Powered by Blogger.

Monday, February 21, 2011

amarah


entri ni untuk kau, kau dan kau dan kau dan kau dan kau,

eh, kau pun jugak!

kau la siapa lagi, nak terasa siapa suruh?
hey, masakan pokok bergoyang kalau tiada angin bertiup?
kenapa pula kau mahu terasa andai diri tiada bersalah? kan?
jadi kau, kau dan kau tak perlu rasa apa-apa.
keras betul hati kau kan?

ya lah kan, kau kan hebat.
kau kan pandai.kau kan cantik.
kacak pulak tu. berbudi bahasa? err...
eh, kau boleh diam tak?
kalau kau tak nak buat, tak perlu buat la bai.
tak yah lah nak tunjuk muka senyum depan
tapi belakang kalah muka hantu yang paling buruk.
weh aku tak suka la orang pura-pura macam kau.
dan kau, dan kau jugak.

tapi akhirnya, aku juga lah yang sakit.
sebab? sebab kau tu tak da deria rasa.
aku sakit hati mengaduh menangis depan kau pun,
kau boleh buat dek je. kau memang hati batu lah.
seronok jadik kau kan?
kau buat aku, aku pulak yang rasa bersalah.
kau kenapa eh? dan aku pula mengapa?

duh. =_=

kau janganlah terasa sebab aku saja je nak lepas marah tapi bukan kat kau dan kau dan kau. saja je nak test, best tak lepas amarah kat blog. tapi macam best jugak kan. haha :)) . kesian kau blog. sabar eh.

p/s: kalau jadik bos boleh jugak marah orang bawahan. :p


Monday, February 14, 2011

selawat ke atas junjungan besar :)

potong daun pandan nipis-nipis, taruk daun melur sikit, renjis perfume segala bagai, bungkus daham kain net. yes, that is what we call bunga rampai. teringat zaman sekolah-sekolah dulu, sanggup balik lewat petang, semata-mata nak siapkan bunga rampai ni untuk majlis sambutan maulidur rasul sekolah keesokan harinya. dah tu bila balik je terus rasa sayang nak basuh baju sebab bau wangi sangat. tapi basuh jugaklah sebab takut kantoi cilok perfume ummi hampir separuh botol hehe :p


satu mangkuk ni kalau letak dalam bilik, seminggu pun belum hilang lagi bau dia :D


yang ni hias cantik-cantik buat hantaran kahwin pun boleh

esok cuti umum sempena sambutan kelahiran baginda Rasulullah s.a.w. dan saya terpaksa menyambutnya di lab. tak mengapalah, semoga berkat hari kelahiran baginda, kami akan lebih bersungguh-sungguh, tabah dan kuat untuk menyiapkan final year project.

insyaAllah. Happy celebrating Maulidur Rasul everyone! XD

p/s: don't complicate simple things :)

Wednesday, February 9, 2011

kerana itu ketentuan-Mu



it's funny, how life turns out to be. sometimes, our plans run smoothly macam smoothies. homogeneous je kan. but then, bukan semua yang kita rancang akan jadi kenyataan. sebaliknya, it worsen. kita hanya mampu merancang, Allah jugalah yang menentukan segalanya. di sebalik setiap apa pun yang berlaku dalam dunia ni, pasti ada sebab dan hikmahnya. Allah kan sebaik-baik perancang. Janganlah kita berputus asa dengan rahmat Nya. dan senjata yang bernama DOA juga, bukanlah senjata yang patut dipermainkan. bukankah DIA sentiasa mendengar doa hamba-hambanya yang penuh harapan lagi teraniaya? tapi jangan pula bila bermasalah baru kita mahu tadah tangan. pulak tu, nak jugak bila tak cukup tangan, padang bola sebelah rumah pun dia nak tadah. aduhai manusia yang pelupa.

orang kata, kalau dah memang jodoh kita, terpisah jauh di benua berlainan pun akan ketemu dan bersatu juga. begitu jugalah kalau dah bukan takdirnya jodoh kita, duduklah sebelah-sebelah, tunang, terikat dan couple 50 tahun pun, tak kan jadi juga. jodoh tu kan, rahsia Tuhan yang terindah *senyum*. oleh itu, walau apa pun yang terjadi, saya dan kamu perlu tabah, kuat dan sentiasa percaya. prince charming saya dan kamu sentiasa ada. telah ditetap dan diaturkan. kalaupun bukan di sini, insyaAllah ada lah dia di sana *senyum lagi* .

ok, why on earth saya cakap hal jodoh ni? huh. ramai betul kawan-kawan saya bertunang dan berkahwin cuti chinese new year hari tu. tahniah untuk semua pasangan-pasangan yang telah beralih ke daerah itu. saya? masih jauh perjalanan yang perlu ditempuhi. apa pun, i'm very happy for you guys. tapi ingat, itu baru permulaan. not the ending yet. semoga korang hidup bersama happily ever after macam dalam fairy tale. mudahnya, sampai syurga. InsyaAllah :) .
kalau tahun ni tahun nikah kahwin, maka tahun depan insyaAllah akan jadi tahun cahaya mata. waaaah, seronoknya kan :) . eeeeee suka! ok dah lebih. hehe.

jumaat ni, saya ada mid term exam. exam pharmaceutical analysis. dan saya belum habis baca walau satu tajuk pun. makanya, untuk malam ini, saya telah decide untuk mengekang mata saya dari tertutup. uh, kalaulah saya mampu :') . doakan saya ya. tak sabar betul nak grad. isk T_T.
sekian dulu. saya mahu siap-siap nak belajar. :)

p/s: Dulu dia pernah jd org yg kita paling sayang, Sekarang jgn la maki die ibarat org yg paling kita benci. Belajar terima ketentuan-Nya. ya kawan? :)





Thursday, February 3, 2011

perfect two :)

ok ni entry gelik lagi :p
sebenarnya takdelah nak gelik sangat
saya addicted pada lagu ni
comel and sweet

hihi XD






~~~~
Cause your the apple to my pie
Your the straw to my berry
Your the smoke to my high
And your the one I wanna marry
~~~~

p/s: esok malam balik uia dah. dan, nak gi tengok Adam Asyraf bin Awis jugak! cant wait :)

Wednesday, February 2, 2011

tribute 2 :D


............................

tak tau nak taip apa sebenarnya..
it's just that i feel so lucky
to have known
him





thanks, sanggup kongsi susah senang bersama saya.
sabar dan sangat sabar layan kerenah saya.
emo, kuat makan, kuat merajuk, cepat marah.
suka 'pow' awak jugak keke.

............................

emm.. nak angpow boleh? :D

p/s: nomu nomu chuwa!! ^^


 

nwca Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez