by 9.00 AM aku perlu berada di A-1-38 untuk kelas EOP jadual kelas agak padat hari ni ok, harini first EOP presentation juga merangkap the first presentation on this semester. uhu.. cuak ke? biasa-biasa saja. terlatih sudah mungkin (even skillnye sama je macam dulu2 :p)
semalam tidur lewat tengok chuck. Korang tau? I love it.
comedy. romantic. action. semua pun ada. complete packagelah.
kerana aku manusia aku punya perasaan kerana aku manusia aku bisa kecil hati bila diri terasa tak dihargai bila sumbangan terasa terasa seperti dipandang lekeh bila teman yang disayang amat punya teman yang baru bila ummi tak call dulu before bertolak ke KL bila, bila, dan bila yang takkan habis-habis
kerana aku manusia aku perlu mengerti manusia banyak ragamnya manusia lain-lain belaka hatinya manusia lain-lain belaka cara fikirnya
kerana caramu dan caraku yang berlainan hatiku bisa kau robek hatiku bisa kau tikam yakinku, sayangku padamu bisa pudar
namun aku harus sedar sedangkan lidah lagi kan tergigit inikan pula dalam persahabatan kau dan aku punya jiwa yang berbeza
aku terperosok di sudut jiwa dan hati berbisik memberi kekuatan pada hati yang rapuh sabarlah.. sabarlah.. dan sabarlah.. p/s: aku mahu jadi seorang yang berlapang dada dan berfikiran positif.
a new semester started and i'm still being the same me
after doing some thinking and also some reading i've decided to improve myself a bit
al-kisahnya i have a friend a wonderful and thoughtful one i always and have always been amazed by her
why?
she is surrounded by problem makers the real problem is their problems will be her problem also
there goes again, what made me amazed?
oh yes, i'm amazed of the way she handled all the problems i'm amazed of the way she control the situation the way she control her feelings her anger
hurm.. back to the main story currently i'm reading "getting control of your anger" by Robert Allan and Donna Blass
and alhamdulillah it sort of motivated me to have more patience in dealing with my everyday life insyaAllah, i'm gonna improve myself to be a better person
bahaya sebenarnya car litter ni, mungkin perbuatan atau tabiat ni tak seperti besar di mata sesetengah pihak, tapi gitulah, things like this la yang always jadi nanah dalam masyarakat. Bak kata orang dulu-dulu lah, sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.
Saya pernah dengar dan terbaca di mana-mana, di mana penulis membandingkan environment Malaysia dengan environment di luar negara. Tak perlu pergi jauh, di Singapura, jika hanya sepuntung rokok di buang merata-rata, pelaku bakal disaman bukan dengan sedikit wang. Mungkin inilah yang akhirnya membentuk jati diri masyarakat di sana. Negara mereka bersih, tidak seperti negara kesayangan kita Malaysia, yang mana sampah boleh kelihatan di mana-mana.
hurm.. kita sayang Malaysia. Untuk mengubah banyak mungkin kita tak mampu Jadi, mari bermula dengan sedikit. Let us stop car litter (ok, sedikit semangat di situ :p)
susah benarkah nak ucapkan terima kasih?? tersenarai di atas frasa 'terima kasih' dalam pelbagai bahasa. Nak tahu lagi banyak, anda boleh rujuk di sini.
Jika anda senang untuk mengucapkan cinta (off courselah untuk mereka yang berhak), apa salahnya jika anda ucapkan TERIMA KASIH, juga kepada mereka yang berhak.
By the way, terima kasih banyak gunanya, bukan hanya untuk menghargai barang atau pertolongan dari someone, tapi juga untuk menyindir. Frasa ini sarkastik amat andai kena pada tempatnya. Jadi, terpulanglah pada kita nak guna frasa ni kat mana-mana sekalipun. OK?
p/s: entri ini untuk kempen 1 bulan 1 adab, jadi, agak skema.
hujan xberhenti dari pagi.. langit gelap.. awan mendung.. kudengar irama hujan tengkujuh sayup-sayup dari luar..
haha... jiwang pula..
semalam habis final exam untuk 3rd year 1st semester, tak dapat aku nak bayangkan macam mana perasaan aku.. rasa lepasssss sangat2.. penat pun ada, bukan penat, tapi lebih kepada EXHAUSTED.. sungguh, exam kali ni, benar-benar menguji ketabahan dan kekuatan hati aku.. sampai aku xleh tido malam 3 hari berturut-turut kot.. ya Allah.. Tuhan sajalah tahu..
insyaAllah malam ni i'll be going back, naik bas ke KB jam 11 malam. Doakan selamat ye kawan2..
by the way, aku mula rasa suka dengan warna HIJAU sebelum ni aku suka BIRU hurm... perkembangan yang baikkah?? ;)
study study study dan study, sampailah satu masa, aku jadi blur.. org kata sebab TEPU.. study BANYAK sangat.. itu orang kata, bukan aku kata.. kalau aku study banyak, aku ingat takpe la jugak, PUAS HATI.. tapi still xingat-ingat jugak.. banyak DOSA kot aku nih..
sekarang kat library KOM, oleh kerana tension study tapi still blur je, aku boleh pula tidur dengan senang hatinya kat meja kecik yang ada privacy sikit tu.. haha.. bangun-bangun tengok cermin dah ada bekas kat dahi.. waaah.. ini sudah bagus.. kalau laa aku tidur then ada BEKAS BERILMU kat otak kan lagi best.. hehehe.. ape yang aku melalut ni, aku pun xtau.. :p
call ummi, ummi cakap, xpe.. baca je dulu, ulang banyak2 kali, lepas tu jangan lupe DOA, then baru TAWAKKAL.. ummi pesan juga, SABAR banyak2.. aku jawab baiklah.. k.long rindu ummi.. nak balik.. then kena marah pule ngan ummi, orang sibuk nak final exam die sibuk nak balik.. wuuu... aku terkesima.. :p
tinggal lagi 4 papers, isnin ni 2 papers dalam masa sehari, gap antara exam-2xam sangatlah lama, nk dekat seminggu, tapi aku bersyukur juga, at least sempatlah aku cover study yang memang xkan sempat habisnya kalau gap exam sehari dua cuma..
maaf aku melalut panjang, apapun, semoga ALLAH permudahkan urusan kita.. (^0~)
di pengakhiran oktober, november pula bakal menjelma.. kerana kemunculan november itulah, final exam makin menghampiri..
4/11- pharmacology 9/11- EAP n Immunology 16/11- biostatistic 19/11- pathology
sebentar benar rasanya semester ni berlalu, masa makin bergerak pantas tanpa kita sedari.. kan, masa ibarat pedang, kalau tak dipotong, kita pula akan dipotong, but then, nak potong pakai ape? haha... ROTF.. =))
i'm currently studying pharmacology, with looootttttsss of drugsssss namessss need to be memorized.. owh.. semoga aku terus diberikan kekuatan untuk berusaha, berjuang menghadapi final exams..
to all my friends and those who know me, good luck in whatever u do, also ur future undertakings!!
smile always, because with every clouds there will be a silver lining!~ :)
actually, i don't have much time together with the ideaaasssss to update this blog..
oleh kerana terlampau lama berdiam diri, eloklah rasanya aku menggambarkan kondisi aku yang terkini..
Semalam, 21st October 2009, birthday aku.. Alhamdulillah, my birthday adalah hari yang terbest bagi aku dalam jangka masa 2, 3 bulan nih.. huu.. my life has been fulllll of stress semenjak dua menjak nih.. lot of thingsss to be done.. semalam, sangat seronok.. thanks to him.. thanks for the "BOBO" bug yg kuat ******, haha.. L.O.L
harini, birthday ummi.. di pagi hari, aku call ummi, siap nangis2 lagi, ok, aku memang manja.. well.. aku sayaaaanggg ummi.. if u're talking abt my everything, than it's gonna be my UMMI for sure.. :)
di sebalik hari2 mendatang dan sebelum ni yang bz, kegembiraan dan kebahagiaan always lie in between.. i'm so happy with my life rite now.. Alhamdulillah.. credits go to my family, friends and him.. (^^)
esok akan camping di gunung senyum, 3 hari 2 malam, doakan keselamatan kami, may tomorrow and dayssss in the future will bring me more n more happinessss....
inilah satu-satu nya perjumpaan yang boleh dikatakan besar-besaran setelah hampir 10 tahun tidak bersua muka, mungkin lebih 10 tahun.
perasaan aku? huhu, i'm not sure..
gembira ada, cuak ada.. malu pun ada..
rakan-rakan yang selama ini aktif bersembang di facebook, mungkinkah kemesraan itu mampu direalitikan? hurm.. insyaAllah.. we will.. kan kawan-kawan.. :)
kawan-kawan aku dari SRI AMAN adalah sangat istimewa bagi aku, kami dididik dengan didikan yang lain dari sekolah-sekolah rendah lain, dan kami bahagia dan gembira dengan didikan sebegitu..
tarbiah sebegitu alhamdulillah telah membentuk kami, menjadi insan-insan yang lebih kuat mengharung arus dunia yang mencabar..
kadang-kadang aku segan juga dengan mereka-mereka ni, dah jadi orang-orang hebat semuanya, tapi gitulah, ukhuwwah fillah takkan musnah kan.. kita tetap bersaudara dalam islam..
tak lupa juga, raya ke-4 ada reunion dengan sahabat-sahabat maahad pasir pekan pula.. i'm looking forward for both.. but then,
aku rasa nak balik rumah, tak sabar sangat-sangat. seriously. this week i've got 3 papers. but still, i haven't finish studying even one of d subject. rasa hati yang bercampur baur. dugaan-Mu banyak sungguh ya Allah bila waktu-waktu genting macam ni. wie, bertabahlah, lagi seminggu. i've to bear with it!! aja fighting!!
LebiU kawan kawan.
p/s: nuha, saya tak berkesempatan lagi buat tag, next time keh.
pada suatu pagi yang bening, adalah seorang hamba Allah ni terlupa kejut aku bangun sahur, dan malamnya aku tidur lewat, dalam pukul 3 pagi gitu, aku da pesan kat si dia, kejutkan aku pukul 5, tapi biasalah, lupa.
aku bangun subuh, terus ke bilik si dia, dengan muka mamai dan sedih yang xleh blah."kenapa xkejut aku bangun sahur...?"
dia terus buat muka bersalah, "wie.. aku xingat..sorry.. ", aku terus diam dan keluar berwudhu' dan solat subuh.. then aku pekup muka, nangis.
Dalam hatiku, "OMG, kenape nih.. nangis hanya sebab niii.... T.T"
*cerita di atas hanyalah rekaan semata, tiada kaitan dgn yg hidup mahupun sebaliknya*
menangis. kamu pernah nangiskah? i bet semua yang ber'title' manusia pun pernah menangis. Kenapa? ok, ada banyak sebab kenapa kita mnangis.
kita boleh menangis sebab happy, sedih, takut, risau dan sebagainya. bagi aku pula, aku perlu menangis. kalau dalam sebulan aku xmenangis, aku akan mula rasa resah dan xsenang duduk.
kalau aku lah kan, bila aku 'kecik ati' dengan org sekitar aku, aku akan banyak pendam, aku homesick, aku diam juga, aku dapat quiz mark rendah, or mid term rendah, aku diam dan gelak2 juga mungkin. aku xreti nak menangis on the spot. sungguh. aku xreti!!
bila dah banyak2 pendam dan diam, semuanya seperti membukit dalam diri aku. aku hanya perlu sedikit punca sahaja untuk trigger deria menangis aku, ada ke deria camtuh? :p kisah yg tertera di atas adalah contohnya. sebab benda kecik aku boleh nangis yang sampai bengkak2 mata. seusainya nangis sepuas hati, aku akan happy macam xde pape yang berlaku. hehe.. jadi, menangis adalah satu kemestian bagiku. aku suka menangis. anda bagaimana? ;)
ada orang kata, menangis adalah senjata perempuan. benarkah? hurm.. mungkin betul bagi certain perempuan. some guys can't bear to see girl's tears. i wonder why. lemahkah lelaki dengan senjata perempuan yang satu nih?
aku suka quotes2 di bawah: “Perhaps our eyes need to be washed by our tears once in a while, so that we can see Life with a clearer view again.”
"Tears are the words heart can't express"
“I love walking in the rain, 'cause then no-one knows I'm crying."
harini ialah hari yg hectic buat aku dan kawan2.. pagi clas pathology yg *errrr...* berlangsung selama 3 jam, aku rase tak banyak pun input yang aku dapat dari clas dr. ungku pagi tadi.. maaf doc, sungguh2 aku mengaku aku yg salah, sape suruh tak review ape yg nak dipelajari harini awal2.. blurr sahaje sepanjang clas..
tengahari, adelah break lebih kurang 3 jam before ke lab pharmaco petangnye.. jam 2 tepat, aku n kawan2 bertolak ke lab, aiseh.. pukul 2 kut baru turun..hahah.. tQ, kami memang student yg bagus.. ~ lab pharmaco kali nih mmg seronok, w'pun kami masuk lambat, *sory bro pami*, dan agak penat jgklaa.. harini dlm sejarah, tgn aina 2 kali kut luke, kenape?? fikir sndiri..hik~
lab abes pkl 5.30 lebih kurang, kami group terakhir keluar dari lab, ikutkan hati macam xmo je lagi, best kot maen ngan tikus2 cumel tuh..hehe.. seb baek bro pami bg signal jelingan manje, klu x smpai malam kami jaga tikus2 tuh..hehe..
aina park kereta di belakang blok M5, kami turunlaa dari kete.. bawak makanan yang boleh tahan banyak jugelaa.. nak dijadikan cerita, kt belakang tuh ade laa monyet2 kehormat nih.. bile kami jalan mendekati depe, depe terus mendesis dan kejar kami, mungkin depe perasan bau makanan yang kami bawa tuh kut, berkejaran laaa kitorang lari selamatkan diri.. takut dooowwhh.. haha.. capa cakap, kalau ade org rakam kitorang letak lam utube mesti bley wt ramai gle org gelak sakan..hehehe...
tapi kan, harini, aku rasa bahagia sgt, eventhough besok ade presentation EAP n aku xprepare pape pn lg..hihihi... btw, aku nih mmg jenis yg xleh wat keje tanpa ade pressure.. hee.. mksudnye, bile ade tekanan barulaa keje aku jalan..huahaha..
hopefully harini dan hari2 seterusnye akan membuat aku lebih matang dan lebih menghargai hidup.. sorang kawan aku penah ckp, hargailah ape juge yg mampu membuat kita tersenyum.. dan, aku dah xmampu senyum lagi sekarang, maw prepare utk eap tomorrow, daaa..!!~
For some reasons, this song is related to me, that 'belenggu' that i've said in the previous post refers to this one.. Ya Allah.. semoga aku akan mampu pecahkan this wall. on one fine day.. i hope so.
.kelly clarkson~because of you.
I will not make the same mistakes that you did I will not let myself cause my heart so much misery I will not break the way you did You fell so hard I've learned the hard way, to never let it get that far
Because of you I will never stray too far from the sidewalk Because of you I learned to play on the safe side So I don't get hurt Because of you I find it hard to trust Not only me, but everyone around me Because of you I am afraid
I lose my way And it's not too long before you point it out I cannot cry Because I know that's weakness in your eyes I'm forced to fake, a smile, a laugh Every day of my life My heart can't possibly break When it wasn't even whole to start with
Because of you I will never stray too far from the sidewalk Because of you I learned to play on the safe side So I don't get hurt Because of you I find it hard to trust Not only me, but everyone around me Because of you I am afraid
I watched you die I heard you cry Every night in your sleep I was so young You should have known better than to lean on me You never thought of anyone else You just saw your pain And now I cry In the middle of the night For the same damn thing
Because of you I will never stray too far from the sidewalk Because of you I learned to play on the safe side So I don't get hurt Because of you I tried my hardest just to forget everything Because of you I don't know how to let anyone else in Because of you I'm ashamed of my life because it's empty Because of you I am afraid
rasa ini sekali lagi menjengah hati.. ditambah dengan kesihatanku yang tidak seberapa akhir2 ni.. dengan assigments yang tidaklah banyak tapi bukan sedikit.. dengan lambakan pelajaranku yang tertangguh amat..
aku kian diasak rasa ini.. hatiku sakit.. jiwaku derita..
ya Allah, bilakah aku akan mampu keluat dari belenggu ini.. belenggu yang tercipta kerana khilafku..
“Sarawak tgh kemarau, selangor kekurangan gula, institusi pengajian makin banyak yg ditutup sbb virus tu.. hm..musibah demi musibah melanda. oh ramadhan.. moga ku dapat tempuhi segalanya dengan sabar dan tabah.”
Di atas ialah quote dari status facebook seorang sahabat aku..
Banyak benar musibah yang melanda kita semenjak dua menjak ni, petanda apa agaknya.. bila aku browse blog rakan2 lain, mostly bercerita tentang bala yang menimpa ni..
3 bulan yg lalu, bila aku dengar cerita tentang ‘swine flu’ nih, aku rasa jauh je dgn wabak ni, fikirku, tak mungkinlah virus tu merebak sampai ke Malaysia, tut tut, sekarang, dah 14 org jadi korban virus ni di Malaysia ku yang terChenTa ni.. Cepat benar rasanya..Gitulah.. bila Allah menyatakan, “Kami Jadikan' dan terjadilah ia (kun faya kun).”
Semalam, aku dan kawan2 dikejutkan dengan berita yang kami semua dari Kuliyyah Of Science (KOS) diberi cuti selama seminggu sebab sorang student KOS disahkan positif swine flu.. Aku tak teruja langsung pun bila dapat berita nih.. yela, cuti memangla cuti, tapi bila difikirkan tentang kelas dan homework yang melambak, aku tak rase bercuti dapat meringankan semua beban tuh..
But then, my besties sumenye sangat amat excited bile dpt cuti, sedikit sebanyak, aku tergugat jugak.. seminggu cuti beb, nak watpe melongo kat uia nih, baik balik.. haha.. Petangnya juga kami kuar ke terminal untuk beli tiket.. disebabkan kami rasa agak ngeri dengan H1N1 ni, kami pun memutuskan utk pakai mask kemane2 sahaje except di mahallah..
Alhamdulillah, dapat jugak aku tiket bas jam satu pagi semalam.. salah satu fakta yang aku taw tentang H1N1 ni, mask perlu dipakai di tempat tertutup.. so, bile nak naik bas, sepanjang masa laa aku dan kawan2 kena pakai mask kan..
Haih.. seksa betul rasa pakai mask sepanjang malam.. nk bernafas pun xselesa.. sampai adela sorang hamba Allah ni cakap, tak pasal2 mati sebab sesak nafas pakai mask lak kite nnti.. huhu.. just joking..
Syukur ke hadratNYA, aku dan kawan2 selamat sepanjang perjalanan ke kampung halaman, apapun, musibah yang melanda ni membuatlan aku dan kawan2 lebih beringat2.. DIA mampu menjemput kita bila2 masa yang DIA kehendaki.. hurm..