Powered by Blogger.

Wednesday, September 29, 2010

lost in the jungle of ____?____

kenapa susah sangat bagi saya nak study awal ye?
konon nak study smart,
at last, study last minute jugak. duh :(

beberapa hari kebelakangan ni,
saya LOST.
2 minggu berturut-turut pada hari dan waktu yg sama,
saya siap pukul 8.30 untuk kelas 9.30 pg,
jadi macam tak betul je.
orang tarik ke sana pergi sana.
tarik ke sini saya follow jugak.
dah kena bagi makan rohypnol ke saya ni hah? -______-

weekend ni saya dan kawan-kawan akan turun batu pahat.
nak gi majlis nikah kawin cik mar.
sekali lagi nak cakap jugak,
cik mar, i'm very happy for you.
walaupun sedihlah jugak nak lepas kawan kan.
uhuk uhuk uhuk.

haritu ada la sorang my long lost friend nih,
tiba-tiba je dapat sms dari dia,
setelah lama dia menyepi.
dia cakap, "aku baca blog kau,"
dan dia tanya, kenapa aku berblog.

kenapa eh?
blog ni sedikit sebanyak ialah identiti saya.
dalam blog ni, saya lah.
melalui blog ni, orang akan dapat baca
what is it on my mind.
what is happening to me.

dia pun cakap, "owh, macam diari lah?,"

dan saya rasa, takdelah macam diari pun.
tapi kalau macam diari pun kira macam ye lah kot.
hihi, ok cakap macam putar alam shah. :p

anyway, thanks untuk sesiapa yang sudi baca potpet potpet saya
yang tak menyumbang kepada perkembangan knowledge pun *kot?*
:)

p/s: saya sayang kawan-kawan saya ^^


Friday, September 24, 2010

main kahwin2 ;)

dalam entri sebelum ni, saya ada berkisah tentang hidup yang cuma sekali.
then, bila saya baca balik entri tu 2,3 kali, saya tepuk dahi sendiri.
haih, apa pulak hidup cuma sekali?
bukan ada lagi ke hidup selepas mati.

aih, macam mana boleh tulis entri punyalah emo sampai tak ingat nak include tentang hidup yang selepas mati hah? @_@

dan untuk mereka-mereka yang rasa hidup mereka yang satu dah ruined,
still ada lagi peluang untuk kamu hidup selesa dan bermaruah di SANA.
hidup di dunia ni takde apa pun, hanya untuk kumpul bekalan ke SANA je.
but still, doesn't mean that we can take it for granted.

bak kata jade dalam novel rooftop rant, "live well or live hell," ;)

recently, ada satu video yang budak-budak ni keep on posting and sharing on mukabuku.
video wedding yang ala-ala fairytale. dan saya pun terpanggil la kan nak nengok jugak.
dan, memang grand la wedding tersebut.
sweet, bila tengok tu perasaan becampur baur. sengih sorang-sorang pun ada.
for me, moment yang paling menggetarkan hati dan perasaan dan memang men'tangkap leleh'kan saya, tak lain tak bukan ialah masa akad nikah. masa yang husband to be tu lafazkan "aku terima nikahnya.. bla bla bla". memang sengih nampak semua gigi depan dengan mata berkaca-kaca la. that is the most precious and memorable moment for all pengantin. saya rasa la. moment yang menandakan ikatan sah seorang lelaki dan perempuan. tak kira la kan pengantin lelaki tu berjaya lafaz senafas ke, tersekat-sekat batuk-batuk ke, ulang sampai 10 kali ke.. hmmm.. :)

next week, one of my best friend akan menamatkan zaman bujang dia. cik mar, kira entri ni tribute untuk mu la, kalau mu baca :p . aku doakan bahtera rumahtangga mu bersama si dia kekal bahagia dan kukuh selamanya hingga ke syurga. amiiinn.. :D

dan untuk cik wani my dear roommate, may you find the best solution for you and him.

dan untuk kawan-kawan lain juga, saya senantiasa mendoakan kebahagiaan kalian. :)

p/s: nak kawin jugak.. :p

Thursday, September 9, 2010

perihal hidup dan syawal :)



hidup ni cuma sekali je. kan? saya tiba-tiba terfikir,
bagaimana agaknya rasa,andai hidup yang satu ni,
musnah sekelip mata. rugi kan? kaaannn?

semua ni akan terlintas di fikiran,
setiap kali saya baca akhbar.
mereka buang bayi.
mereka bunuh manusia lain.
mereka ditangkap khalwat.

hidup yang dijaga dibina selama ni, hancur. musnah.
some people gonna say "takpe, awak boleh bangun semula"
anyway, deep in my heart, i feel sorry for you. why?
because your life will never be the same way as before.

ini kes yang pilihan mereka sendiri.
what if, mereka jaga diri mereka.
jaga hidup mereka. tapi, orang lain datang musnahkan hidup mereka.
worst bila orang yang musnahkan hidup mereka ialah dari kalangan keluarga.
buat mereka seperti ini, i would say
"Allah knows. dunia tak pernah adil, tapi ingat Allah itu Adil,"

friends, jaga diri kamu. orang2 tersayang di sekitar kamu.
semoga Allah lindungi kita. ok? :')


happy 'eid mubarak buat sesiapa sahaja yang mengenali nwca.
semoga syawal kali ni merapatkan yang jauh.
mengeratkan yang dekat.
tapi kan, bagi saya,
jauh tapi dekat di hati tu better than dekat tapi jauh di hati.
hehe :)

p/s: syawal 2010 syawal syahdu. -__-

Wednesday, September 8, 2010

just because

life is about making decisions. right?
a few years back, if i haven't made some choices,
i wouldn't be here,
as happy as i am today.

sesekali terlintas di benak saya,
kalau saya pilih yang itu dan yang ini,
consequences yang bagaimana akan saya terima?
bagaimana agaknya keputusan dulu akan ubah hidup saya sekarang?
makin senang hatikah? makin bahagiakah?
atau mungkin, makin sengsara?

a few years back,
i wouldn't have known how my life today,
will it turn out to be fine,
or will it not?
who knows?
owh, He knows.


somehow, saya percaya, Allah tetapkan yang terbaik buat hamba-hambanya.
kalau dulu, saya percaya buta, orang selalu cakap,
it's ok wie, everything happens for a good reasons
semua yang berlaku ada hikmahnya

now that i've experienced it myself,
Alhamdulillah keyakinan itu bukan lagi BUTA
keyakinan itu kini berlandaskan pengalaman
yang takkan mampu digalang ganti.

konklusinya:
kalau saya yakin dan percaya,
saya tak boleh selalu mengeluh.
saya perlu sentiasa sabar dan yakin.
everything will turn out to be ok in the end.
they say that,
if it's not ok then it's not the end.

.verily, after each difficulties, there's relief.

p/s: ramadhan tinggal lagi 2 hari. ya Allah, beriku peluang bertemu RamadhanMu lagi.. :'|

 

nwca Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez