Powered by Blogger.

Saturday, June 26, 2010

.emo.

hari ni, aku ikut beberapa orang staff ke satu lokasi untuk aktiviti mobile blood donation. program tu dianjurkan bersempena dengan hari akauntan negara, target untuk donor lebih kurang 20 orang. Alhamdulillah, kami berhasil mengumpul donor lebih dari target, 34 orang kalau tak silap.

okla, that's not the main thing i want to share actually. macam biasa la, bila ikut mobile, mesti akan buat juga finger pricking untuk hb rate test dan blood grouping. tapi hari ni, most of the time lab technologist yang bertugas duduk di kaunter finger pricking tu. so, aku dan kawan aku cuma tolong nurse sangkut blood bag, tampal sticker dan bagi gift kat donor jelah. sampai satu ketika, technologist tu macam dah penat, so mintak aku gantikan tempat dia kejap.

donor tu lelaki, pangkat pak cik aku kot. aku tanya la, first time ke pak cik, pernah derma dengan HU** ke, dah makan ke dan segala bagailah. respon positif, ceria je. cuma aku rasa semacam sikit sebab dia excited dan agak annoying. tapi takpelah, kata ikhlas kan. bila prick jari dia, dia jerit sikit, "aduh, sakitnya..", *again annoying sbb prick tu xsakit sangat pun, mcm gigit semut je*, aku just ambil darah sikit untuk letak dalam microcuvette for Hb checking. aku bagi donor tu swab untuk dia tekan dekat kesan prick tu. his Hb rate is 12.2, tak layak menderma, aku suppose to tekan again jari dia untuk ambil sample. then, aku perasan donor tu xbagi borang tu kat attendan dan xde blood group kat situ. aku tanya doc dan doc suruh buat blood grouping. masalahnya, luka prick tadi dah hampir nak clot dan tertutup dah. terpaksala aku tebalkan muka minta kat p.cik tu nak prick lg sekali.

bila macam tu, p.cik tu dah mula bising lagi. the way he said it was like aku xpandai buat kerja. doktor bertugas bela aku dan cakap "she is a practical student.. bla bla bla..", dia still bising, aku sedikit gelabah tapi nasib baik staff kat situ mcm support aku. aku prick jari dia lagi and ambil sample untuk Hb. Again, his Hb is low. donor tu xpuas hati, doc tengok microcuvette tu and said that there was a bubble, means the reading was not accurate. again, aku terpaks a tekan lagi jari dia. kali ni, darah dia mcm xnak keluar, yelah, dah lama. luckily technologist tu datang tolong tekan jari dia dan darah keluar. Hb dia cukup2 13.0 g/l. layak menderma.

aku buang glove, terus pergi kat tempat nurse. masa tu, aku still mampu kawal perasaan. then, donor tu datang dan baring kat katil. salah seorang nurse suruh aku gantung beg darah kat katil dia. aku pergi dan p.cik tu cakap "saya xnak dia cucuk". Masa tu aku rasa macam nak nangis gila. air muka jatuh macam tu je. aku terkejut dia sanggup cakap macam tu. then i said, "saya xcucuk, gantung beg je". Aku gantung beg darah, bangun dan terus capai hp, lari ke tempat yang jauh sikit dari situ. ya Allah, tuhan saja tahu perasaan aku masa tu. rasa macam nak je nangis kat situ.

aku duduk, tarik nafas panjang2. air mata dah bertakung kat tubir mata. malu. serius malu. tu bukan pertama kali aku buat test tu, dah berkali-kali. yes, aku belum mahir. tapi, i dare say that i've pricked more than 30 donors before him. ikutlah orang nak pandang rendah ke nak cakap ni salah aku ke apa. yang aku tahu, jari p.cik tu susah nak keluar darah plus darah cepat clot. Aku akui aku ada salahnya. tapi, aku still rasa tindakan dia agak melampau. :(

bila dah reda sikit, baru aku pergi semula kat tempat kejadian. p.cik tu dah siap pun derma darah. technologist yang suruh aku ganti dia pulak, nampak gila dia rasa bersalah. dia dan a few staffs kat situ la dok tenangkan perasaan aku sambil buat lawak. He keep on saying that i was emo. but then, it's my first time being scolded in public. satu point yang boleh aku ambil dari staff, they said "that's the reality of work. we have to face public's reaction towards our action, banyak orang, banyak ragamnya,". i have to agree to that statement.

to that pak cik, i would like to say thank you for giving me this experience. it's not a wonderful one but it taught me a lot. a LOT!

p/s: cikwie bermuhasabah sambil nangis. :'(

1 comment:

Kema Azeman said...

huhu sabo je la. mcm2 manusia ni kan huhu

 

nwca Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez