Powered by Blogger.

Friday, March 25, 2011

perfect


sometimes i wonder
how come a person become so perfect
in the eyes of her or his lover

hmmm..

:)

ja ne~




Thursday, March 24, 2011

kerana kau takkan pernah tahu


Sahabat..
Suasana asing digamit rindu
Tika renungan jatuh ke tapak2 longlai
Bicara tiba2 tidak bermaya
Laut tiba2 tanpa ombak
Kulihat daun2 kasih
Gugur layu satu persatu
Untukku letakkan erti jalinan
Mesra dan berseri

Maaf ampun disusun di lipatan hati
Tidak terluah di ambang kasihmu
Di antara jejambat Ilahi
Tangan2 kering menadah rahmat

Sahabat
Hidup ini ibarat merentasi samudera nan luas
Cabaran dan dugaan ditempuh
Xubah seperti ombak2 kecil melanggar perahu kecilmu

Kau dan aku
Adalah kembara di sebuah fatamorgana
Moga kita bersama
Di noktah kebahagiaan dan keredhaan

Dalam solatku
Tika khusyukku menghadap sang KhaliQ
Sekujur diri terasa sekerdil zarah
Itulah sebuah ketenangan dalam diri

Jika tergugat dengan hiruk pikuk duniawi
Bila dan dipanjatkan
Dan tangan2 ditadah
Niat dan harapan
Betapala dirasakan

p/s: tawar hati. sungguh. maaf aku tak sempurna.

ja ne~


keluargaku anugerah-NYA

jengah facebook adik, baru perasa dia post video ni
terharu ok!
nak nak pulak time banyak kerja n homesich ceni kan
thanks yie :)



huwaaah rindunya nak balik rumah
emmm.. -_-


ja ne~ :D


Wednesday, March 23, 2011

stress dan aku


assalamualaikum

stress, apa yang korang faham tentang stress?
stress yang saya faham ialah satu keadaan di mana kita rasa tak boleh handle situasi yang kita hadapi. antara tanda-tanda stress ialah moodiness, emo, sedih-sedih je, nak marah-marah dan cari pasal dengan orang sekeliling, jerit dan certain orang tak boleh kawal emosi sampai jadilah sakit mental. nak ke sakit mental? nak ke kawan? hmm..

ada pelbagai stimulants yang boleh menyebabkan stress. setiap orang di trigger oleh stimulant yang berlainan. kalau aku, aku selalu stress bila aku rancang sesuatu, tapi benda tu tak jadi, atau aku terpaksa tambah atau buat something yang lain daripada perancangan aku. haih panjang betul explanation stress. ada orang, stress betul bila lauk yang depa suka tak ada kat cafe. ada orang stress sebab kerja yang terlampau banyak. ada jugak orang stress bila terlampau bosan takde kerja nak buat. agak cliche di situ.

ya, manusia tak pernah puas dengan kondisi masing. dunia senantiasa dirasakan tak adil. ya, aku sendiri tak dapat larikan diri dari kenyataan tu. syaitan dan nafsu sentiasa menghasut diri. ya Allah, ampunkan aku -_- . peribahasa yang selalu kita dengar orang cakap, if you want to be happy, be! ya, kita gembira atau tidak, bahagia atau sengsara, semuanya berbalik kepada diri kita sendiri. ada je orang kaya yang hidupnya tak tenang walau cukup serba serbi. dan ada juga orang yang tinggal rumah setinggan tapi bahagia dan gembira kerana merasa kecukupan dengan apa yang mereka ada. begitulah perumpamaannya.

berbalik kepada stress, apa yang aku buat bila stress?

  1. biasanya aku akan bercerita kat kawan-kawan. bukan solusi yang aku harapkan dari mereka, cuma minta mereka jadi pendengar yang baik, dan comfort aku. :)
  2. kalau stress sebab nak marah orang, tarik nafas dalam-dalam dan hembuskan balik. buat banyak-banyak kali sampai rasa lega.
  3. kalau stress tu melibatkan kerja yang banyak dan perlu disiapkan dalam masa yang singkat, aku akan list kan semua yang perlu dibuat, dan rancang masa.
  4. aku tulis kata-kata semangat dekat sticky notes, tukar wallpaper laptop ldan handphone letak kata-kata semangat jugak.
  5. tak tahan sangat, aku akan menangis sepuas-puas hati. kebiasaannya masa tadah tangan berdoa lepas solat, ataupun sebelum tidur malam.
  6. solat malam dan baca al-quran dan tafsirnya sekali.
  7. dan.... bila aku hilang punca dan tak tahan sangat, aku akan call ummi cerita segala. :')
biasanya, sebab kita stress ialah sebab kita takut nak menghadapi apa yang perlu dihadapi. dan mungkin juga tak cukup bersedia. kita sebenarnya perlu kuat, dan ingat, segalanya akan berlalu. masa depan yang cukup indah menanti di hadapan. kuat semangat, beranikan diri untuk hadapinya. cari solusi kalau ada masalah.

satu hari nanti, kita akan tersenyum bila ingat balik apa yang telah kita lalui. insyaAllah.
mulakan langkah, sedikit demi sedikit. orang kata, baby steps :) . bila kita rasa kita dah dapat kawal situasi, insyaAllah, the stress will deplete with time.

tahniah untuk adik tercinta, nurul iman amani for your excellent SPM result. i'm proud of you. nanti kak long belanja makan sedap-sedap lagi ye. i love you. :))


sampai sini, ja ne~

:D


Saturday, March 19, 2011

don't hate me cause i'm beautiful :p



saya
.
.
.
penat perah otak buat thesis express
.
.
.
oleh kerana terlampau tensi, maka saya ber'camwhoring'
.
.
.
sila jangan menyampah
biarkan saya syok sendiri
biarkan saya edit gambar saya sampai tak nampak jerawat
sampai nampak macam putih melepak padahal tak pun
biarkan, boleh?
just bear with it

maka inilah hasilnya:


haha setakat mampu nak edit
nak buat macam mana
muka berminyak + jerawat bertapak banyak GILA
takpelah, camwhoring is better than saya tensi tak tentu hala
kan? kan? kan?

thanks sudi melayan kerenah gila saya

doakan aida fitriya dan saya dan kawan-kawan yang lain sihat sejahtera emosi dan badan dan minda di saat-saat genting ni, please?

ja ne~ :D



Friday, March 18, 2011

s.t.r.e.s.s



presentation Clinical Research and DDS

Assignmentssss

Thesis

Final Exam

Thesis presentation

supervisor baru suruh tambah method baru untuk lab work

ya Allah, risau dan takut yang amat

aku
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
STRESS!!

sekarang still tak boleh lelap mata walaupun badan, otak dan hati penat sangat
saya perlukan semangat, saya tak perlukan stress melampau macam ni

semoga saya mampu hadapi dan siapkan semuanya dalam tempoh masa yang ditetapkan

doakan, please [T_T]


Wednesday, March 16, 2011

bukit pelindung teluk chempedak, its awesome! :D


assalamualaikum.

entri kebelakangan ni nampak aku macam stress je kan. biasa lah tu, dalam sebulan tu adalah 2, 3 kali mood emo nak balik rumah nak menangis peluk ummi segala bagai datang kan. kesian kat orang yang senantiasa perlu melayan. tabah pulak tu melayan walaupun adakalanya macam dah bosan nak layan kan. hehehe. sekarang mood dah ok balik. stress? tetap ada. thesis progression masih dok di takuk lama je jugak kan. kesedaran yang ada kerja banyak tu memang senatiasa ada, tapi urge untuk buat kerja tu tak cukup lagi agaknya. nak jugak dia tangguh-tangguh kan. dah nak buat cane, dah memang jenis tak kan nya buat kerja sampai siap kalau takde tekanan. alasan ke ni? hmm lantak lah. mungkin kurang berdisiplin kot aku ni. tapi at last kerjanya siap jugak. insyaAllah.

hari ni, means semalam kot sebab sekarang dah jam 1 pagi. aku tidur sepanjang hari. satu badan cramp. sampai nak turun beli makanan kat cafe pun malas. eh, bukan malas sangat, dia macam lebih kurang dengan tak larat lah. serius aku faham apa orang tua-tua rasa bila sampai surau dari rumah, lepas tu nak landing kat karpet surau tu, cakap "Allah...", sebab penat jalan. serius aku boleh rasa. sakit dow. kaki kejang urat tegang je sana sini. tu la, bukan sebab aku dah tua ok! sebab aku dah LAMA GILA tak jog. serius lama. cakap nak serius je kan. tapi memang betul ah. 2 sem dah aku tak melawat taman bandar depan uia tu. bukan jauh pun, depan uia tuuuu jeeeee. tu pun dah 2 sem aku tak pergi. tak yah cerita la taman gelora ke futsal ke kan. aku sebenarnya bukan tak nak main futsal, kanak-kanak ni semangat kot dok ajak aku main tiap petang. aku cuma.. tak selesa sebab aku tak pernah langsung main. takut dowh nak mencuba something yang baru. gila jakun kan? futsal pun tak pernah main. member memang selalu ah cakap aku reti makan tidur study jeee. pastu, dating jugak. hihi ok gatal! :D

ok panjang pulaaaak bercerita. aku sebenarnya bukan saja-saja manja nak cramped tau. dia cramped sebab isnin hari tu kami semua pergi bukit pelindung. bukan picnic tau, kitorang gi hiking. hehehe ok bunyik macam best je kan. memang best lah. tapi agak macam kecewa la kan, sebab kononnya nak tengok sunrise, janji jam 6.30 bertolak, alih-alih terbangun lambat. hehe, normal la tu kan. masing-masing kan kalau pukul 12 takdenye nak tidur dah. pukul 12 tu malam masih muda beb. :))

baiklah, sudah-sudah lah tu bercerta panjang lebar, mari jamu mata tengok gambars. :D


ni time sebelum mendaki, memang muka berseri kan :D

fizah: meh kita buat-buat macam nak tolak batu ni. sekali dia senyum. hihi

dah lagi sesuku nak sampai puncak

muka puasssss :)


hmmm trip ni kira macam ok lah walau banyak kurang sana sini. takpe, yang penting, kita seronok dan enjoy. yang kurang sana sini tu toksah lah kita nak hiraukan sangat. ukhuwah terjalin, memori tercipta. dah tak lama untuk kami habiskan degree. masa rasa macam sangat pantas berlalu. sekarang haruslah fokus pada thesis dan persiapkan diri untuk presentation fyp nanti. tapi yang tak puas hatinya kerja-kerja lain masih banyak melambak. Semoga Allah permudahkan segalanya. insyaAllah.

baiklah, till here. kita jumpa lagi dalam post seterusnya ok macam bajet dah. haha byeee. ja ne~ :D








Sunday, March 13, 2011

hati tisu



rasa hati yang gundah gulana
puncanya sendiri yang cari pasal
sendiri cari sakit, sendiri kena tanggung
saya rasa nak lari jauh jauh
this jealousy is gonna kill me lah :(

tak nak fikir dan tak nak fikir
at the end, i'm always thinking about it

haih, kenapa lah hati
kenapalah nak bagi lagi ruang
kenapalah nak tersentuh lagi
memang hati tisu lah kan
kena air sikit dah robek
aduhai

bila macam ni
mari kita immerse kan diri
dalam kerja yang banyak tak pernah sikit
wi, kuat sikit!
jangan nak layan hati rapuh sangat
bukan best pun kan

huu~ ja ne :D

p/s: aku tak mahu memilih, tapi kamu boleh memilih



Thursday, March 10, 2011

i'm cool :)



i am emo, because i'm not you. i am me
sometimes we think we know people
but then we realize
people are too complicated to be understood

i trusted you
with my whole heart
i thought you'll never betray me

for me
you're an angel
now, someone made me realize
you're a normal human being
you make mistakes
like everyone else does

no one is perfect
it is my fault to love you so much
to adore you like no one else
to be able to hide my pain just for you

bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi
aku undur diri, cukup sampai di sini

thanks, for everything

p/s: i know u won't read this, and i don't mind.
please be happy. it's none of your fault.



Tuesday, March 8, 2011

gedik sket mau?


firstly, sila lupa dan abaikan entri emo di bawah bawah.
biasalah kan, perempuan. *datang bulan kot* :p
sekarang tengah bertungkus lumus menyiapkan segala kerja dan lebihan labwork fyp
banyaknyaaaa!! tak sabar nak selesaikan semuanya!
kuatlah hati, kuatlah semangat, berhentilah kuat berangan hehe :p

Alhamdulillah
May 12th is getting nearer. can't wait!
it's been 2 years being with YOU
lots of things happened. memories were kept in hearts.
thanks sayang :) .

p/s: gatai noo? haha lol


Monday, March 7, 2011

sayonara


maybe
i've given too much to be your best friend.
yes
i'm hoping too much from you.
and now
i'm stopping this.

i'm not even one.

tak layak pun.

i'm far too childish to be your besties.

i'm too imperfect to be one.

so now, i'll go away.

i'll stop trying so hard.

i'll stop. i'll stop.

sorry. i'm giving up.

T.T


semoga mudah jalanku


lately, rasa penat menguasai diri. tak tahu punca. nak kata banting tulang 4 kerat pun tak. nak andai study bagai nak lebu buku pun tak jugak. buat thesis sampai pecah otak pun tidaj sama sekali. minggu ni ada 2 kuiz hari berturut-turut. untuk subjek clinical research, satu nota pun belum dapat aku habiskan. semalam nak baca je, boleh pulak tertidur time baca. boleh bayang tak? ada gaya macam nobita la boleh tidur kat mana-mana kan?

ya Allah, semoga aku kuat. KUAT sangat perlu sekarang ni. sekarang ni kuat sangat berangan lepas grad nak buat tu nak buat ni. sibuk je dok cari kerja segala padahal yang dihadapi sekarang ni tak de nak lepas lagi pun. tak mo dah sighing. tapi macam nak sigh jugak. aduh. kuat sungguh dugaan final semester ni kan. lepas ni nak pergi lab, siapkan sisa fyp. semoga Allah permudahkan urusanku. kalau boleh siapkan hari ni lagi bagus. :")

p/s: doakan saya pleaseee. ummi k.long nak balik lagi.. -_-


kurnia friendship




boleh tak bila go through album-album lama dari first year hingga fourth year, mata berkaca basah je. rasa terharu atas nikmat persahabatan yang dikecapi. rasa gembira dan bertuah sebab punya sahabat seperti mereka. rasa sedih juga bila teringat kawan-kawan yang dah melangkah ke alam lain. ada suami untuk dijaga. kurang sedikit masa bersama. sedih lagi bila mengingatkan yang semua setiap seorang dari kami akan melangkah ke alam itu. rasa kehilangan itu ada jauh dalam hati. suatu hari nanti, gambar-gambar tersebut akan kutunjukkan kepada warisku, men'lagenda' kan kisah berharga ni. walau cuma 4 tahun kita bersama, malah mungkin kurang, aku sangat menghargainya. Terima kasih kawan-kawan.


boleh pulak jiwang kan. memang dalam mood emo emo jiwang pun sekarang. tadi petang entah berapa lagu indon saya download. lepas tu tengok pulak gambar-gambar kenangan tu sambil dengar lagu-lagu sentimental jiwang *guna headphone baru comel* sampai orang ketuk pintu bilik dan panggil dan call dan sms pun tak dengar. memang masyuk ah :"))

Ya Allah, terima kasih. syukur kehadrat-Mu atas kurniaan ini. semoga lembayung rahmatMu sentiasa memayungi hidupku dan sahabat tercinta. insyaAllah.




Wednesday, March 2, 2011

tafsiran mimpi berombak :DD


setelah sekian lama blog ini menyepi sejuta bahasa, sehingga terdengar suara-suara sumbing menanyakan kenapa dan mengapa. maka haruslah saya meng'update'. hehe. masa berkejar-kejaran, siang diganti malam, matahari dihambat bulan dan bintang, begitulah juga saya dihambat workload yang semakin bertambah. Tapi, saya tetap tak rajin-rajin. sehinggalah semalam, saya didatang mimpi dikejar ombak sehingga lemas. baru lah mula nak fikir bukan-bukan.

mari kita tafsir mimpi saya yang semalam tu. ombak saya umpamakan seperti workload yang banyak. saya ialah saya. gigi laut which is pantai saya ibaratkan seperti peruntukan masa yang saya ada untuk siapkan semua workload tersebut. ombak yang pada mulanya, mengacah-acah saya melambangkan saya sebenarnya risau akan kerja-kerja tersebut. tapi, dalam fikir cuma rasa macam takpe, masa masih panjang dan banyak untuk saya siapkan segalanya. haa see see? tangguh-tangguh pencuri masa ni lah yang saya selalu amalkan. sihat tak? memang tak sihat kan. isk. then, ombak tu bila mula cuba untuk melepasi gigi laut, saya mula cuba untuk menghadangnya, lantas saa ditarik bersama laut lalu lemas. ini pula melambangkan saya yang bertungkus lumus menyiapkan workload yang banyak tersebut supaya tak melepasi masa yang diperuntukkan. hehe. pandai tak saya tafsir mimpi saya? hihihi

baiklah, mimpi tersebut memang benar-benar saya lalui semalam. tapi, tafsiran mimpi tu toksah la nak percaya sangat ye? saya cuma relate mimpi tu dengan keadaan saya sekarang. hehe. jadi pagi tadi, saya bangun awal sikit dari biasa *sebab mimpi takut :p* dan mandi awal sikit dari biasa dan terus tercongok depan laptop kat meja study bertungkus lumus untuk cari momentum yang lama kelam tanpa jejak. susah tau nak sambung buat balik kerja kita yang kita dah tinggal lama. tak apa, at least saya berusaha. takmo beralasan lagi. yeke? :p

tengah bulan ni dah kena hantar 1st draft untuk thesis fyp. lepas tu ada seminar DDS. ada jugak lab report dan quizzes. dan dr. deny masih belum mahu memaparkan mid term DDS dan PQA yang dikatakan beliau VERY BAD. isk isk. Sampai sini dulu berita terkini lagi tak sensasi dariku.

ja ne~

p/s: doakan. :")


 

nwca Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez