Powered by Blogger.

Monday, February 14, 2011

selawat ke atas junjungan besar :)

potong daun pandan nipis-nipis, taruk daun melur sikit, renjis perfume segala bagai, bungkus daham kain net. yes, that is what we call bunga rampai. teringat zaman sekolah-sekolah dulu, sanggup balik lewat petang, semata-mata nak siapkan bunga rampai ni untuk majlis sambutan maulidur rasul sekolah keesokan harinya. dah tu bila balik je terus rasa sayang nak basuh baju sebab bau wangi sangat. tapi basuh jugaklah sebab takut kantoi cilok perfume ummi hampir separuh botol hehe :p


satu mangkuk ni kalau letak dalam bilik, seminggu pun belum hilang lagi bau dia :D


yang ni hias cantik-cantik buat hantaran kahwin pun boleh

esok cuti umum sempena sambutan kelahiran baginda Rasulullah s.a.w. dan saya terpaksa menyambutnya di lab. tak mengapalah, semoga berkat hari kelahiran baginda, kami akan lebih bersungguh-sungguh, tabah dan kuat untuk menyiapkan final year project.

insyaAllah. Happy celebrating Maulidur Rasul everyone! XD

p/s: don't complicate simple things :)

No comments:

 

nwca Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez