Powered by Blogger.

Tuesday, June 29, 2010

cinta hingga ke syurga =)

21-04-2010 till 29-06-2010

selama lebih kurang 10 minggu aku berpraktikal, macam-macam perkara aku rasa dan pelbagai situasi aku lalui. 5 minggu pertama, secara jujurnya aku akui, aku xsabar-sabar nak tunggu saatnya habis praktikal. tapi, mulai minggu ke-6, aku mula merasakan cepatnya masa yang berlalu. waktu yang dulunya kurasakan bertatih kini seakan mula berlari-lari anak, sudahnya seperti dipecut-pecut pula. esok, hari terakhir aku untuk praktikal. aku tak tahu apa takrifannya perasaan yang sedang aku rasa sekarang. aku tertanya-tanya, how will i spend tomorrow? dengan sedih kah? dengan gembira kah? atau buat tak tahu je?

someone said to me earlier, tinggal la your contact number kat your supervisor, mana la tahu kalau ada kerja kosong dia contact balik. then he also said, make sure your supervisor remember you!

aku? aku tak berapa kisah pun sebenarnya. kalau boleh, aku mahu staffs kat hemato department remember me as a friend. more than that pun tak ape. aku mahu kehadiran aku di sana selama 10 minggu tinggalkan kesan dan kenangan yang manis pada mereka. sekarang, baru aku rasa rugi. kenapa lah aku tak mula bermesra dengan semua staffs seawal mungkin. biasalah kan, bila dah nak kehilangan, baru kita menghargai.

pagi tadi, on the way nak ke lab, aku lalu ikut laluan depan. kat situ ada atm, gerai dan sebagainya. ada juga vending machine, jual air dalam tin. masa aku lalu, ada pasangan suami isteri, pangkat atok nenek aku dah. yang lakinya bergaya ala 60-an. pakai seluar kembang kat bawah. bila pakai seluar gitu, susahla kan nak keluarkan ape2 dari poket seluar dia. pak cik tu dok berusaha keras cuba untuk mengeluarkan sesuatu dari poket dia. telatah beliau agak menggelikan hati.

isterinya pula, agaknya pelik tengok suaminya gitu, lalu bertanya,
"abang buat apa tu.."

suaminya jawab, "nak kuarkan duit ni ha.. nak beli air tin", dengan nada suara yang bersungguh-sungguh.

isterinya jawab lagi.. "ala abang ni.. beli air tin nah..", sambil tersenyum-senyum.

spontan aku tersenyum melihatkan telatah mereka. aku berlalu pergi sementara pak cik tu masih berusaha.
entah kenapa, aku rasa pak cik dan mak cik tu, sangat sweet. dalam umur mereka yang mencecah setengah abad, masih bergurau senda dan berbual mesra. sangat comel. saling usik mengusik walaupun badan dah bongkok dan kulit berkedut seribu. nak je aku tanya petua. hahaha. ok, aku berangan.

p/s: hopefully kita semua sihat dan terus romantik bersama pasangan sehingga ke usia senja :)

No comments:

 

nwca Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez