assalamualaikum
stress, apa yang korang faham tentang stress?
stress yang saya faham ialah satu keadaan di mana kita rasa tak boleh handle situasi yang kita hadapi. antara tanda-tanda stress ialah moodiness, emo, sedih-sedih je, nak marah-marah dan cari pasal dengan orang sekeliling, jerit dan certain orang tak boleh kawal emosi sampai jadilah sakit mental. nak ke sakit mental? nak ke kawan? hmm..
ada pelbagai stimulants yang boleh menyebabkan stress. setiap orang di trigger oleh stimulant yang berlainan. kalau aku, aku selalu stress bila aku rancang sesuatu, tapi benda tu tak jadi, atau aku terpaksa tambah atau buat something yang lain daripada perancangan aku. haih panjang betul explanation stress. ada orang, stress betul bila lauk yang depa suka tak ada kat cafe. ada orang stress sebab kerja yang terlampau banyak. ada jugak orang stress bila terlampau bosan takde kerja nak buat. agak cliche di situ.
ya, manusia tak pernah puas dengan kondisi masing. dunia senantiasa dirasakan tak adil. ya, aku sendiri tak dapat larikan diri dari kenyataan tu. syaitan dan nafsu sentiasa menghasut diri. ya Allah, ampunkan aku -_- . peribahasa yang selalu kita dengar orang cakap, if you want to be happy, be! ya, kita gembira atau tidak, bahagia atau sengsara, semuanya berbalik kepada diri kita sendiri. ada je orang kaya yang hidupnya tak tenang walau cukup serba serbi. dan ada juga orang yang tinggal rumah setinggan tapi bahagia dan gembira kerana merasa kecukupan dengan apa yang mereka ada. begitulah perumpamaannya.
berbalik kepada stress, apa yang aku buat bila stress?
- biasanya aku akan bercerita kat kawan-kawan. bukan solusi yang aku harapkan dari mereka, cuma minta mereka jadi pendengar yang baik, dan comfort aku. :)
- kalau stress sebab nak marah orang, tarik nafas dalam-dalam dan hembuskan balik. buat banyak-banyak kali sampai rasa lega.
- kalau stress tu melibatkan kerja yang banyak dan perlu disiapkan dalam masa yang singkat, aku akan list kan semua yang perlu dibuat, dan rancang masa.
- aku tulis kata-kata semangat dekat sticky notes, tukar wallpaper laptop ldan handphone letak kata-kata semangat jugak.
- tak tahan sangat, aku akan menangis sepuas-puas hati. kebiasaannya masa tadah tangan berdoa lepas solat, ataupun sebelum tidur malam.
- solat malam dan baca al-quran dan tafsirnya sekali.
- dan.... bila aku hilang punca dan tak tahan sangat, aku akan call ummi cerita segala. :')
satu hari nanti, kita akan tersenyum bila ingat balik apa yang telah kita lalui. insyaAllah.
mulakan langkah, sedikit demi sedikit. orang kata, baby steps :) . bila kita rasa kita dah dapat kawal situasi, insyaAllah, the stress will deplete with time.
tahniah untuk adik tercinta, nurul iman amani for your excellent SPM result. i'm proud of you. nanti kak long belanja makan sedap-sedap lagi ye. i love you. :))
sampai sini, ja ne~
:D
No comments:
Post a Comment