Powered by Blogger.

Wednesday, March 16, 2011

bukit pelindung teluk chempedak, its awesome! :D


assalamualaikum.

entri kebelakangan ni nampak aku macam stress je kan. biasa lah tu, dalam sebulan tu adalah 2, 3 kali mood emo nak balik rumah nak menangis peluk ummi segala bagai datang kan. kesian kat orang yang senantiasa perlu melayan. tabah pulak tu melayan walaupun adakalanya macam dah bosan nak layan kan. hehehe. sekarang mood dah ok balik. stress? tetap ada. thesis progression masih dok di takuk lama je jugak kan. kesedaran yang ada kerja banyak tu memang senatiasa ada, tapi urge untuk buat kerja tu tak cukup lagi agaknya. nak jugak dia tangguh-tangguh kan. dah nak buat cane, dah memang jenis tak kan nya buat kerja sampai siap kalau takde tekanan. alasan ke ni? hmm lantak lah. mungkin kurang berdisiplin kot aku ni. tapi at last kerjanya siap jugak. insyaAllah.

hari ni, means semalam kot sebab sekarang dah jam 1 pagi. aku tidur sepanjang hari. satu badan cramp. sampai nak turun beli makanan kat cafe pun malas. eh, bukan malas sangat, dia macam lebih kurang dengan tak larat lah. serius aku faham apa orang tua-tua rasa bila sampai surau dari rumah, lepas tu nak landing kat karpet surau tu, cakap "Allah...", sebab penat jalan. serius aku boleh rasa. sakit dow. kaki kejang urat tegang je sana sini. tu la, bukan sebab aku dah tua ok! sebab aku dah LAMA GILA tak jog. serius lama. cakap nak serius je kan. tapi memang betul ah. 2 sem dah aku tak melawat taman bandar depan uia tu. bukan jauh pun, depan uia tuuuu jeeeee. tu pun dah 2 sem aku tak pergi. tak yah cerita la taman gelora ke futsal ke kan. aku sebenarnya bukan tak nak main futsal, kanak-kanak ni semangat kot dok ajak aku main tiap petang. aku cuma.. tak selesa sebab aku tak pernah langsung main. takut dowh nak mencuba something yang baru. gila jakun kan? futsal pun tak pernah main. member memang selalu ah cakap aku reti makan tidur study jeee. pastu, dating jugak. hihi ok gatal! :D

ok panjang pulaaaak bercerita. aku sebenarnya bukan saja-saja manja nak cramped tau. dia cramped sebab isnin hari tu kami semua pergi bukit pelindung. bukan picnic tau, kitorang gi hiking. hehehe ok bunyik macam best je kan. memang best lah. tapi agak macam kecewa la kan, sebab kononnya nak tengok sunrise, janji jam 6.30 bertolak, alih-alih terbangun lambat. hehe, normal la tu kan. masing-masing kan kalau pukul 12 takdenye nak tidur dah. pukul 12 tu malam masih muda beb. :))

baiklah, sudah-sudah lah tu bercerta panjang lebar, mari jamu mata tengok gambars. :D


ni time sebelum mendaki, memang muka berseri kan :D

fizah: meh kita buat-buat macam nak tolak batu ni. sekali dia senyum. hihi

dah lagi sesuku nak sampai puncak

muka puasssss :)


hmmm trip ni kira macam ok lah walau banyak kurang sana sini. takpe, yang penting, kita seronok dan enjoy. yang kurang sana sini tu toksah lah kita nak hiraukan sangat. ukhuwah terjalin, memori tercipta. dah tak lama untuk kami habiskan degree. masa rasa macam sangat pantas berlalu. sekarang haruslah fokus pada thesis dan persiapkan diri untuk presentation fyp nanti. tapi yang tak puas hatinya kerja-kerja lain masih banyak melambak. Semoga Allah permudahkan segalanya. insyaAllah.

baiklah, till here. kita jumpa lagi dalam post seterusnya ok macam bajet dah. haha byeee. ja ne~ :D








No comments:

 

nwca Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez