Powered by Blogger.

Tuesday, December 22, 2009

duhai hati yang berbolak balik..~

kerana aku manusia
aku punya perasaan
kerana aku manusia
aku bisa kecil hati
bila diri terasa tak dihargai
bila sumbangan terasa terasa seperti dipandang lekeh
bila teman yang disayang amat punya teman yang baru
bila ummi tak call dulu before bertolak ke KL
bila, bila, dan bila yang takkan habis-habis

kerana aku manusia
aku perlu mengerti
manusia banyak ragamnya
manusia lain-lain belaka hatinya
manusia lain-lain belaka cara fikirnya


kerana caramu dan caraku yang berlainan
hatiku bisa kau robek
hatiku bisa kau tikam
yakinku, sayangku padamu bisa pudar

namun aku harus sedar
sedangkan lidah lagi kan tergigit
inikan pula dalam persahabatan
kau dan aku
punya jiwa yang berbeza

aku terperosok di sudut jiwa dan hati
berbisik memberi kekuatan pada hati yang rapuh
sabarlah.. sabarlah.. dan sabarlah..

p/s: aku mahu jadi seorang yang berlapang dada dan berfikiran positif.

No comments:

 

nwca Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez