Powered by Blogger.

Friday, November 19, 2010

dariku untukmu

Assalamualaikum.

hari ni, genap 5 hari saya di rumah. seronok bahagia gembira rasanya dalam hati, seperti biasalah, tak terujar oleh kata-kata. for me, takde tempat lain yang lagi best dari rumah. boleh jadi diri sendiri sepenuhnya, boleh manja-manjakan diri *tidur dengan amaun yang sangat banyak ok!*, boleh makan sebanyak yang mahu, lapar je buka peti, memang perut terisi sokmo lah. tambahan lagi sekarang tengah cuti sekolah. cuti yang 2,3 hari ni memang fullhouse lah. alright, tengok gaya saya bercerita, agak-agak ada can tak untuk saya takmo balik kuantan buat fyp sebab kena tinggal rumah dan takmo kahwin sebab kena tinggal rumah jugak? bwahahahaha jom gelak kuat-kuat.

ada sesetengah perkara dalam hidup kita, yang kita like dying to change it but we can't. rasa sebak je dalam hati bila teringat-ingat kan? lagi sadis kalau benda tu semua jadi hasil dari satu salah faham. means, tak sengaja pun. dan ianya berlarutan beranak pinak sampai kita dah tak larat nak bendung. aduhai. nak ubah pun, segalanya dah terlambat.

sebetulnya, mahu ucapkan selamat hari raya Aidil 'Adha. dah terlambat kot. tapi takpe, raya ni sebulan kan? eh, tak ye? hihi. tak mengapa, ikhlas tu yang penting. insyaAllah.


p/s: sup tulang sedap! :D


No comments:

 

nwca Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez