hampir dua minggu sudah masa yang dihabiskan di tempat pengajian, sebermulanya semester baru. seberapa kuat hatiku memberontak, tak mahu pulang ke gedung ilmu ini, begitu kuat juga lah ke'mesti'an untuk aku meneruskan pengembaraan ilmu di jagat raya ini. huh, apa yang aku bebelkan? hahaha :))
pening sungguh kepala melayan kerenah orang-orang sekeliling. sungguh! seorangnya begini pe'el nya, lagi seorang begitu, sewel dibuatnya. haha, tapi, sebagai 'teman yang baik dan setia', kita mesti cuba memahami dan bertoleransi dengan apa jua kerenah mereka. baik, aku cuba untuk jadi 'teman yang baik dan setia', insyaAllah.
semalam, sepetang diziarah seorang sahabat, banyak isu yang dibincangkan. berbicara juga tentang orang-orang di sekeliling, dia cakap, "Kita buat sesuatu, tolong sahabat kita, kita niatkan kerana Allah, Allah tahu, biarlah si dia tak appreciate pun,". insyaAllah. Ikhlas tu kan, umpama semut hitam, di atas batu hitam, di malam yang hitam pekat. bukan penghargaan manusia yang kita mahukan, cukuplah sekadar Allah tahu. *bukan senang tapi =_=*
ok, final year project. aku sedikit kebingungan dan macam tak berapa betul kepala otak dah sikit. berpinar mata dok nengok jurnal. nak kena baca jurnal tu tak leh nak skip-skip sangat sebab nak tahu what it is all about kan. tapi akhirnya, point yang dapat sekadar menyokong satu atau dua fact. duh. berapa banyak jurnal perlu baca ni? ataupun cara aku salah? (-_-')
dan lagi, pokok yang nak dikaji tu dah ditukar kepada callophyllum wallichianum, ataupun nama melayu nya Bintangor lilin. cancel la pule nak buat jamuan durian sem ni ye kawan-kawan. hehe.
kelas untuk semester ni, hanya 3 hari sahaja. selasa, rabu dan khamis. seronok! tak pernah dapat timetable sekosong ni. eventhough excited nya sebentar saja, sebab satu-satu kelas paling sekejap pun 2 jam. dan paling lama 3 jam. berterusan ok! tapi tak apalah. dah adapt pun. *pasrah*
aku tahu, sebagai pelajar tahun 4 ijazah sarjana muda sains bioperubatan, terlalu banyak cabaran yang akan aku hadapi. apa pun juga halangan, insyaAllah, aku akan terus kuat demi kesejahteraan bersama. eh? :p
alahai, semangat nih. doakan semangat ni berkekalan ok. ataupun meningkat. tapi kalau constant macam ni pun aku dah bersyukur.
p/s: aja fighting!

2 comments:
rindu pd kak long tp apakan daya...
ummi: k.long rindu umi jugok, nati k.long balik deh bulan pose. i'Allah :)
Post a Comment