Powered by Blogger.

Friday, January 28, 2011

suka!!!

on the way pulang ke desa, bas yang kunaiki berhenti seketika. serentak aku terjaga dari lena. hujan renyai menyapa bumi indah, teman disisi pasang lagu dadali-di saat aku mencintai dirimu kuat-kuat. seperti akur dengan citra latar, memori itu terlayar satu persatu gaya keping-keping potret terpisah. aku tersenyum sendiri, mata basah. syukur, segalanya telah berlalu. aku senyum lagi sekali :')

sampai rumah subuh-subuh. ayah berkain pelikat, ummi tengah pegang penyapu. disambut gelak ceria adik-adikku. sejenak melangkah ke dalam rumah, aku terasa rumahku lengang. rindu belum terubat. iman dan hani ada program kat sekolah, fitri kat asrama. yie belum pulang bercuti. cuma ada ummi, dan dua orang adik kecilku, tasnim dan afiq, juga abi.

gitu lah, rasa macam tak percaya. adik-adik semua dah besar-besar. yang dok gaduh sampai macam nak pecah rumah hari-hari, semua dah ada jalan sendiri. paling aku terasa, bila fitri takde kat rumah. selalu, dengan dia lah nak aku marah-marah tak puas hati. padahal bukan sebab benda besar pun, hehe.

cakap pasal fitri, petang tadi pergi MTAQ pulai chondong. konon nak ziarah budak ni la. punya la macho kat rumah siap suka nak spak tumbuk orang semua, rupanya dalam hati ada taman der. tiap minggu kot ummi pergi tengok siap bawak makanan sedap-sedap *kalah aku dok asrama dulu*. Adik-adik aku bawah fitri yang lagi 2 orang kemain la petah mulut dok bercerita. fitri nangis lah. selalu call ummi malam-malam cakap takleh tidur la. siyes aku tak percaya. hahaha. dan petang tadi, aku dapat saksikan sendiri kemanjaan adik aku yang sorg ni ha. ummi dok nak balik dia tak kasik kot. pastu bila kitorang betul-betul dah nak balik, dia cium tangan ummi pastu dengan peluk-peluk sekali. ummi sampai malu-malu. hehehehe gila cheesy kan? :p :p

hmm sebenarnya sekarang ni mata dah berat, badan penat n mengantuk tahap dewa kot. pagi tadi walaupun dah bantai tidur sampai pukul 12 tengahari, tapi tetap penat. penat jiwa dan raga. ewah. tapi sayang betul nak tidur. sebab kalau tidur, habislah masa sehari kat rumah cetu je. rasa rugi gila. lama kot tak balik ni. huuuuuuu~

wah dah panjang aku merapu. till lain kali lah pulak ye.

ja ne~ XD

esok iman n hani balik yeay! XD

Tuesday, January 25, 2011

EXcuse ME~ :D

adalah normal bagi kita manusia, bila kita tengah serabut, tension, banyak kerja, takde mood dan segala, kita akan cari something untuk dipersalahkan. kan? and that is what happening to me now. duh -_-

hari yang dulu, bila fikir kan banyak kerja, fyp dan segala, saya sandarkan salah tu pada duit JPA yang belum masuk. bila saya takde mood, saya bagitau mereka-mereka yang care yang duit belum masuk. tak leh shopping nak release tension. nak makan pun tak cukup. itu takde, ini takde. serba serbi tak cukup. then..

jeng jeng jeng..

bila duit masuk, maka pergilah nwca dengan segerombolan kawan-kawan beliau ke pasaraya beli dan cukupkan segala jenis barang. sepulangnya ke uia tercinta, bersemangatlah pulak kemas bilik segala. dan semangatlah jugak sikit nak pergi kelas dan buat fyp sikit-sikit. ok. selepas beberapa hari, tense scale naik lagi. dan kali ni, ditambah dengan mid term exam pula. dan saya pun seperti biasalah, mengadu dan bercerita, dan dia cakap

"haritu cakap nanti dah ada duit boleh shopping dah takkan tension2 lagi dah... bla bla bla"

TING!! ok then i realized, after all, duit JPA belum masuk cuma lah excuse. tempat untuk saya sandarkan masalah dan untuk saya mempersalahkan. alahai ayat bm tak lepas je nih. tapi korang faham kan? kan? aduhai.. tapi biasa lah kan, that's human nature. perlu sesuatu untuk dipersalahkan. hihi.

dan tahu tak apa EXCUSE saya yang terbaru?

saya homesick. that will do it for now, right? hehe. XD

Thursday, January 6, 2011

stressed out

assalamualaikum~

"Apakah manusia itu mengira bahwa ia dibiarkan saja mengatakan ‘Kami telah beriman’ sedang mereka tdk diuji lagi? Dan sesungguh Kami telah menguji orang2 yg sebelum mereka mk sungguh Allah mengetahui orang2 yg benar dan Dia mengetahui pula orang2 yg berdusta..."






saya sangat stress kebelakangan ini. macam-macam masalah timbul. alhamdulillah saya punya sokongan padu dari family, dia, dan kawan-kawan.saya tahu, di tengah-tengah kemelut ni, saya perlu, harus dan wajib bertahan. ya Allah, semoga dipermudahkan jalan kami. ameen.

thanks a lot sayang-sayangku *love*

p/s: senyum dalam perit =')




Sunday, January 2, 2011

azam tahun baru saya

1/1/11, what does that date means to you? tahun baru laaa kan, but then, tarikh tu cantik kot. bila lagi mahu jumpa tarikh tu kan.. but then again, we never going to meet any same date pun kan as we go along our wonderful life ni, wonderful ke? ok la, at least it must be a sacred one. kan. :)

As i scrolled all status's' in the facebook semalam, most of the status's' of course la mention about the new year and the 'azam tahun baru' masing-masing. kelakar bila ada yang mention something like 'my azam tahun baru is my azam for my previos year' haha. by the way, macam lah saya punya azam tahun yang lepas-lepas dah tertunai, hihi. tapi kan, at least, ada la satu dua yang macam menjadi jugak, so i think i should be happy la jugak sikit. :D

azam tahun baru 2011 saya ialah saya nak siapkan lab untuk final year project saya within the time limit in the gantt chart. oh please, hopefully azam yang ni menjadik. tak larat nak pegi lab sambil kena buat thesis. penat dow. eh, boleh ke ni dikira sebagai azam? hehe macam an item in a 'must to do list' je dah. ah tak kisah lah :D

eh, hari tu saya dan kawan-kawan pergi tengok bola lagi. dan sebab kitorang pegi lah kot m'sia menang hehe ok perasan. tak kisah lah, janji bangga sebab most of malaysian players play superbly. hihi grammar salah? ok, noted :p .

p/s: ada orang cakap scholar masuk bulan 2, isk isk. -_____-


 

nwca Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez