Powered by Blogger.

Saturday, April 24, 2010

.praktikal.

dah ramai orang bercerita tentang pengalaman praktikal masing-masing,
aku diam menyepi, hmm.. sedikit cemburu bila dengar cerita rakan-rakan,
seronok, banyak sample, bayak keje nak dibuat, and penat.

korang ok la, dan patutnya bersyukur, ada keja mahu dibuat.
kalau kami kat sini, takde keja.
aku xsalahkan tempat kami praktikal, memang patut kalau kami xdibenarkan sentuh sample2 berkenaan, blood kot, nak amik sample pun punyaalaaah susah.

plus, staff2 kat sana baik-baik, dan cantik-cantik belaka.
almaklumlah, kerja dalam tempat berhawa dingin..
kulit pun cerah2... muda2.. awet muda siot..
ade sorang akak ni, aku teka dia dalam unur 25,
sekali, da 37, aku terpegun, mcm anak dara lagi gayanye.. :)

ok, ok, back to the main thing,
sebenarnya, aku rasa silap kitorang jugak mintak kt sini,
kat sini UNIVERSITI,
sistemnya lain dgn KKM (hospital kerajaan),
kat KKM, under patologi lab tu ada banyak section,
so bolehlah rotate rasa dan experience semua benda.

kami ni pulak, setiap lab under jabatan yang berlainan,
so, bila kami contact usm, depe hantarla surat kita kat setiap jabatan,
then, xsemestinya semua jabatan ada kekosongan dan nak terima kami-kami ni..
lebih memburukkan keadaan, IPTS sekarang, kalau nak praktikal,
diorang bayar seminggu RM 2000 lebih,
so, bila sampainya 2 permohonan,
1 berbayar dan satu tidak,
sudah tentulah yang berbayar akan lebih diberi peluang, kan?

hmm.. begitulah cerita kami..
untuk 2 bulan seminggu 2 hari ni,
kami akan terperap di lab hemato dan lab transfusi dan tabung darah..

alhamdulillah, aku bersyukur juga sebab sangaaaatt banyak yang telah kami pelajari,
cuma sedikit terkilan sebab xleh nak rasa keja kat lab-lab lain.
lab mikrob, lab patho, lab chempath dan segala.

hmm.. last but not least,
have a happy practical session kawan2.
timba sebanyak mungkin ilmu!~ ;)



p/s: wie harus lebih banyak bersabar dan bersyukur.

6 comments:

alif zai mim ra said...

sabar ya wie. masing2 ada rezeki masing2. pastu ada lebih, ada kurang. Allah kan Maha 'Adil. moga kte semua temui hikmahNya. ;)

nurulwidad che awang said...

hawa: insyaAllah, i hope so. :)

bulanisakmar said...

wie praktikal kat mane??

nurulwidad che awang said...

akmar: kat usm kubang kerian. :)

faizah said...

widad! rajin2 update blog psl praktikal ok. suka baca cite2 korang,tp sy mls nk buat blog :P

nurulwidad che awang said...

faizah: xde cerita bestla pract. kitorang.. huhu

 

nwca Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez