Powered by Blogger.

Friday, January 28, 2011

suka!!!

on the way pulang ke desa, bas yang kunaiki berhenti seketika. serentak aku terjaga dari lena. hujan renyai menyapa bumi indah, teman disisi pasang lagu dadali-di saat aku mencintai dirimu kuat-kuat. seperti akur dengan citra latar, memori itu terlayar satu persatu gaya keping-keping potret terpisah. aku tersenyum sendiri, mata basah. syukur, segalanya telah berlalu. aku senyum lagi sekali :')

sampai rumah subuh-subuh. ayah berkain pelikat, ummi tengah pegang penyapu. disambut gelak ceria adik-adikku. sejenak melangkah ke dalam rumah, aku terasa rumahku lengang. rindu belum terubat. iman dan hani ada program kat sekolah, fitri kat asrama. yie belum pulang bercuti. cuma ada ummi, dan dua orang adik kecilku, tasnim dan afiq, juga abi.

gitu lah, rasa macam tak percaya. adik-adik semua dah besar-besar. yang dok gaduh sampai macam nak pecah rumah hari-hari, semua dah ada jalan sendiri. paling aku terasa, bila fitri takde kat rumah. selalu, dengan dia lah nak aku marah-marah tak puas hati. padahal bukan sebab benda besar pun, hehe.

cakap pasal fitri, petang tadi pergi MTAQ pulai chondong. konon nak ziarah budak ni la. punya la macho kat rumah siap suka nak spak tumbuk orang semua, rupanya dalam hati ada taman der. tiap minggu kot ummi pergi tengok siap bawak makanan sedap-sedap *kalah aku dok asrama dulu*. Adik-adik aku bawah fitri yang lagi 2 orang kemain la petah mulut dok bercerita. fitri nangis lah. selalu call ummi malam-malam cakap takleh tidur la. siyes aku tak percaya. hahaha. dan petang tadi, aku dapat saksikan sendiri kemanjaan adik aku yang sorg ni ha. ummi dok nak balik dia tak kasik kot. pastu bila kitorang betul-betul dah nak balik, dia cium tangan ummi pastu dengan peluk-peluk sekali. ummi sampai malu-malu. hehehehe gila cheesy kan? :p :p

hmm sebenarnya sekarang ni mata dah berat, badan penat n mengantuk tahap dewa kot. pagi tadi walaupun dah bantai tidur sampai pukul 12 tengahari, tapi tetap penat. penat jiwa dan raga. ewah. tapi sayang betul nak tidur. sebab kalau tidur, habislah masa sehari kat rumah cetu je. rasa rugi gila. lama kot tak balik ni. huuuuuuu~

wah dah panjang aku merapu. till lain kali lah pulak ye.

ja ne~ XD

esok iman n hani balik yeay! XD

1 comment:

armouris said...

info tentang tidur tengahari di SIHAT SELALU - Faedah Tidur Tengahari

 

nwca Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez