Powered by Blogger.

Saturday, October 30, 2010

red warriors. :)

baru pulang tengok bola kat casper. puas hati. first time keluar tengok bola ramai-ramai dengan kawan-kawan kat kedai. jakun? ye saya memang jakun kalau bab-bab bola nih. orang sorak saya pun sorak. orang semangat saya pun tak kurang hebatnya. kami berlima dikelilingi berpuluh lelaki kat kedai tadi. asap rokok dan shisha memenuhi ruang. terbatuk-batuk kami-kami. Alhamdulillah survive. hehe.

tahniah Red Warriors. korang telah membuktikan keupayaan anak KELATE. dan korang tidak menghampakan peminat-peminat korang. Alhamdulillah. dan saya dan kawan-kawan sangat puas hati, sanggup tu tinggal nota yang bertimbun dalam bilik. semata-mata nak tengok nye kelantan menang tahun ni. hihi, tiba-tiba semangat. ah lantak lah. :))

baik lah sudah lah dengan semangat ke'bola'annya. perlu stay up malam ni. kelantan menang, perut pun kenyang dah. kan? hihi. :)

p/s: macam hape je jerit-jerit tadi :p

friendship tiga segi.

what is friendship to you? saya? saya pernah bahagia dan rasa dihargai oleh friendship. dan saya juga pernah terluka dan sebenarnya baru sahaja terluka sebab friendship. sepanjang hidup yang tak lama lagi pun atas muka bumi ni, saya rasa macam-macam orang saya jumpa. dan saya berkawan. rapat. dan biasa-biasa sahaja. by saying rapat, i meant to say susah payah hati ke hati menangis ketawa segalanya bersama.

saya tahu bila awak jatuh dan awak juga sebaliknya. dan awak dan saya saling membangunkan yang jatuh. Alhamdulillah. saya sangat bersyukur bila dapat sahabat sebegini. saya sayang awak tau. sangat-sangat :) . tapi, apa yang kita rasa, kadang-kadang tak sama dengan apa yang orang lain rasa. niat baik kita kadang-kadang disalah erti kan. apa lagi bila adanya orang ke-tiga. ewah, macam kes cinta tiga segi dah ni. eheh.

sebenarnya, saya macam nak berselindung selindung taip entri ni. nak buat macam entri yang ada maksud yang dalaaaam macam gaung. tak nak terlalu direct to the point. tapi.. ah idea kering. tak apalah, janji lepas. buat sesiapa yang rasa memahami, anda faham lah kan. buat yang tak berapa nak faham, just get the general idea of this entry lah. friendship ialah satu hubungan yang saya akan treasure seumur hidup saya. insyaAllah. tapi, bukan semua orang *mungkin* memandang friendship sebegitu. sebab gitu lah, friendship can hurt people like me *perasan*.

p/s: hopefully awak bahagia dengan jalan yang awak pilih.


Friday, October 29, 2010

awak, bahagia tak? ;)

awak, bila bangun pagi, pandanglah ke luar tingkap. lihat kehijauan alam di luar sana. sana hijau. sini hijau. ahh kuantan memang kehijauan. hehe. hirup udara segar sepuasnya sampai ke lubuk paru-paru. seronok. setiap hari ialah hari baru. mari kita sama-sama buat hari ini lebih baik dari semalam. mari awak, kita lupakan segala pahit masam semalam. sebab, bahagia atau tidak dengan hidup, kita yang perlu pilih. sebab itu, kita senyum sentiasa ya awak. kita optimis sentiasa. maafkan mereka-mereka yang guris hati awak tau. sebab, saya nak awak bahagia. macam saya bahagia sekarang. :)

ok dah. entri ni ditaip pagi tadi before final exam herbal medicine. bangun pagi-pagi rasa seronok dan bahagia. walaupun macam nak pecah hati dok nervous nak exam. anyway, exam is not everything dalam dunia ni. fail exam bukan bermakna you are the failure of life. life masih panjang. dan pendek juga in a way. so be thankful and always bear in mind that apa pun ujian yang menimpa, pasti ada hikmah yang tersembunyi. insyaAllah. :)

mahu bahagia? tiga perkara ini awak harus terapkan di hati, dalam hati ok, bukan luar hati. uhuk.uhuk.

  1. usah berdendam
  2. jangan hidup diulit masa lalu
  3. sentiasa bersyukur
alaa 3 je. dan sentiasa muhasabah. btw, jangan jugak terlalu fikirkan cakap-cakap orang. dah namanya pun manusia, takkan mampu awak nak tutup mulut semua orang. kan awak? :)

p/s: cikwie is bahagia even tidak diselimuti kemewahan. alhamdulillah. :)

Thursday, October 28, 2010

gelik tapi best.

lagu ini ialah salah satu lagu siulan si dia. liriknya menarik. bermakna. dan, ya, bermakna. lagu ceni memang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. bila dengar lagu ni serius rasa macam terdodoi, hanyut sendiri. tapi tak boleh tidur lagi, study belum habis. uhuk uhuk.




malamku bermimpi hai dgn satu bintang
ku terpaku di jendela
ku lihat kanda tersenyum menawan
asmara bergelora meresap ke dada
malamku terlihat oh satu bunga
bunga harum menarik hati
tak sanggup menahan rasa asrama meresap pandangan
menusuk di jiwa
sayang jauh di balik awan
wajahmu tetap berseri-seri
laksana bulan sedang mengambang
menawan dan menggoncang
dalam kalbu
oh angin meniup bawa daku ke sana
hasratku ingin bersama-sama
tak tahan rasa hati menderita
gelora asmara selalu menggoda

hehehe. jiwang pula di pagi hari. ampun adik adik kakak kakak abang abang. ok ok sudah sudahlah, mari sambung belajar sambil senyum girang penuh makna. :D

p/s: you are the best person i ever had. <3>

Wednesday, October 27, 2010

pop corn!

tahu tak bila masa yang paling best nak online dan menonton? kalau menonton time ni memang tak perlukan pop corn untuk rasa syioknya. tengok sorang-sorang pun takpe sambil bersila mengadap megi depan laptop. haha. masanya ialah bila nak exam esok. series yang bertan-tan dalam laptop yang dah hampir nak jadi jeruk dah dok simpan, yang selama ni takde rasa pun nak nengok. masa ni lah yang akan di'nengok' sampai habis satu season. tak percaya? owh please, percayalah. that was what happened to me. and it's happening to me now. oh la la~ dan, dan, dan bila sahaja habis exam, tengok laptop pun tak selera. eeeee geram tak? kan kan? geram kan? huuu, kuat betul lah dugaan time nak exam nih. takpe takpe. 3 more papers to go. fuh fuh fuh. :D

hidup, takkan bermakna kalau kita asyik beralasan, kan? bukan lah namanya hidup kalau plain dan takde corak corak batik ke abstrak ke sket-sket kan. corak refers to the colours of life. ada masa kita sakit, ada masa kita senang dan sihat. ada masa riang ria dan ada masa muram durja. dan ujian untuk setiap manusia adalah pasti. setiap manusia pula, corak ujian adalah berlainan. ada yang diuji dengan kepayahan yang pelbagai. ada pula yang diuji dengan nikmat yang melimpah ruah. dan oleh kerana ujian-ujian seperti itu, insan lemah seperti saya selalu merasakan yang dunia ini tak adil. sebetulnya, apa yang telah dan akan terjadi, sudah terlebih dahulu diaturkan oleh NYA. dan saya sebagai hamba, selalu terlepas pandang. ah emosi. saya manusia biasa yang selalu ber'emosi dengan hidup. ah sudahlah, hidup ini pinjaman dan ia tidak lama. maka adalah perlu untuk belajar menghargai apa sahaja yang sudah ada dan sudah dimiliki. kerana kita takkan tahu, bila segalanya akan ditarik kembali olehNYA.

miss A dalam satu sesi sembang-sembang dunia semalam dulu cakap i'm a perfectionist. dan miss C mengakuinya. dan mereka memang pakar. siap bagi evidences segala macam. haha :)). ku tanyakan kepada si chenta hati, beliau juga mengiyakan. juga dengan segala macam bukti. sampai terkelu lidah dan terkebil-kebil dengar hujah mereka. bila saya teliti dan muhasabah, sedikit sebanyak saya sedar. ya, saya memang someone yang sangat sensitif dengan kesilapan. even yang kecil macam kuman pun saya nampak. dan saya sangat sangat berhati-hati dengan apa saja yang saya buat, sebab saya sangat takut dengan kesilapan. dan sikap hati-hati saya tu, ada kalanya memakan diri. huhu :S . thanks buat miss A, miss C dan chenta hatiku atas kesudian berterus terang. heee ok laaaame. :D

p/s: 3 more papers chiyok2! :D

Monday, October 25, 2010

aww pagi yang buta :D

jam 3:16 pagi, dan saya masih belum boleh melelapkan mata. aduhai mata.
nak baca notes dah takde selera. notes dah nampak macam emetic substance.
huah. what to do what to do.. laaa laaa laaa laaa. and again goes laaa laaa laaa laaa.
hoping that the eyes could just memberat-memberat dan tertutup.
hahah, rasa macam best je kan kalau dapat kacau orang di tengah malam ceni.
kan kalau we call someone in the middle of the night when he's asleep,
dan dia angkat call and pretend like dia tidak diganggu by your call,
that means, he loves you.haha baheeeeekklah saya merapu.
takkan lah semudah itu love's definition. hehe :))

p/s: i miss home so much! ummi, rindu..

Friday, October 22, 2010

HB to me! :D

happy birthday to my beloved gorgeous ummi, kak long sayang ummi sangat sangat sangat sangat. ok, dahlah cukup sangat nya. perasaan dalam hati bukan senang mahu digambarkan dengan kata-kata. dan most of them cannot be translated into words at all. that's why we got tears, laughter, and etc. hehe.

tau tak saya nak tulis apa dalam entri kali ni? fyp and final exam? ahh lame. nak pot pet tentang my birthday? owh again, lagi lame. hahaha :)) . tak ada lah, saya cuma mahu tulis apa yang ada dalam kepala je. *of course lah kan* :p . hari ulangtahun kelahiran saya tahun ni, biasa-biasa sahaja. insan tercinta jauh di nilai, tak dapat nak celebrate sama-sama lagi. tapi on the good side is, i still have friends. though masing-masing busy dengan kerja masing-masing, hundreds of their wishes on facebook and handphone do made my day. terima kasih buat semua-semua. hehe. tak lupa juga buat akmar, my cyber friend yang banyak tahu tentang jatuh bangun saya selama ni, beliau siap buat special entry lagi kat belog beliau yang comel dan cute tu. thanks dear :) .

dah dua hari saya hampir-hampir sahaja tidur dalam lab. even malamnya birthday saya pun, balik dekat jam 2 pagi. Alhamdulillah saya punya kawan-kawan yang memahami dan menghiburkan. tak lah bosan sangat dok kat lab yang bau chemical serba macam tu. dan still, di sebalik kerja-kerja fyp yang bertimbun, final exam pula bakal bermula 27th Oct ni. semoga Allah berikan petunjuk NYA. insyaAllah.

saya rasa sedikit sedih. bukan sedikit sebenarnya, banyak. saya rasa saya semakin jauh dengan sorang sahabat saya. dulu, agak selalu jugaklah kami lepak di bilik saya @ dia, even makan megi dan bergosip sama-sama. tapi sekarang, selisih pun tegur macam kami tak pernah rapat. em. mungkin salah saya sebab diam tak berpenghujung. mungkin dia dengar cakap-cakap orang. mungkin kekangan masa yang ada serta course yang berbeza jadi halangan sedikit. atau mungkin saya yang berburuk sangka. na'uzubillahi min zalik.

saya adalah seorang kawan yang sangat menghargai friendship. jadi saya sangat sedih bila saya tak dapat hati ke hati dengan kawan-kawan saya. friendship hati ke hati sangat penting. em. semoga semuanya akan bertambah baik dengan masa.

p/s: doakan saya, final exam! *again buat muka comel* :))

Saturday, October 16, 2010

kekuatan itu perlu dicari, bukan dinanti.

ugh, bulan 10 ni liat sangat saya nak update *belog yang takde orang nak baca pun* ni kan? heh, macam-macam perkara jadik di bulan 10 tahun ni. ada yang buat saya happy sampai rasa macam di awang-awangan. ada yang buat saya remuk hati, perasaan dan semangat. dan untuk pulih kembali tu agak makan masa. aduhai hatiku :'( . ok dah dah. ni baru separuh bulan cik wie oi. banyak lagi yang menanti. apa lagi agaknya bulan 10 2010 ni nak hidangkan kat saya. uh -__- .

kebelakangan ni, saya sangat depressed. tengoklah entri saya. alaa yang sebelum entri ni. nampak tak macam kambing hilang anak? eh, gitu eh? haha ok merapu. main pointnya di sini ialah saya sangat dalam keadaan tensi. bayangkanlah, pergi visit pun tengah jalan-jalan ramai-ramai tu boleh nangis cetuuu je bila sahabat kesayangan peluk bahu! succha cry baby i am right? :))

terima kasih berjuta-juta nak saya ucapkan kepada insan-insan bergelar sahabat. yang sudi menghulur pertolongan dan beri semangat kepada saya untuk go through everything. saya tatkala itu menjadi someone yang super duper sensitive. sikit-sikit nak emo. banyak-banyak lagi lah nak emo. padahal saya tahu kawan-kawan saya hanya mahukan yang terbaik untuk saya. masa tu takdenya nak rasional ke nasional ke transnasional ke.. memang tunggang terbalik semua dok follow hati dan perasaan. uhuk uhuk. untuk kalian yang memahami saya, kalian memang the best lah. sayaaaaaanng korang :) :) <3

tak lupa juga untuk ummi dan si dia yang selalu bagi semangat. selalu kena angkat call saya di tengah-tengah malam buta. ya Allah, dugaan "post-traumatic stress disorder" kali ni memang agak menggerunkan. tak sanggup nak kuhadapinya lagi. syukur ke hadrat MU atas kekuatan yang diberikan. :')

tak lama lagi, final exam bakal menjelma. dan semester 1 tahun ke-4 akan melabuhkan tirainya. seperti biasa, time flies fast, without us realizing. dan seperti lajunya waktu itu berlari, saya sangat berharap trauma ini lari sejauhnya, sejauh yang mungkin dari saya. insyaAllah. :)

p/s: cikwie, smile always :)

Wednesday, October 13, 2010

tak suka!

i'm sick of people.
and
i'm tired.
too tired.
emotionally and physically and spiritually.

T____________________T
 

nwca Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez