Powered by Blogger.

Tuesday, November 30, 2010

mikrobiologi lab. =.=

it's 11.15 p.m. dan saya masih berada di makmal mikrobiologi. baru lepas buat agar plate dan broth banyak banyak banyak banyak. kepala pening dan weng bau agar. wangi yang tak berapa wangi tapi tak lah busuk sangat. hehe.


ok lah, honestly saya tak ada idea untuk taip entri baru. tapi tangan gatal nak menaip sebab agak-agak macam dah lama je blog tak berupdate. hehe. sebab putera berkuda putih suka sangat nak stalk blog yang tak berapa betul nih. so, lebih kurang because of him jugak lah kan. terharu tak terharu tak awak? hahaha :))

hopefully segalanya berjalan lancar.

p/s: mari ramai ramai tolong aminkan. :)

Saturday, November 20, 2010

detak hati


hujan menabiri malam sekali lagi malam ini
aku duduk bersahaja sambil menelusuri page facebook teman-teman.
melihatkan sesetengahnya, hatiku berdetak,
mereka dah. bila agaknya giliranku?
Semoga segalanya licin untukku.
sebab smooth tu maksud dia licin kan?
:D


terima kasih :)


saja-saja tekan-tekan keypad handphone, terbawa aku ke datebook. aku selusuri segenap tahun dan hari, jariku terhenti di october 21st 2011. terfikir, di mana agaknya aku di tarikh tersebut. sudah punya kerja tetapkah? ummi abi sihat kah? adik-adik semua bagaiman semuanya? dan sudah jadi isteri orangkah? alahai masa depan. kalau lah mampu diramal-ramal. tapi, kalau diramal pun namanya pun ramalan, bukan ketentuan.

kemudian fikiranku berentetan lagi ke 6 tahun yang lepas. sungguh, laju benar aku rasa waktu berlari. baru semalam sepertinya aku mengigau menangis-nangis takut nak SPM. baru sepicing rasanya aku melelapkan mata malamnya aku akan ke Matrikulasi UIAM. dan sejenak cuma rasanya aku melonjak gembira sebab berjaya habiskan ta'aruf week UIAM Kuantan yang gila memenatkan.

dan kini, aku sedang bertungkus lumus menyiapkan final year project. aku punya satu semester lagi sebelum dapat degree, insyaAllah. dan kini juga, aku punya matlamat hidup yang lebih jelas dari dahulu. walaupun sedikit kabur, tapi i dare to say that it's better than 4 years ago, di waktu aku jejakkan kaki di kuantan. Alhamdulillah, syukur kehadratNYA.

dan sepanjang 6 tahun itu, alangkah pelbagainya dugaan serta nikmat yang telah dapat aku kaut. pengalaman berharga, yang takkan dapat digalang ganti. mengajar aku, erti hidup. mengajar aku erti persahabatan. mendidik aku supaya faham, dan mengerti, yang hidup ini tak selalunya indah. tapi, yang tak indah itu juga akan jadi indah juga, andai hikmahnya dihayati, insyaAllah :) .

p/s: embrace the present and the future, reminisce the past.

Friday, November 19, 2010

dariku untukmu

Assalamualaikum.

hari ni, genap 5 hari saya di rumah. seronok bahagia gembira rasanya dalam hati, seperti biasalah, tak terujar oleh kata-kata. for me, takde tempat lain yang lagi best dari rumah. boleh jadi diri sendiri sepenuhnya, boleh manja-manjakan diri *tidur dengan amaun yang sangat banyak ok!*, boleh makan sebanyak yang mahu, lapar je buka peti, memang perut terisi sokmo lah. tambahan lagi sekarang tengah cuti sekolah. cuti yang 2,3 hari ni memang fullhouse lah. alright, tengok gaya saya bercerita, agak-agak ada can tak untuk saya takmo balik kuantan buat fyp sebab kena tinggal rumah dan takmo kahwin sebab kena tinggal rumah jugak? bwahahahaha jom gelak kuat-kuat.

ada sesetengah perkara dalam hidup kita, yang kita like dying to change it but we can't. rasa sebak je dalam hati bila teringat-ingat kan? lagi sadis kalau benda tu semua jadi hasil dari satu salah faham. means, tak sengaja pun. dan ianya berlarutan beranak pinak sampai kita dah tak larat nak bendung. aduhai. nak ubah pun, segalanya dah terlambat.

sebetulnya, mahu ucapkan selamat hari raya Aidil 'Adha. dah terlambat kot. tapi takpe, raya ni sebulan kan? eh, tak ye? hihi. tak mengapa, ikhlas tu yang penting. insyaAllah.


p/s: sup tulang sedap! :D


Friday, November 12, 2010

post-gumiho syndrome. :D

di malam yang sunyi, dudukku termenung seorang diri.. hai la jiwang karat. dah jam 3.06 minit pagi *ikut jam laptop* dan mata saya still degil. dia tak mo tutupla. mana boleh paksa-paksa kan. dah lah hujan manja-manja ceni. nak tidur pun tak boleh. hujan siang best la tidur. nak nak lepas melantak nasi lauk ikan keli kak ana plus sambal belacan plus sayur sikit. memang masyuk lah. tak leh tidur kenapa? sebab tadi dok bantai habiskan tengok gumiho pretty! tak sabar nak tahu ending sampai sanggup tahan mata. eleh, kalau notes, jangan harapla sanggup sampai ceni. nak tahu ending semata. kan kan. biasa la, typical university student. eh, gitu ye? hehe.

lama nya la rasa tak update belog. hmm. semenjak dah habis exam ni, tak datang pula idea nya. idea nak melalut merapu ceni banyaklah. actually bukan lah idea pun, bukak box new post, then taip. jadilah entri MM (melalut + merapu).
hah btw, adik saya dapat 4A 1B for his UPSR. congrats fitri. eventhough empunya badan kecewa sikit. tapi takpe lah, kaklong tahu how much effort you've put in. it is just a beginning dear *tengah dok fikir hadiah sesuai ni for him ;)*. agak-agak boleh dapat award kakak paling baik tak? haha perasan dah. :p

saya tengah dalam mood jiwang-jiwang gembira lagi ni. penangan my girlfriend is a gumiho. sweet je. kelakar. dan comel. duh. daripada tak minat langsung lee seung gi terus rasa dia lah yang paling comel. lesung pipit tu tak tahan. hehe. OST drama ni pun best. ni ha try lah usha video kat bawah ni ye, ye ye. :D




p/s: comel kan kan kan? ;D

Monday, November 8, 2010

ring ring dong!


ada kawan saya tanya, nak lagu yang boleh buat theme aerobik. hah amik lagu ni. ring ring dong ring ring dong digiding digiding. haha :)) . i love shinee. do you? ^^

Sunday, November 7, 2010

cuti semester yang tak tempting ugh!

for the second time ever, cuti semester tak nampak tempting bagi saya. yelah, semester lepas punya cuti habis dengan internship jek. tapi semester ni punya cuti, memang sangat-sangat lah tak menyelerakan. sebab? sebab encik final year project. uhuk uhuk. balik rumah pun hanya untuk raya haji. lepas raya insyaAllah ke uia tercinta semula. banyak sangat kerja-kerja yang tertangguh. lantaran exam dan segala hal-hal lain. ya Allah, semoga Allah beri kekuatan. nak tangguh semester depan, memang tak dapat lah, dengan thesis lagi, core courses lagi, hai la hai la, penat kepala fikir.

hmm..

penat kan, apa yang kita cakap, selalu orang silap faham. niat baik kita selalu disalah erti kan. uhuk. sedihnya. susah lah nak bagi orang mengerti. ya lah, rambut sama hitam, hati lain-lain. sometimes, rasa macam nak hidup sendiri-sendiri jek, tak payah nak hiraukan orang lain, nak jaga hati orang lagi. aduh, penat tahu? tapi saya tau, certain kawan, is worth it to get hurt for. sebab, dia juga sanggup begitu untuk saya. kan awak? ;)

sakit sangat kan, bila orang yang paling dipercayai dan disayang sayang tikam dari belakang.

p/s: semoga awak tabah :')


Thursday, November 4, 2010

A tribute for him 1 :)

"awak, saya beban awak?"
"tak lah, i'm happy just being with you."

awak, it did made my day.
dan saya tidur sengih nampak semua gigi depan malam tu.
terima kasih awak :)



p/s: ini baru tribute versi. 1. semoga ada banyak-banyak versi lagi ye. doakan tau :)

Wednesday, November 3, 2010

ignorance sometimes is the best way to avoid getting hurt.

jangan rasa anda lah yang tercantik,
kerana pasti ada yang lebih jelita dari anda.

jangan rasa anda lah yang terpandai,
kerana pasti ada yang lebih bijak dari anda.

jangan rasa anda lah yang terpaling baik hati,
kerana pasti ada yang lebih murni hatinya dari anda.

bersyukurlah sentiasa :)

pendek kata nya, tok sah lah dok riak sangat. tudung labuh? baju longgar? kulit putih halus mulus? peminat lelaki keliling pinggang? dapat 4 flat every semester? tok sah lah. tok sah lah dok jalan mendada, hidung pun automatik meninggi. berkawan pun mula lah nak pilih orang. tolong lah jangan buat gitu. buruk sangat rupanya. ada gaya dah macam budak tadika yang dok menunjuk-nunjuk mainan baru kat kawan dia. kalau budak tadika tuh ada la gaya comel. kalau dah besar gedabak cetu, tok sah lah ye. bughuk sangat! haha tiba-tiba emo. :)

dalam hidup, perlu ada give and take. tapi, give and take yang saya maksudkan biasanya akan berlaku secara semulajadi. tak perlu lah kan, bila kita bagi pinjam barang kat orang, then kita state terus, nanti kalau aku nak pinjam barang kau kira boleh la ye. tak perlu. sebab semuanya akan terjadi secara semulajadi. itu pada saya lah kan. melainkan jika orang yang korang bagi pinjam barang tu kedekut semulajadi. tak dapatlah nak tolong. eheh.

alahai kuat sangat dah nih membebel. tapi ada intipati nya kot yang terselit celah-celah tu. pandai-pandai lah menilai ye. semalam saya stay up tengok drama korea sampai pagi. oh korang cariklah drama tu, baker king tajuknya. dan saya jumpa my 2nd love. eh boleh pulak nak second second kan. haha sorry sayang.

hensem tak? kan kan kan. tengoklah baker king, confirm memang cair la korang-korang. untuk girls je ok. guys kalau cair jugak sila cek paras hormon korang ye. haha ok merapu *tutup mulut*

p/s: supervisor fyp saya dr. deny susanti dan suaminya dr. taher, semoga selamat pergi dan selamat kembali tolong kami buat fyp. ishk :')

Monday, November 1, 2010

serabut penat LOL

kalau otak tengah serabut dan hati risau boleh update belog tak? eh mestilah boleh. tapi mesti meracau-racau je. macam saya sekarang lah. hihi. tak betul langsung penggunaan perkataan tu kan. tak kisahlah. saya punya belog :)). sehabisnya exam jam 4.30 petang tadi, maka dengan rasminya habislah 3 paper untuk final exam semester ni. ada tinggal lagi satu paper research method on 9th Nov. gap seminggu yang dinanti-nanti tiba jugak. kenapa dinanti? sebab badan dan otak rasa sangat penat. huhu. dan malam ni, malam untuk saya rehat dan berpoya-poya. untuk someone yang ym nya tak berapa nak dilayan, tolonglah jangan kecil hati ya. mood tak berapa mahu diganggu sikit ini malam.

ok. saya ada sorang kawan. dia jual sugar glider. tau tak benda alah tu apa dia? bukan mainan k. dia macam tupai. tapi bukan tupai. ok, fiz mesti marah saya kalau saya cakap sugar glider = tupai. kalau macam chipmunk boleh tak fiz? haha :)) oraitlah, ini belog dia. Ego sugar glider. kalau korang nak tahu lebih lanjut mengenai si sugar glider yang chomel dan cute mute nih, korang boleh search je mr. google, atau tanya direct kat fiz guna link kat atas tu ye. fiz nih memang boleh di label as an expert lah tentang sugar glider ni. nak tanya dia pasal pet lain pun boleh, landak ke, ular ke, hape-hapelah. asal bahagia. hehe.

malam ni biarlah saya melalut sampai setakat ni saja. tak larat nak perah otak fkir ayat nak buat entri ni. tengokla kan ayat kat atas-atas tu dah ada gaya macam kucing hilang anak. hahaha :)) takde modal lain. memang hilang anak jugak yang dimahu. :))

p/s: sayang IMYSM!! :')

 

nwca Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez