Powered by Blogger.

Monday, December 27, 2010

facebook tanpa parents?

baiklah, apa perasaan anda kalau ibu anda komen dan bagi tazkirah kat fb anda? honestly? hehe, sila rujuk gambar kat bawah.

ok, honestly, serius saya terkejut. malu pun ada, sikit. hihi, ummi komen note saya yang lama, time tu dok buat survey yang entah apa2 dan takde tujuan pun. sekali kena tazkirah terus. adus.. :p hari tu ummi add facebook, sungguh tak sangka ummi akan pandai explore sdampai ceni sekali. terer jugak ummi ye? ;) haha rasa macam kelakar pun ada jugak. :))

p/s: i love ummi so much! :D


Friday, December 24, 2010

scholar cepatlah masuk please -__-

kebelakangan ini, oleh kerana kekeringan poket, maka broadband dah kena potong line nya. scholar takmo masuk lagi kan, sabar jelah. dan sebab tu juga lah jadik jarang nak update blog. eh, ye keee nii.. :p dan atas sebab yang sama jugak, jarang nak topup kredit handphone. so kalau sape sape sms saya, saya tak berapa nak reply, saya minta maaf ye? dan sape suruh pakai no selain celcom kan? hihi ;)

petang tadi dapat sms dari seorang kawan mengatakan yang hatinya dah hancur. memang kalau saya di tempat dia pun, saya tak tau saya mampu hadapinya atau tak. dugaan tu cukup hebat, dan dia dah tempuhinya agak lama. cuma sekarang, segalanya dah hampir ke penghujung. awak, saya harap awak terus sabar dan kuat. you deserve better, saya yakin :') . saya rasa kelam kabut je bila dapat sms dia, lama baru saya reply *walaupun dia pakai maxis :p* sebab dok fikir ayat yang sesuai untuk comfort dia. hakikatnya, saya tak rasa ada ayat yang mampu saya taip untuk menenangkan hati dia, cuma mampu mendoakan agar dia terus kuat. dan dia selepas itu terus mendiamkan diri. mungkin perlu masa bersendiri.

*kuat ye awak!*

*********************************************

sekarang tengah survey netbook, tapi orang cakap netbook ni pelan sikit nak compare dengan laptop kan. kat bawah ni list harga yang saya google. hehe. duit tak masuk lagi nak berangan. duh -_____-


agak-agak mana yang best eh? rambang mata je nengok iklan kan ;)

ok. ja ne~ :D





Sunday, December 12, 2010

suaraku berharap *love*


mari layan perasaan dengan lagu ni :)


Saturday, December 11, 2010

TERIMA KASIH

klik gambar di atas for the info :)

1.Ceritakan satu peristiwa yang korang tak dapat lupakan berkaitan TERIMA KASIH .. Contoh Aku belanja kawan makan tapi terima kasih pon tidak .

baiklah, satu peristiwa yang tak dapat saya lupakan berkaitan terima kasih.
al-kisahnya begini, nurulwidad che awang dilahirkan sebagai anak sulung dalam family nya. dan dia ni sangat lah manja dan sensitif orang nya. beliau mempunyai 7 orang adik beradik. nak dijadikan cerita, jarak umur antara dia dan adik nya yang ke dua jauhnya lebih kurang 5 tahun gitu lah. jadi dapatlah diagak di situ kenapa pe'el dia ni manja sikit kan :).

family 'nwca' berlatar belakang sederhana. ibu dan ayahnya kedua-duanya ber'title guru. untuk menyara mereka anak beranak, dengan adik-adik nwca yang masih kecil, kehidupan mereka tidak semewah orang lain. tersebut lah kisah di mana si 'nwca' mengambil peperiksaan SPM dan mendapat result yang cemerlang. maka banggalah si ayah dan si ibu. malangnya, si nwca ni pula berkecil hati dengan si ibu. konon nya ibu nya tak bagi hadiah apa-apa pun. si nwca ni hanya meluahkan perasaan dia dalam diari nya sahaja. segala rasa disembunyikan dari pengetahuan ibunya.

entah macam mana, si ibu membaca diari anak sulungnya. dan si ibu menghadiahkan seutas rantai kepada nwca. nwca menangis dalam hati. si ibu memberitahu nwca, "bukan ummi tak hargai k.long, cuma kadang-kadang kita perlu belajar menghargai orang lain juga sebelum kita dihargai..". hati nwca terasa hiba oleh kebersalahan yang amat.

TERIMA KASIH ummi :')
2. Bagaimanakah nak menyemai sikap berterima kasih di kalangan kita ?

persoalan ni pernah dibualkan saya bersama rakan-rakan. pada saya, TERIMA KASIH sangat sukar diucapkan kepada orang-orang yang rapat dengan saya. rasa macam janggal sangat kalau ucap. hehe. tapi kan, ucapan terima kasih bukan hanya boleh dilangsaikan dengan ucapan. malah boleh juga dipraktikkan dengan perbuatan. contohnya nak ucap terima kasih pada kawan, belanja lah dia makan sekali sekala. kan?

3. Ucapan terima kasih yang paling ikhlas korang pernah terima dari siapa dan apakah cerita disebalik itu ?


selalunya ucapan terima kasih diterima dari kawan-kawan yang rapat tapi bukan dari teman-teman rapat. takde cerita yang menarik di sebalinya, biasa-biasa saja. :)

4.
Secara jujur , adakah anda terlupa mengucapkan terima kasih pada seseorang , hari ini ?

a'ah, lupa ucap terima kasih kepada si dia :D

p/s: ok 4 entri hari ni hebat tak? hihi

berjaya!


fuhh fuhh penat den! (-__-'). last entry cakap nak tidur kan. tapi tak tidur jugak. sebab semangat tukar template blog. hahaha suka suka suka. warna biru pastel dan comel. eee suka! dari tadi dok je depan laptop sampai bahu dan belakang lenguh lenguh tau. bayangkan dok hadap laptop dari jam 2 pagi tadi. hebat tak? ;) cantik tak header baru? sebenarnya header tu besaaaar lagi. tapi disebabkan penat dah nak adjust, biar jelah dia shrink to fit je. ok je kan, tak nampak cacat pun kan? hehe saya sukaaa langit! ^^

haih, terpaksala semangat sikit update blog nanti kan :p.

ok, selamat pagi semua! selamat pagi cinta! moga hari ini jadi lebih baik dari sebelumnya. insyaAllah! *excited ni template baru hihi* :D

wishlist ^^

semalam saya tidur awal then bangun jam 2 pagi dan stay up sampai sekarang. dah 7 pagi pun. dalam masa lebih kurang 5 jam saya stay up, macam-macam saya google. baiklah, korang jangan la nak muntah sebab ini ialah entri pelajar universiti yang tak sabar nak tunggu biasiswa masuk. dengan ini, saya sertakan list barang-barang yang saya nak! hehe.

nokia c3. ini sangat perlu memandangkan handphone lama saya dah dikebas orang. isk isk. i miss my old handphone. ok tipu je :p . which colour is the best huh?



yang ni pun keperluan ok! rindu jugak mp3 sony biru saya. pun dikebas orang. isk isk. nak warna pink laa pulak kali ni. baru la feminin, kan putera kuda putih? *wink* ;)


nak mouse! atau tetikus. uhuh, mouse yang lama dah rosak. dia takmo gerak gerak dah. that's why lah dah takde post games kat facebook tuh. susah tau nak main game tanpa mouse ni. gian dah. ceh, macam main game hape je, padahal main pet society dengan zuma je. hahaha :))



seterusnya, cooler. kenapa lah habis je sem lepas kan, elok elok je cooler dan mouse dua dua rosak. agak-agak macam kena test dulu je usb port laptop saya. harap-harap usb port nya ok. kalau tak? hmm.. :(


mari teruskan wishlist kita dengan produk seterusnya. hahaha :)). ok nak beli set ni jugak. kalau takde nak beli yang satu satu punya la. tak kira tak kira. hehe :D

sebenarnya macam banyak lagi la kan toiletries yang diperlukan. tapi macam segan dan tak perlu je nak mention satu persatu kat sini. dan daaaan je kan :p. baiklah, dengan itu saya rasa cukuplah setakat ini saya merapu dan meraban. yang dekat atas ni semuanya keperluan tau. belum kehendak. kalau nak list kan yang kehendak punya, memang tak habis lah kan :p.

ok lah, nak tidur lagi biar cukup 8 jam. baru tidur yang cukup kan? hihi XD



kenangan menggamit rindu

dah lama rasanya tak update blog. malam ni, saya dalam mood jiwang dan penat. harap maklum. eh, tak tanya pun kan. hehe :)) teringat kenangan-kenangan lalu yang banyak buat aku tersenyum bahagia, dan juga menangis kecewa. best jugak melayan perasaan nih kan :p.

"When I see you smile and know that its not for me, that's when I miss you the most"

sudah lah tu cikwie! (=.=)

pic credit to miss wallflower :)

hari hari yang berlalu, rasanya terlalu pantas. tak larat saya nak mengejar. rutin hidup sekarang, sama sahaja. bangun pagi pergi lab, kalau nasib baik balik petang. nasib tak berapa baik maka balik lah malam @ pagi esok nya. seronok? ada lah sikit. tapi penat tu yang tak tahan. sampai dah lost track dengan tarikh dan hari. lebih menyesakkan fikiran, a new semester is starting soon. lagi 2 hari kot. kenapa kecoh sangat dengan new semester? macam tak biasa je kan. sebab this semester will not be the same as before lah. it's a FINAL one kot. insyaAllah. and classes will be starting too *tak suka!*. dan kepenatan akan terus bertambah. mesti susah nak cari masa buat fyp nanti *rasanya la*.

kawan kawan doakan saya ya. i miss ummi so much! :')
 

nwca Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez