Powered by Blogger.

Friday, April 30, 2010

gracias~

i would like to dedicate this song to him.
thank you for being there for me.
always.
for being there when i want someone to throw everything to.
for being with me during my hardest time ever.
for lending me your ears when i bluff, when i 'talked roundabout' :))
i love you.
i really do.





Thursday, April 29, 2010

week end

saya rasa seronok dan bebas.
cuti 3 hari.
biarlah weekend je pun.
nak bagitau jugak.
weekend best.

p/s: sleep is now my best friend~ ;)

Saturday, April 24, 2010

.praktikal.

dah ramai orang bercerita tentang pengalaman praktikal masing-masing,
aku diam menyepi, hmm.. sedikit cemburu bila dengar cerita rakan-rakan,
seronok, banyak sample, bayak keje nak dibuat, and penat.

korang ok la, dan patutnya bersyukur, ada keja mahu dibuat.
kalau kami kat sini, takde keja.
aku xsalahkan tempat kami praktikal, memang patut kalau kami xdibenarkan sentuh sample2 berkenaan, blood kot, nak amik sample pun punyaalaaah susah.

plus, staff2 kat sana baik-baik, dan cantik-cantik belaka.
almaklumlah, kerja dalam tempat berhawa dingin..
kulit pun cerah2... muda2.. awet muda siot..
ade sorang akak ni, aku teka dia dalam unur 25,
sekali, da 37, aku terpegun, mcm anak dara lagi gayanye.. :)

ok, ok, back to the main thing,
sebenarnya, aku rasa silap kitorang jugak mintak kt sini,
kat sini UNIVERSITI,
sistemnya lain dgn KKM (hospital kerajaan),
kat KKM, under patologi lab tu ada banyak section,
so bolehlah rotate rasa dan experience semua benda.

kami ni pulak, setiap lab under jabatan yang berlainan,
so, bila kami contact usm, depe hantarla surat kita kat setiap jabatan,
then, xsemestinya semua jabatan ada kekosongan dan nak terima kami-kami ni..
lebih memburukkan keadaan, IPTS sekarang, kalau nak praktikal,
diorang bayar seminggu RM 2000 lebih,
so, bila sampainya 2 permohonan,
1 berbayar dan satu tidak,
sudah tentulah yang berbayar akan lebih diberi peluang, kan?

hmm.. begitulah cerita kami..
untuk 2 bulan seminggu 2 hari ni,
kami akan terperap di lab hemato dan lab transfusi dan tabung darah..

alhamdulillah, aku bersyukur juga sebab sangaaaatt banyak yang telah kami pelajari,
cuma sedikit terkilan sebab xleh nak rasa keja kat lab-lab lain.
lab mikrob, lab patho, lab chempath dan segala.

hmm.. last but not least,
have a happy practical session kawan2.
timba sebanyak mungkin ilmu!~ ;)



p/s: wie harus lebih banyak bersabar dan bersyukur.

Wednesday, April 21, 2010

.remuk.

rasa down sangat-sangat malam ni,
seperti kehilangan tempat berpaut,
benar kata orang,
kawan ketawa ramai,
kawan menangis jarang sekali.

orang, kalau kita bicara tentang susahnya kita,
mereka hanya mampu cakap,
sabarlah, aku minta maaf, dsb.
benar kata orang,
mata yang memandang xkan sama dengan bahu yang memikul.

wahai hati, wahai diri,
sabarlah,
you have to get through this,
may this experience build a stronger you.



smile~ :)

thanks tu cik nuha, one of my my besties mase remaja dulu.. ngee.. XD


Regulations to receive this award:

1) Thank and link the person that gave you the award.
thanks dear nuha. :)

2) Pass this award onto 15 bloggers you're recently discovered and think are fantastic:

5. yie
10. akmar
11. dib
13. k.yong


3) Contact the blogs and let them know they've won the award:
insyaAllah, bila berkesempatan. :)

4) State 7 things about yourself: easy. just state the seven.
  • banyak cakap kalau masuk 'gu' hehe
  • bila saya bosan saya akan cari buku untuk dibaca, kalau tak faham pun baaaacaaaa je jugak.. haha
  • saya sangat suka vanilla + choc chip ice cream.. saaangaat!!!!
  • dulu2 saya cintakan add math, dah lama tinggal, but i've to admit, i miss it!!
  • senang nak marah tapi cepat nak sejuk, xreti nak marah lama2
  • saya x berapa suka nak bersukan
  • kipas susah mati novel2 ramlee awang murshid, novel je ok.. :P
bila laaa yang ni nak sampai kelantan.. :(

p/s: doakan saya tabah ber'praktikal'.. :)

Thursday, April 15, 2010

strong heart~



17:55 ~ after asar prayer.


aku hilang jejak haribulan semenjak dok rumah ni,

cek kalendar kat handphone, owh ok, harini dah 15hb April,

got 5 more days before the practical begin,

and still, xdecide lg on d transport mahu ke sana. hmm.. malas pk!


baru lepas bersembang dengan seorang teman,


beliau baru patah hati, aku nasihat segala bagai,

then she said, "ko xpelah, tengah bahagia sekarang, senangla nak cakap pape"

owh ok, fine. aku terdiam, sedikit kecil hati.

ni reply aku pada dia,

kebahagiaan yang kita kecapi dulu, atau sekarang, atau masa depan,

xkan kekal lama, akan diselang seli dengan dugaan yang pelbagai,

yang kekal hanya bila kita bersama denganNYA


aku juga pernah mengalami situasi serupa,


malah lebih teruk mungkin, bukan sekali, malah berkali-kali.

pengalaman mengajar dan mendewasakan kita.

be strong dear.. :)

p/s: Allah xbagi kita apa yang kita mahu, DIA bagi kita apa yang kita perlu.


syiok!~

dear blog,

tau x ape yang best time cuti kali ni?

pintu bilik ku dah rosak tombolnye, so tak dapat kunci la..

lepas tu kan, dah x payah kunci da jam untuk alarm bangun subuh,

asal je pukul 6.30, afiq masuk,

"K.long, bangun.. gosok baju orang.."

heheh..

bibik la katekannn... ;)


anyway, cuti ni seronok!!

rasa macam xmo g praktikal,

lantaran terlalu syiok bercuti.



;)


Wednesday, April 14, 2010

18 SX



dah lame aku berfikir-fikir, berkira-kira tentang hal ni, patutkah aku tulis tentang ni, atau just let it go je.. then, rasa macam takde salahnye kalau aku letak kat blog kan.. so, beginilah al-kisahnye..

satu senja ni, aku temankan someone ke cyber cafe,
dia amek satu PC, then, disebabkan aku rase xsopan menumpang PC si dia,
aku cop lah jugak satu PC untuk aku,
the first thing yang aku buat, macam biaselah, check mail,
then on FB, update status dan komen mane2 yang aku rase patut.

lepas 10 minit berlalu, haih.. lame jugak si dia nih online,
sebab dah bosan dan tak tau nak watpe dah,
melilau lilau mata meratah destop,
haa.. jumpe dah! ^^

tau ape? ikon Mirc, heh.. =P
biasela kaannn.. bosaaann.. ;)

double click, then letak nick yg rase best sikit,
masukla "kampung", sebab channel tu je yang aku rasa cambest n ramai orang.. haha..

then, aku biar jela gitu, malas nak tego orang, femesleee katekaann... :P

xsampai 5 minit, 2 orang tego aku,
mule2 soalan standard laa kan,
sape name? asl plz, ak layanlaa lebih kurang,
then,
jeng jeng jeng.. hahha..

awk ni open x?
awk ni suke *** x?

erk.. aku terusla pangkah chatbox tu..

dan yang membuat aku rase loya dan terus nak sign out ialah,

2x budak yang tegur aku tu, 2x tanye bnda sama OK!!

hmm.. apa nak jadi dengan masyarakat kita ni haaa... @_@

Sunday, April 4, 2010

erry-kun~

jalan jalan jalan

browse browse browse

jumpa la benda alah ni

comel kan?

aku bagi nama erry-kun..

khas untuk someone yang gelik kat hamster..

hahaha.. :))

aku rasa laa kaann.. XD

bismillahirrahmanirrahim~

baru-baru ini, on 29th March 2010, tajuk final year project untuk biomedical science students dah pun keluar, siap dengan nama supervisor sekali..

pada hari kejadian, aku dan kawan-kawan se'course' ade exam EOP belah petangnye, so, normal la kan, pagi tu tengah lepak2 sambil belek2 note tengok mane2 yang perlu.. sekali dalam pukul 12 lebih, dapat sms gitau yang topic fyp dah keluar, apa lagi, kalut-kalut lah kami-kami bersiap2..

aku sampai kat sana dalam pukul 1.15 gitu, dan tu dah kira lewatlaaa kaann.. mane taknye, semua tajuk-tajuk yang boleh kate best dah abes di'COP.. uhuuu.. sedih laa seposen kan... tapi takpela.. aku dan kawan-kawan pun mulela tengok2 tajuk yang tinggal..

setelah ditimbang-timbang baik dan buruknya.. *tgk supervisor yg best n tajuk*, yang tinggal masa tu tajuk yang kena buat survey under sis. wahida, tajuk gamat under prof. ridzwan, tajuk tepi pantai dgn dg. K dan tajuk2 dr.deny yang lebih kepada herbal medicine.. aku ni xsuke sangat nak keluar-keluar pegi site cari sample dan survey segala.. so, at last, aku pilih tajuk under dr. deny.. ni haa tajuknye..

"isolation of phytochemicals of isolated compund from Durio malaccensis"

ni laa pokoknye, Durio malaccensis~ =)

aku dah pun consult dr. Deny, dan Alhamdulillah, beliau ialah seorang supervisor yang sangatlah baik dan membantu.. :)
lepas sembang-sembang dengan beliau, aku seakan dberi suntikan semangat. excited nak mula buat fyp.. tapi yelaa kann.. mula2.. xde dugaan lagi nih.. hehe.. hopefully, semangat ni xkan keciciran di mana-mana lagi *seperti semangat study aku yang tgh hilang sekarang =p*

so, back to the topic, aku rasaaa laaa kaann.. macam researcher yang bakal berjaya dah sekarang nih.. rasa macam excited sebab dah ada gaya sebagai scientist yang diiktiraf.. semoga segalanya dipermudahkan untukku dan sahabat2 seperjuangan.. Ameen.. :)



Questions of science, science and progress
Do not speak as loud as my heart.

(Coldplay)
 

nwca Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez