Powered by Blogger.

Wednesday, November 25, 2009

arigatou~~



bahasa melayu: terima kasih

bahasa inggeris: thank you

bahasa jepun: arigatou

bahasa afrika: dankie

bahasa arab: شكرًا

bosnia: hvala

bahasa mandarin: 谢谢 / 謝謝 (xièxie)

perancis: merci

hawaii: mahalo

susah benarkah nak ucapkan terima kasih?? tersenarai di atas frasa 'terima kasih' dalam pelbagai bahasa. Nak tahu lagi banyak, anda boleh rujuk di sini.

Jika anda senang untuk mengucapkan cinta (off courselah untuk mereka yang berhak), apa salahnya jika anda ucapkan TERIMA KASIH, juga kepada mereka yang berhak.

By the way, terima kasih banyak gunanya, bukan hanya untuk menghargai barang atau pertolongan dari someone, tapi juga untuk menyindir. Frasa ini sarkastik amat andai kena pada tempatnya. Jadi, terpulanglah pada kita nak guna frasa ni kat mana-mana sekalipun. OK?MySpace

p/s: entri ini untuk kempen 1 bulan 1 adab, jadi, agak skema.MySpace

Tuesday, November 24, 2009

kebersalahan oleh kemalasan.. oh!!~

24th november 2009

semalam, lepas makan, abi datang duduk sebelah,

abi: kaklong, ni abi ade wat modul sket, nak suh k.long cek n komen mane yg patut

aku: erm.. nanti2la k.long buat ( sambil malas2)

abi diam je, dia tinggal 2 biji buku dan modul yang dia buat kt tepi aku, terus naik atas.

pagi tadi, subuh~

abi: laptop k.long boleh burn cd kan, tolong burn nih..(sambil hulur 2,3 cd)

aku: ermm.. letaklah kat situ, nanti orang wat.

tengahari, after zohor~

abi: siap dah ke keje abi suruh wat td?

aku: nantilaa.. nanti org watla.. abi nak bila..

abi: (muka macam marah sket), abi suruh wat sikit je pun, bukan banyak, klu k.long buat siap lama dah.. abi nak malam ni.. (sambil berlalu)

aku: terdiam

sekarang,

aku rasa bersalah ngan abi.. :(, aku yang malas.. bukan banyak pun.. ishk..
ketok2 pale sendiri.. wie.. awatlaaa yang malas sangat nih.. :( :( :(

Friday, November 20, 2009

selesai sudah~

20/11/2009 ~ 1.33 p.m.

hujan xberhenti dari pagi..
langit gelap.. awan mendung..
kudengar irama hujan tengkujuh sayup-sayup dari luar..

haha... jiwang pula..

semalam habis final exam untuk 3rd year 1st semester, tak dapat aku nak bayangkan macam mana perasaan aku.. rasa lepasssss sangat2.. penat pun ada, bukan penat, tapi lebih kepada EXHAUSTED.. sungguh, exam kali ni, benar-benar menguji ketabahan dan kekuatan hati aku.. sampai aku xleh tido malam 3 hari berturut-turut kot.. ya Allah.. Tuhan sajalah tahu..

insyaAllah malam ni i'll be going back, naik bas ke KB jam 11 malam. Doakan selamat ye kawan2..

by the way, aku mula rasa suka dengan warna HIJAU
sebelum ni aku suka BIRU
hurm... perkembangan yang baikkah?? ;)

Sunday, November 8, 2009

SAKIT~

study study study dan study, sampailah satu masa, aku jadi blur.. org kata sebab TEPU.. study BANYAK sangat.. itu orang kata, bukan aku kata.. kalau aku study banyak, aku ingat takpe la jugak, PUAS HATI.. tapi still xingat-ingat jugak.. banyak DOSA kot aku nih..
sekarang kat library KOM, oleh kerana tension study tapi still blur je, aku boleh pula tidur dengan senang hatinya kat meja kecik yang ada privacy sikit tu.. haha.. bangun-bangun tengok cermin dah ada bekas kat dahi.. waaah.. ini sudah bagus.. kalau laa aku tidur then ada BEKAS BERILMU kat otak kan lagi best.. hehehe.. ape yang aku melalut ni, aku pun xtau.. :p
call ummi, ummi cakap, xpe.. baca je dulu, ulang banyak2 kali, lepas tu jangan lupe DOA, then baru TAWAKKAL.. ummi pesan juga, SABAR banyak2.. aku jawab baiklah.. k.long rindu ummi.. nak balik.. then kena marah pule ngan ummi, orang sibuk nak final exam die sibuk nak balik.. wuuu... aku terkesima.. :p
tinggal lagi 4 papers, isnin ni 2 papers dalam masa sehari, gap antara exam-2xam sangatlah lama, nk dekat seminggu, tapi aku bersyukur juga, at least sempatlah aku cover study yang memang xkan sempat habisnya kalau gap exam sehari dua cuma..
maaf aku melalut panjang, apapun, semoga ALLAH permudahkan urusan kita.. (^0~)
 

nwca Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez