Ingin aku berkongsi satu pengalamanku
Cukup menyayat hati aku
Semalam aku mahu pulang ke Kuantan dari KL
Bergegaslah aku ke pudu, nak beli tiket on the spot
Dari Star LRT aku melalui satu laluan yang disediakan khas untuk terus ke kaunter tiket-tiket bas,
Sepanjang laluan, orang ramai berpusu-pusu, bersesak-sesak menuju ke kedua-dua arah
Sedang khusyuk berjalan, aku terpandang seorang hamba Allah
Duduk terperosok di suatu sudut
Bila bertentang mata denganku, dia terus menundukkan kepalanya..
Hatiku seolah hancur bila kulihat kondisinya
Kepalanya bercukur tidak sekata
Kelihatan jelas bekas-bekas curahan air panas
Mungin juga parut yang terhasil bila kepalanya dihantuk ke dinding
Sejurus aku lihat ke badannya
Mengucap panjang aku
Tangannya cacat
Dan aku pasti cacat itu bukan semulajadi
Nampak jelas yang tangannya dipotong, rata sahaja tangannya kudung
Rasa mahu mengalir air mataku tatkala itu
Kakinya juga cacat
Tapi aku tak pasti bagaimana
Dia duduk bersila
Kulihat di hujung silanya
Ada satu bekas berisi beberapa keping syiling
Terlalu ingin rasanya aku mendekati dia
Tapi dalam hatiku berbisik
“ini pasti kerja sindiket,”.
Sesampainya aku di hujung lorong
Sejenak aku berfikir…
Ya Allah, alangkah deritanya hidup dia, alangkah sengsaranya..
Aku sungguh tak pasti bagaimana rasa hati dia
Aku sungguh mahu menolong
Mahu membantu
Tapi aku tak tahu apa yang patut aku buat
Sungguh, aku tak tahu.
Dalam dunia kita yang serba moden dan tanpa sempadan sekarang,
Masih ada insane-insan yang hidup mereka terbelenggu
Dilayan seperti hamba
Didera, disuruh dan dipaksa meminta sedekah
Aku hairan
Tidak ada perikemanusiaan kah manusia-manusia sebegitu
Tidak terfikirkah mereka?
Kalau kejadian itu berlaku kepada sanak saudara mereka sendiri?
Sungguh aku pelik bin hairan
Bukankah simpati dan sifat kemanusiaan berada dalam diri setiap manusia?
Ya Allah, aku pohon, bukakanlah hati mereka-mereka ini..
Doaku di subuh hari..
Hanya pada-MU aku mampu meminta pertolongan..
3 comments:
kesian! but serius tu sindiket. kejamnya dunia!!!
masa nk tido teringat post wie ni..bgun2 tdo pn teringat..hurmm takut..nyeee..huhuuu
wani: ha'ah, puas ak d0k pikir, xde cara k nk tolong mereka2 nih? :S
akmar: huhu.. takut kan klu kite kat tmpat die.. hopefully die pun ade peluang utk rasa nikmat dunia..
Post a Comment