cepat besar, cepat-cepat dapat hidup sendiri, nak ada duit dan kerjaya sendiri. Ye lah, tengok mak cik pakcik cambest je kan beli macam-macam. Dah kerja, kahwin ada duit sendiri. Ada life sendiri, takde orang control. Hah yes, i'm a rebellious child (teenager pun). Being the 1st daughter of the family is not even close to easy i tell you. Jadi Benchmark untuk adik-adik, Lagi teruk bila jadi benchmark untuk semua cousins, oh yes, aku cucu sulung.

Sekarang, Ya Allah seriously i feel like going back to all those time. Dulu banyak benda yang aku tak hargai. aku tak sedar pun aku perlu hargai benda tu. Aku tak tahu pun betapa aku akan rindu untuk lalui saat tu lagi. Betapa banyaknya peluang yang datang mengetuk hidup, yang aku biarkan dan tak pedulikan pun.

Orang. Ya. I've been judged from when i was a child. I grown as a person who thinks to much of what others think of me. Juta kali tulis quote "what's important is how you see yourself" bla bla bla, pastu tampal kat dinding, still, aku stll kisah sangat dengan apa orang kata. selalu aku fikir, kalau bukan sebab aku risau pandangan orang, mesti aku enjoy buat macam-macam yang aku nak buat. Mesti aku happy pergi sana sini buat apa yang selama ni aku takut.

Aku selalu kagum dengan orang yang pandai fit in, pandai bawak diri and tak kisah dengan pandangan orang. thats why jatuh cinta dan kahwin dengan orang macam tu. Alhamdulillah :) . I always tried hard to fit in. Sampai kadang-kadang aku buat benda yang tak sepatutnya, yang aku tak nak pun buat. Husband selalu pesan, you be yourself lah.. tapi tu lah kan, hehe being me.. :p

Ok been ranting over the top pulak harini. Lama tak menaip. Nak buat status facebook sebenarnya, tapi cam poyo pulak kan. so transferla isi kepala otak kat sini.

Yang Otak Tengah Weng,
wie :)

Friday, November 23, 2012

pasca pernikahan.

Assalamualaikum and hi.

ok awkward. -_- .

Alhamdulillah, hari ni genap 3 bulan jadi isteri kepada encik suami. Tapi sampai hari ni jugaklah setiap kali bangun pagi, gosok-gosok mata, tak percaya diri dah jadi isteri orang. It's a big leap towards future you know. I'm not to be blame for feeling like this after 3 months pun ;p.

I've not been posting like forever semenjak tukar title. Banyak kali sebenarnya terlintas dalam otak, nak update blog. Lots & lot of new things happening in my life & i want to share it here. Tapi, masa amat mencemburui. Seriously! Takde masa.

And to be honest, i'm still trying hard to fit into this 'isteri' title. Sangat-sangat-sangat lah berbeza dengan kehidupan waktu bujang, dan waktu bercinta. Tambahan pulak aku bekerja, 8.30 - 5.30 pm, well, to be precise, normally would be 8.30-6.30 pm, additional 1 hr OT, 5 days per week. And kalau lagi bertuah, Sabtu pun kerja half day. Penat. Yeah penat. Balik rumah, sampai pukul 7 pm, masak n kemas rumah n basuh baju n segala nya lah yg patut. That's y i said, susah nak jadi isteri. Not that i say being a husband is easy though.

Pergi sana, pergi sini, *pi mai pi mai*, sana sini orang dok tanya, "dah berisi ke belum?". Ok takpa.. chek tak marah aih.. chek anggap depa mendoakan ja.. *sangat*. hehe.. dok la, betul tak marah pun ;) . Bagi aku, Allah akan bagi rezeki tu bila DIA rasa aku bersedia. Sekarang ni dok krung krang krung krang dgn kerja rumah yang tak pernah habis, apa lagi kalau ada baby. Bukan tak mahu, kalau ada Alhamdulillah, seronooookkk sangat! hee XD

Yes, penat jadi isteri. Tapi, bahagia nya, sampai tak rasa pun penat tu. Because i know i'm here with a person that i adore & love so much, who will pimpin my hand to jannah insyaAllah. Because with him, i knew everything's worth it <3 .="." p="p">
*Actually, jauh di sudut hati, homesick sangat dah lama tak balik kelantan. Haraplah planning nak balik KB bulan 12 ni tercapai hendaknya. pls pray for us~ ;)

Thanks for reading~




Saturday, March 24, 2012

Moving on

Assalamualaikum.

Lately, aku selalu terimbau kenangan zaman study. Aku rindu kawan-kawan aku. Yang pernah bersama aku waktu aku jatuh dan bangun. waktu aku jatuh terlentang tersembam tergolek penuh lumpur. heheh. waktu yang aku benar-benar perlukan seorang teman. waktu yang aku tak boleh dibiarkan bersendirian kalau tak banjir lah uia kuantan. hehe. sekali lagi, aku rindu kawan-kawan aku.

Waktu terus berlalu, meninggalkan aku terkontang kanting mencari masa depan. Masing-masing moved on dengan life masing-masing. Most of us are blur. tak tahu apa nak buat. pada permulaan nya lah. sekarang, mostly kami-kami dah ada tujuan tersendiri. yang nak bekerja sudah ada kerjaya, dan yang nak sambung belajar sudah otw menuju impian. Aku seronok dan gembira untuk mereka.

Aku? betul aku ada kerja. aku ada pendapatan tetap. Alhamdulillah, cukup untuk seorang fresh grad seperti aku yang baru nak mula hidup. Tapi, bila fikir masa depan, aku rasa, aku sekarang masih teraba-raba mencari arah. Betul lah, masa study takkan sama dengan waktu bekerja. Aku rasa sungguh dewasa. *poyo*. Takdelah, means, once kau dah pegang duit sendiri, kau akan ada BANYAK komitmen. Yes, aku takde bayar kereta, aku takde bayar insurans @ pinjaman lain. Tapi aku kena sara hidup aku sendiri! Aku dah segan telefon parents untuk bagitahu masalah aku. isk isk. Aku segan kalau balik kampung tak hulur duit kat adik-adik. tiap-tiap bulan kena masukkan duit dekat parents. walaupun depa tak pernah minta pun. Aku rasa itu tanggungjawab aku sebagai anak yang dah bekerja. -_-

ok dah panjang aku merepek meraban. Hmm. Aku selalu teringin nak jumpa kawan-kawan dekat kuantan balik. Tapi aku risau, people moved on. And they won't be the same as before, macam waktu study dulu. Ataupun yang aku rindukan ialah.... suasana UIA Kuantan waktu aku masih degree dulu. If only i could have it back, and store it in a CD or something. hmmm.

i'm going home next weekend. although for 3 days only. i really miss home :'). bila aku kerja jauh dari rumah, aku lebih menghargai waktu aku di rumah dan segala isi rumah. Alhamdulillah, itu pun nikmat Allah.

Thanks for reading and take care! :D

Sunday, March 18, 2012

jatuh dan bangun

Assalamualaikum.

Bila kamu jatuh, please make sure you will rise again. Life is a journey, and journey of course lah ada jatuh bangun nya. And the time when you feel you're at the top, is actually the time when you should be most careful, because if you fall, you gonna fall HARD. Always BEWARE dan be GRATEFUL for whatever we have now. Itu semua peringatan untuk aku sendiri. Everytime aku fikir future, aku rasa kabur, aku risau, aku takut. Tapi, aku akan terus go on, buat apa yang patut, be happy, enjoy every seconds in life, and of course while remembering that DEATH is always near. Bekerja seperti akan hidup seribu tahun lagi, beribadah seperti akan pergi menghadap DIA esok. dan aku rasa, sebab ni lah aku keep on updating this blog, walaupun aku tahu, takde apa yang menarik sangat untuk dikongsikan. But at the very least, bila aku rasa down, sedih, tulisan-tulisan lama aku lah yang aku akan baca balik untuk mengingatkan aku dan menyedarkan aku. aku bertuah, dan aku unik. Alhamdulillah :') .


dah lama tak dengar lagu ni, skyscrapper, meaningful.


bye and take care folks! :)


Thursday, March 8, 2012

MegaGiveAway by Penmerah.com

Assalamualaikum.

Setelah sekian lama tak join giveaway, kali ni aku tak nak lepaskan peluang. Ada 60 hadiah kot. Kata mega giveaway kaaannn :p . Ok sesiapa yang nak join giveaway ni, ada 5 syarat yang perlu anda penuhi. Syaratnya adalah seperti yang tertera di bawah. mak aii iklan. haha.

Syarat-syarat:

1. Buat entri ‘’MegaGiveAway by Penmerah.com’’
2. Likes Fanpages Penmerah.com
3. Copy Banner dan Link kan ke Entri GA Penmerah.com.
4. Tag 3 orang kawan
5. Dah siap entri, tinggalkan link entri tu kat ruangan komen entri giveaway kat tuan punya giveaway

Ok now aku nak tag 3 orang, they are going to be:

2. Sarah

Thats all for now and thanks! :D

Saturday, March 3, 2012

RRRRANDOMM

Assalamualaikum.

It's a post night shift's post. err heh. sampai rumah mandi, and like always, tak boleh tidur terus. here i am sitting in front of laptop and tv, watching so you think you can dance while typing this entry. hehe perasan macam wanita berkerjaya yang tak berapa sophisticated. Badan sangat penat.

1. Have you ever went to a store thinking of buying something that you've been craving for so long, then you end up buying something else which is much cheaper, and the worst thing is, you end up buying the one thing you craved for sooner or later. haha. aku selalu macam tu. Contoh yang mudah, nak beli lip gloss yang harga agak mahal. pergi watsons then tengok-tengok test and dah pegang nak beli. Lepas tu tengok lipstik, then dalam kepala terfikir, dengan harga lip gloss ni, aku boleh dapat 1 lipstik and 1 lip gloss brand lain yang kualitinya ok-ok. yes, aku letak balik lip gloss tadi and beli lipstik dan lip gloss brand lain. and guess what? seminggu lepas tu aku pergi jugak beli lip gloss yang mahal sikit tadi. hahaha. i end up spending double of what i planned earlier. hihihi. i can't help it. This is BAD.

2. Di pagi hari yang sibuk macam biasa (hari bekerja), aku akan keluar kerja pagi pukul 7.50 am planning to take train at 8 am. Dan aku akan sangat menyampah dengan orang-orang yang menyemak tengah jalan yang "tak reti ke orang tengah rushing nak pergi kerja" type of people. You know la, orang yang suka main phone sambil jalan atas tangga, orang yang tak reti nak duduk line kiri bila naik escalator and tak nak jalan, orang yang suka berhenti tengah-tengah jalan then sembang, orang yang berbagai jenis lagi lah. eeee sakit hati tau takkkk... Maybe its just a habit of mine where i really cant stand people who's not punctual. Like seriously, even with my officemates pun.... aku tak suka! u really have to consider other people lah especially when you;re working on shift. Mungkinlah aku berkira, tapi tu lah, that's just me. So far, i never came late to the office except for one time when there's problem with train. And i do expect people to do the same. ugh, aku ni skema kot. dan skema is not bad you know. it's a good quality indeed. ya Allah, aku kena lebih berlapang dada.. -_- .

3. Aku sekarang masak hari-hari. dan aku sangat suka penjimatan yang berlaku. tapi in a way, ia membuatkan aku rasa sangattt nak shopping dengan penjimatan tu. hahaha. teruknyaaaaa! i really have to control my nafsu. aduhai..

ok, this is really just a random post. and yes, i;ve been posting lots of random posts lately. i dont care, this is my blog. my space. heh whatever. i love you hasrizal mohamad *tiba-tiba*.

thanks for reading and take care :)




Wednesday, February 29, 2012

common sense

Assalamualaikum.

Honestly, aku pelik dengan certain people. sebab aku rasa perasaan yang macam "diorang ni takde common sense ke?", "benda basic macam ni pun tak tahu ke?", and the list goes on. Benda basic macam bila kau basuh pinggan kat sink, kau kutip balik semua sisa makanan kau, buang dalam tong sampah. Bila kau masak, kau kemas dapur, bukan tinggal je kuali kau tu atas dapur gas sampai lah ketikanya kau nak masak balik. Bila sampah dah penuh, kau ikat plastik sampah tu then buang, lepastu before letak sampah baru kau taruk dulu plastik dalam tong sampah. and again, the list goes on and on.

Bila aku fikir dan fikir dan fikir, aku rasa semua ni berbalik pada macam mana mereka hidup kat rumah mereka. How they live with their family, and how their parents manage their home. dan bila fikir semua tu, aku rasa bersyukur i got a mom as great as my ummi. Ummi sangatlah menjaga dan menitik beratkan soal kebersihan rumah dan apa-apa yang "so called" common sense nih. Kalau nak guna dapur ummi kat rumah tu, kalau boleh jangan sampai ummi perasan pun kita guna dapur dia. Kalau dia perasan kita guna tu maksudnya adalah part mana-mana yang dia tak puas hati kita lap ke, kita susun pinggan mangkuk ke. Dan kalau ummi tak puas hati cetu, BISING lah satu rumah. hihi. Dulu memang selalulah masuk dalam bilik dengan air mata bertakung lepas tu fikir "ummi tak sayang aku", "ummi lagi sayang dapur dia"; hehe gila emo aku nih :P.

Kalau pergi jalan raya ke jalan saja-saja ke kat rumah orang, sebelum makan mesti kena turun dapur buat air ke ape ke. Pastu kena tolong-tolong tuan rumah hidang makanan. Yang part cetu ok lagi, tibanya part yang kena basuh pinggan gelas semua kat dapur, mula lah kami adik beradik tuding jari satu sama lain. Bukan malas bai, tapi dah pakai baju kurung tudung sume cantik-cantik, sekali kena basuh pinggan. Habislah basah -_- . Huhu. Aku selalu buat alasan nak ngelat dan aku akan suruh adik-adik aku buat tang tu dengan alasan "kaklong dah selalu dah buat dulu-dulu, ni time korang pulak :P". Alasan tu selalu menjadi untuk adik-adik perempuan aku. Tapi..... as always, ummi takkan benarkan aku ada kat tepi dia time cetu. Ummi akan suruh jugak aku masuk dapur. Means aku kena buat jugaklah kerja apa-apa yang patut. Kadang-kadang geram jugak lah sebab dapur dah penuh, still tak leh dok luar. Tapi tu lah, that's how ummi didik kami adik beradik :) .

Somehow, aku bersyukur. Sebab kalau ummi tak strict dalam didik kami adik beradik, mesti aku tak reti nak jaga benda-benda basic. Banyak lagi benda sebenarnya yang ummi takkan bagi muka dengan kami adik beradik. hehe. Kalau cerita kat sini memang takkan habis. Berbali kepada persoalan common sense kat atas, aku sangat harap orang-orang seperti itu belajar untuk berubah. You're going to change for better. Tak rugi pun. Semua orang suka kalau kamu jadi seorang yang pembersih. Tak menyusahkan orang lain, tak menyusahkan diri kamu sendiri jugak. Kita ni perempuan, so be a perempuan. Being a perempuan doesn't only circulate about make up and fashions you know. You have to widen your way of thinking lah. Small-small matters that doesn't even matters to you, it MATTERS you know.

Bila kita tinggal serumah dengan someone, only then we can see their true colors.

ok then, thanks for reading. Have a good day everyone and take care! :)
 

nwca Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez