1.Ceritakan satu peristiwa yang korang tak dapat lupakan berkaitan TERIMA KASIH .. Contoh Aku belanja kawan makan tapi terima kasih pon tidak .
baiklah, satu peristiwa yang tak dapat saya lupakan berkaitan terima kasih.
al-kisahnya begini, nurulwidad che awang dilahirkan sebagai anak sulung dalam family nya. dan dia ni sangat lah manja dan sensitif orang nya. beliau mempunyai 7 orang adik beradik. nak dijadikan cerita, jarak umur antara dia dan adik nya yang ke dua jauhnya lebih kurang 5 tahun gitu lah. jadi dapatlah diagak di situ kenapa pe'el dia ni manja sikit kan :).
family 'nwca' berlatar belakang sederhana. ibu dan ayahnya kedua-duanya ber'title guru. untuk menyara mereka anak beranak, dengan adik-adik nwca yang masih kecil, kehidupan mereka tidak semewah orang lain. tersebut lah kisah di mana si 'nwca' mengambil peperiksaan SPM dan mendapat result yang cemerlang. maka banggalah si ayah dan si ibu. malangnya, si nwca ni pula berkecil hati dengan si ibu. konon nya ibu nya tak bagi hadiah apa-apa pun. si nwca ni hanya meluahkan perasaan dia dalam diari nya sahaja. segala rasa disembunyikan dari pengetahuan ibunya.
entah macam mana, si ibu membaca diari anak sulungnya. dan si ibu menghadiahkan seutas rantai kepada nwca. nwca menangis dalam hati. si ibu memberitahu nwca, "bukan ummi tak hargai k.long, cuma kadang-kadang kita perlu belajar menghargai orang lain juga sebelum kita dihargai..". hati nwca terasa hiba oleh kebersalahan yang amat.
TERIMA KASIH ummi :')
2. Bagaimanakah nak menyemai sikap berterima kasih di kalangan kita ?
persoalan ni pernah dibualkan saya bersama rakan-rakan. pada saya, TERIMA KASIH sangat sukar diucapkan kepada orang-orang yang rapat dengan saya. rasa macam janggal sangat kalau ucap. hehe. tapi kan, ucapan terima kasih bukan hanya boleh dilangsaikan dengan ucapan. malah boleh juga dipraktikkan dengan perbuatan. contohnya nak ucap terima kasih pada kawan, belanja lah dia makan sekali sekala. kan?
3. Ucapan terima kasih yang paling ikhlas korang pernah terima dari siapa dan apakah cerita disebalik itu ?
selalunya ucapan terima kasih diterima dari kawan-kawan yang rapat tapi bukan dari teman-teman rapat. takde cerita yang menarik di sebalinya, biasa-biasa saja. :)
4. Secara jujur , adakah anda terlupa mengucapkan terima kasih pada seseorang , hari ini ?
a'ah, lupa ucap terima kasih kepada si dia :D
p/s: ok 4 entri hari ni hebat tak? hihi
p/s: ok 4 entri hari ni hebat tak? hihi
2 comments:
rajinnya update sampai 4 skali..
sebab excited lebih haha :))
Post a Comment