Powered by Blogger.

Friday, July 30, 2010

ikut rasa hati binasa.

pernah tak, satu hari, kamu rasa sangat banyak perkara dalam otak?
otak macam nak pecah dek membawa tampungan yang sangat banyak?
pernah tak, kamu sangat bersabar dan tahan perasaan yang menyenak dalam hati,
sebab mahu jaga hati orang?

kalau saya bila semua perkara di atas terjadi serentak,
saya selalu rasa nak jerit kuat-kuat
salah seorang kawan saya bagi cadangan,
pergi ke laut,
jerit kat ombak,
"ombak jahaaaaaaaaaaaattt"
wah, menarik. *sparkling eyes*

dulu cikgu sekolah saya ajar, kalau rasa nak marah,
yang ke tahap nak baling-baling barang,
nak hempas barang atas meja,
bawa mengucap, ambil wudhu'
solat sunat 2 rakaat.

betul lah kan. masa kita marah lah kita tak mampu nak kawal perasaan.
dan itulah masa terbaik bagi syaitan laknatullah nak mengambil alih kemudi akal kita.

"There is no position that so shakes the clarity of our judgement as anger.
Things truly seem different to us once we have quited and cooled down."
~Montaigne~





No comments:

 

nwca Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez