Powered by Blogger.

Wednesday, March 2, 2011

tafsiran mimpi berombak :DD


setelah sekian lama blog ini menyepi sejuta bahasa, sehingga terdengar suara-suara sumbing menanyakan kenapa dan mengapa. maka haruslah saya meng'update'. hehe. masa berkejar-kejaran, siang diganti malam, matahari dihambat bulan dan bintang, begitulah juga saya dihambat workload yang semakin bertambah. Tapi, saya tetap tak rajin-rajin. sehinggalah semalam, saya didatang mimpi dikejar ombak sehingga lemas. baru lah mula nak fikir bukan-bukan.

mari kita tafsir mimpi saya yang semalam tu. ombak saya umpamakan seperti workload yang banyak. saya ialah saya. gigi laut which is pantai saya ibaratkan seperti peruntukan masa yang saya ada untuk siapkan semua workload tersebut. ombak yang pada mulanya, mengacah-acah saya melambangkan saya sebenarnya risau akan kerja-kerja tersebut. tapi, dalam fikir cuma rasa macam takpe, masa masih panjang dan banyak untuk saya siapkan segalanya. haa see see? tangguh-tangguh pencuri masa ni lah yang saya selalu amalkan. sihat tak? memang tak sihat kan. isk. then, ombak tu bila mula cuba untuk melepasi gigi laut, saya mula cuba untuk menghadangnya, lantas saa ditarik bersama laut lalu lemas. ini pula melambangkan saya yang bertungkus lumus menyiapkan workload yang banyak tersebut supaya tak melepasi masa yang diperuntukkan. hehe. pandai tak saya tafsir mimpi saya? hihihi

baiklah, mimpi tersebut memang benar-benar saya lalui semalam. tapi, tafsiran mimpi tu toksah la nak percaya sangat ye? saya cuma relate mimpi tu dengan keadaan saya sekarang. hehe. jadi pagi tadi, saya bangun awal sikit dari biasa *sebab mimpi takut :p* dan mandi awal sikit dari biasa dan terus tercongok depan laptop kat meja study bertungkus lumus untuk cari momentum yang lama kelam tanpa jejak. susah tau nak sambung buat balik kerja kita yang kita dah tinggal lama. tak apa, at least saya berusaha. takmo beralasan lagi. yeke? :p

tengah bulan ni dah kena hantar 1st draft untuk thesis fyp. lepas tu ada seminar DDS. ada jugak lab report dan quizzes. dan dr. deny masih belum mahu memaparkan mid term DDS dan PQA yang dikatakan beliau VERY BAD. isk isk. Sampai sini dulu berita terkini lagi tak sensasi dariku.

ja ne~

p/s: doakan. :")


1 comment:

Unknown said...

gud luck dear for ur thesis

 

nwca Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez