Powered by Blogger.

Monday, September 12, 2011

about love

we differ in every terms
but still,
i love you.

ya Allah, tunjukkan kami jalan menuju redhaMu

Wednesday, August 10, 2011

#wordless wednesday 1: i miss you!





p/s: aku tahu buruk gila aku doodle. hihu~

Tuesday, August 9, 2011

kelemahan.

Aku mengharapkan adanya seorang insan untuk share apa yang aku rasa sekarang. Bersama dengan hujan rakus petang selasa ni, serakus itulah empangan air mata pecah. Aku tak kuat untuk hadapi semua ni seorang diri. Tapi tak kan ada yang memahami, sebab orang lain juga punya masalah sendir. people say things. always. they said i'm EMO. tak kuat, manja, lemah.. and the list goes on. tapi, nampak kah kamu apa yang aku lalui? merasakah kamu apa yang aku rasa? there goes the saying, "Berat mata memandang, Berat lagi bahu memikul".

Positif Nurulwidad! Positif! That is what i'm trying to do all these while. Being alone here, its tough. Hati meronta nak balik, homesick. tak nak lagi jauh dari family. Terasa wang ringgit yang aku dapat tak bernilai if compared to being at home with family. but then, keadaan tak akan mengizinkan. why? you'll never know. Realiti tak seindah impian people. so, just get over it, and keep moving on.

Aku setiap hari mengelamun, tanya diri sendiri. benarkah ini yang aku mahu? Betulkah apa yang sedang aku buat sekarang? I keep on saying to myself, that i can do more than this. Kenapa aku keep on rasa lemah, rasa tak puas hati dengan diri sendiri. what is happening to me. Aku tak faham diri aku sendiri. sungguh, aku tak faham. Aku tahu, aku sedar, aku masih fresh. banyak yang aku perlu pelajari, tapi aku benci rasa ni, rasa tak puas hati dengan diri sendiri.

come on la nurulwidad! Learn to appreciates what you have now!

Ya Allah..

-_-

ja ne~


Monday, August 8, 2011

blog aku hidup aku

Assalamualaikum.

Lamanyaaaaaaaaa tak update kan, ada lah dalam 2 bulan rasanya. bukan lah busy mana pun, cuma tak ada rasa nak update. aku sayang blog ni, sangat. nak sangat hidupkan blog macam biasa. Dalam masa yang sama, ada banyak kekangan yang buatkan aku rasa tak best dalam ber'blog. satunya, sebab aku rasa aku tak boleh jadi diri aku. Bila ber blog, aku mengimpikan keadaan di mana aku boleh share dan tulis apa sahaja. Aku memang tipu diri bila aku cakap aku tak kisah bila ada orang cakap things like

"apela, ini pun nak share kat blog ke?"

"blog x ilmiah langsung!"

and many more.

Aku di luar dunia maya ni, ialah aku yang sangat tertutup. yang aku maksudkan dengan tertutup ialah, aku sangat susah untuk benarkan orang masuk dalam dunia aku dan kenali siapa aku sebenarnya. Hanya beberapa orang yang aku boleh kira dengan jari yang sepuluh Allah bagi ni sahaja yang kenal aku. Dan dengan mereka mereka ni, aku memang tak control ayu.

My other half pernah tanya aku, "kenapa eh, awak macam ada barrier dengan orang sekeliling awak?", and i really have no answer for that. maybe i'm afraid of being hurt. ye lah, lagi kita open, lagi mudah kita nak di 'attack' oleh sesiapa kan? dan lagi banyak kita berkawan dan baik dengan orang, lagi banyak kita akan berhadapan dengan pelbagai kerenah orang yang pastinya ada yang OK dan adalah beberapa yang KO. hmm.

Aku sedar, tak ada pun orang nak baca blog seciput aku ni.
tapi aku tetap tahu, ada orang yang akan baca.
jadi, untuk aku mampu berblog dengan puas hati
aku akan delete link blog dekat FB. ok tak? hahaha..

mesti semua tahu tentang cabaran 30 hari bloggers kan? tiba-tiba rasa nak buat semua tu. <3


p/s: let me be myself in my own world

Thursday, June 9, 2011

saya kenal sayang saya :)

buat awak,

saya tak mahu awak sayangi saya,
awak berlembut dengan saya,
awak puji saya melangit,
hingga saya tak nampak kurangnya saya di mana.


awak,


jadilah seperti cermin saya,
temani saya ke mana sahaja,
betulkan saya kalau saya terlencong,
marahlah saya tika perlu.

awak,

thanks for always being there.
tahan telinga dengar saya bercerita,
tak lokek hulur tangan membantu,
sentiasa senyum walau saya mencuka.

bukan semua orang mampu tahan dengan perangai tak senohong saya,
and you, are one of them :D

awak tetap hebat di mata saya :)

sincerely,

love

Wednesday, June 8, 2011

because patience is virtue.

assalamualaikum.

i want to keep thinking positively, no matter what happens, I can still survive.

sebab saya percaya, Allah tuhan Maha Adil. dan Allah takkan bagi ujian pada hambanya yang mana di luar kemampuan hambanya.

Alhamdulillah, kekuatan kekuatan aku masih banyak. i know they trusted me.
i want to make ummi and abi proud.

I also believe that, as long as i keep my intention straight, nothing would hold me back.

p/s: woke up in the morning everyday while hoping that things go well on the day.

ja ne~ :')

Thursday, June 2, 2011

A Quick update



today is my second day of work. may today be better then yesterday :D. lagi 5 minit before 7.30. 7.30 baru nak turun dari rumah g LRT. semalam turun pukul 7.20 then sampai office 7.45 pg. awal ok! masuk 8.30.



simple je pergi kerja. tak reti nak mekap dan tak reti nak pakai baju lain selain baju kurung :p .
ok nak gerak dah. doakan selamat :)

ja ne~

Saturday, May 28, 2011

tanya sama hati


lagu lama zaman p ramlee dulu memang evergreen kan?
hijauuuu sentiasa. apa lagi kalau diberi nafas baru.
hehe. aku suka lagu ni.



yang ni versi p.ramlee punya


ni versi baru


boleh joget-joget. hehehe :D

masa berjauhan, apa nan dikenang
bila difahamkan, itulah sayang :)


selamat pengantin baru buat kawan-kawan yang telah dan akan mendirikan masjid
sepanjang cuti sekolah ni. selamat bertunang juga untuk sesetengahnya. semoga
dipermudahkan urusan kalian dunia akhirat. insyaAllah.

ja ne~

Friday, May 27, 2011

it ends before it even begins.


lagu putus cintaku. isk. walaupun tak putus cinta pun, tapi rasa macam putus cinta jugak.
hari-hari mengelamun, hati gundah gulana, dengar lagu jiwang.
isk. hati, lekas pulih ya sayang. :')


Thursday, May 26, 2011

procrastination



alright, first, watch the above video. done?
comel tak charlie? comel kan? hehe aku memang ikut video p.cik ni tiap minggu
dan topik dia minggu ni which is "stop procrastinating" menarik minat aku.
sebab procrastination is my daily practice.

bwahaha. teruk kan. i kind of like the theory about the prefrontal cortex and the limbic system. where he said that the limbic system is nearer to the pleasure centre thus easier to stimulate the pleasure center and make us feel happy. hehs. patutla procrastinate ni cam best je kan? :p

best macam mana sekali pun, procrastination is still a thief of time.
so, be careful. :)

ja ne~


Wednesday, May 25, 2011

ya Allah.



"Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki- laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)".-An Nur,26

"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa".-Al Furqan,74



Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui,
apa yang terzahir di hadapanku mahupun yang terlindung dariku,
kiranya dia adalah yang terbaik untukku, untuk agamaku, untuk akhiratku,
maka permudahkanlah urusan kami Ya Allah Tuhan Pemilik segala Cinta.

dan kiranya dia bukan yang terbaik untukku,
maka leraikanlah rasa sayang ini Ya Rabb Tuhan yang membolak-balikkan hati,
moga2 keampunanMu mengiringi hidupku juga hidupnya.

Amiin~


Tuesday, May 24, 2011

my love


cuma tinggal beberapa hari lagi, aku akan mulakan hidup baru. haha ayat macam apa je. ahad ni aku dan ayah akan bertolak ke sana. aku tak dapat nak bayangkan macam mana kat sana nanti. dah lah jauh dari family dan kawan-kawan rapat. entah kenapa aku tak de rasa excited mana pun nak mula kerja. apa pun, aku tetap harapkan yang terbaik. ya lah, maybe its better to not expect much, so that i won't be frustrated much lah if things don't turn out the way i want them to be.

2, 3 minggu goyang kaki kat rumah, buat aku rasa sangat sayang nak tinggalkan family. bahkan, boleh rasa sampai tak nak kahwin, nak dok je dengan umi, ayah n adik-adik sampai bila-bila. hari tu masa singgah kat rumah mak cik di cheneh, anak mak cik aku ada 4 orang je, dan 2 orang daripada 4 tu dok asrama. then ummi cakap, "rasa kosong je rumah acik kan,". aku dalam diam rasa sayu. aku tahu, ummi mula rasa rumah makin kosong. dengan perginya yie dan iman, aku jugak bakal pergi, tambah lagi dengan fitri yang dok asrama jarang balik. cuma tinggal hani, tasnim dan afiq kat rumah. mana lah tak rasa kosongnya, sebelum ni kalau nak rumah senyap memang ummi kena amik m/c dok rumah time semua pergi sekolah. sekarang? nak masak pun dah tak semangat.. takde orang nak makan. :(

sejak kebelakangan ni, aku jadi sangat sensitif. emo jugak. suka bermain dengan perasaan. rasa kehilangan iman, sukar nak digambarkan. sangat terasa. hari-hari rasa nak call dia. Aku tak pernah rasa sampai macam ni. iman sangat rapat dengan aku. dan masa nak siap-siap barang haritu, aku lah yang bertungkus lumus dengan dia ke sana ke mari. kalau nak marah, kat iman lah biasa aku lepas. tapi marah aku, marah sayang. masa hantar dia haritu pun, aku memang sangat tak mampu kawal air mata dari jatuh. love u man.. :')

tersayang, iman dan afiq :)

actually, aku tak tau apa motif entri ni. sekadar meluah rasa kot. hehe :D
tangan gatal nak menaip.

k, till then. take care all <3


Friday, May 20, 2011

mak tok sayang :D

lately, mimpi yang bukan-bukan saja. ada makna kah atau sekadar gurauan malam? bangun saja terus nak melayan perasaan gundah, kadangnya bangun dengan air mata bercucuran. wahai mimpi, semoga kau tak bawa bersama maksud yang buruk. uhuh.

sekarang, aku duduk goyang kaki di rumah. tak ada hala tuju. heheh. macam tak senonoh je kan. tapi betul lah, takde pengisian. bangun pagi, mandi, masak, makan, tengok tv, baca novel, tengok laptop, online, then tidur balik. semalam dan semalam dulu balik rumah mak tok. ok la, seronok! sebab ada astro! haha :)) . lagi sebab makan sedap. mak tok kalau masak, yang simple macam singgang ikan tongkol pun, pergh.. SUPERB! memang ummi kalah la sikit. heh.. :p.

malam lepas maghrib, mak tok hulur handphone dia. "kak long tolong tengokkan penggera ni, mak tok nak suh dia bunyik tiap-tiap pagi,". aku dengan iman tergelak-gelak. mak tok blur. yelah, skema laa hai mak tok cakap penggera. selalu orang paling koman pun cakap jam loceng ke kaan. mak tok gelak sama :).

lepas baiki setting alarm, aku hulur balik handphone pada mak tok. then, sayu mak tok cakap, "kak long tak pernah telefon mak tok pun.....," aku terkedu seketika. then dalam tergagap aku jawab, "kak long tak reti mak..," ugh, alasan aku macam.... T_T. btw, tu memang bukan alasan, aku memang tak reti nak sembang lama kalau telefon orang. aku memang more kepada mendengar. dengan certain orang je yang aku akan cakap banyak. hmm.. kesian mak tok.. @_@

tadi, tak sampai hati nak tinggal mak tok. dia tak sihat. batuk. tapi terpaksa jugak balik, iman nak siapkan final touch nak gi penang. uh.. esok is gonna be a LONG and tiring day. lusa jugak. nak hantar iman ke uitm p.pinang.

oklah, thats the end i think. i love mak tok so much! :')

p/s: pray for the safety of our journey tomorrow.


Tuesday, April 26, 2011

precious moment


Life is full of suprises, and you don't know how much you'd miss something
until you almost lose it

yeah, dan benda dalam quote kat atas tengah terjadi pada aku
bila dah nak habis belajar kat iium kuantan tercinta ni
baru lah terasa sayang nak tinggal

SEBAB

semua facilities pun macam baru nak siap kot!

ada kompleks sukan yang nak buka insyaAllah by july tahun ni
ada the first dentistry hospital in Malaysia
ada lagi kuliyyah Allied Health Sciences
ada library baru yang bEShar
dan ada masjid cantik jugak yang bakal siap

aihhh time kitorang ni la semua benda baru nak siap kan
btw, memang selalu budak tahu 1987 jadi perintis pun
UPSR 5 subjek, first SPM ada EST, PTS jugak

yeke eh? perbetulkan aku kalau aku silap hehe

sempena hari-hari terakhir di UIA,
kami ramai-ramai pergi photoshoot di sekitar UIA tercinta
sebenarnya entri ni macam nak tunjuk gambar ah. haha :))

ok ok meh kita tengok the picsssss :D
credits to faizah aziz
photographer of the day :)

comel je semua line up cetu :D

gambar dekat court futsal yang baru siap

depan kulliyyah of science (KOS) tercinta

comel je kanak2 depan gambar tu


depan lab natural products

with hassan yang sportrim eh sporting :p

circle of us <3

depan dentistry hospital yang gah :D



banyak lagi sebenarnya gambar tapi malas dah nak upload
macam tak percaya je kami dah nak grad

till then, ja ne~

p/s: may u all succeed in your future undertakings :D



Monday, April 25, 2011

MUDA :D




ok, ini lagu aku pilih buat tema graduasi?
boleh? boleh? boleh? alaa bolehlaaa :D :D :D

final exams - checked
final draft thesis - checked
final year presentation - checked

thesis hardcover - tak siap lagi isk
kemas bilik - pun tak siap lagi isk again

apapun, i'm proud of myself for being able to survive till now
hehe, dan bila edit thesis yang final draft hari tu
sendiri rasa mak ai punyalah banyak grammar aku salah
baiklah aku sedar diri *tangan ke dada mata ke atas*

rasanya, aku nak kena membaca lebih
jangan nak baca novelsssss je
scientific books pun kena baca jugak

btw, aku nak sutera bidadari! please. -_-


p/s: i miss you! :'D


Tuesday, April 12, 2011

mine is gonna be yours



asssalamualaikum w.b.t

malam ni, mode rindu rumah sangat-sangat.

i've been with you guys during you guy's convocation.
you wore your convo robes.
insyaAllah, you'll wear it again.
but this time, it's gonna be mine.

i love u ummi and abi :')



p/s: terima kasih untuk segalanya



Sunday, April 3, 2011

keinginan membuak :)


tepat 3 pagi 3 april 2011
usai sudah the 2nd part
alhamdulillah

penghujungnya dah semakin hampir
perasaan di hati?
hanya Tuhan yang tahu

ada sedih, ada gembira, ada excited
apapun, aku ingin menghargai saat-saat yang seciput cuma ini
dengan sebaiknya. bersama insan2 yang menghargai aku

ya Allah, permudahkanlah urusanku dan teman-teman
ya Allah.. hanya padaMu kuserahkan segala ketentuan.

dalam kepala, bermain-main angan
perancangan masa depan mungkin?
itupun, kiranya impian itu terlangsai
semoga mimpi itu terlaksana
aku ingin. aku mahu!

menggapai bintang bersama kamu! *senyum malu* :"D


Saturday, April 2, 2011

hatiku berlubang


kata ibarat pedang
tajamnya bisa membunuh lawan

terlajak perahu boleh diundur
terlajak kata?


manusia sentiasa tidak menghargai apa yang disisi
sepertinya pungguk yang sentiasa menanti bulan
tak endahkan gelap malam yang sentiasa menemani

aku mahu belajar menghargai
dan terus menghargai
dan bersyukur

ya Allah, walau aku tak seperti dia atau mereka
aku tetap bersyukur kerana aku adalah aku
tanpa aku, takkan sempurna dunia
Alhamdulillah, hanya padaMu syukur kupanjatkan

:)

till here, ja ne~



Friday, March 25, 2011

perfect


sometimes i wonder
how come a person become so perfect
in the eyes of her or his lover

hmmm..

:)

ja ne~




Thursday, March 24, 2011

kerana kau takkan pernah tahu


Sahabat..
Suasana asing digamit rindu
Tika renungan jatuh ke tapak2 longlai
Bicara tiba2 tidak bermaya
Laut tiba2 tanpa ombak
Kulihat daun2 kasih
Gugur layu satu persatu
Untukku letakkan erti jalinan
Mesra dan berseri

Maaf ampun disusun di lipatan hati
Tidak terluah di ambang kasihmu
Di antara jejambat Ilahi
Tangan2 kering menadah rahmat

Sahabat
Hidup ini ibarat merentasi samudera nan luas
Cabaran dan dugaan ditempuh
Xubah seperti ombak2 kecil melanggar perahu kecilmu

Kau dan aku
Adalah kembara di sebuah fatamorgana
Moga kita bersama
Di noktah kebahagiaan dan keredhaan

Dalam solatku
Tika khusyukku menghadap sang KhaliQ
Sekujur diri terasa sekerdil zarah
Itulah sebuah ketenangan dalam diri

Jika tergugat dengan hiruk pikuk duniawi
Bila dan dipanjatkan
Dan tangan2 ditadah
Niat dan harapan
Betapala dirasakan

p/s: tawar hati. sungguh. maaf aku tak sempurna.

ja ne~


keluargaku anugerah-NYA

jengah facebook adik, baru perasa dia post video ni
terharu ok!
nak nak pulak time banyak kerja n homesich ceni kan
thanks yie :)



huwaaah rindunya nak balik rumah
emmm.. -_-


ja ne~ :D


Wednesday, March 23, 2011

stress dan aku


assalamualaikum

stress, apa yang korang faham tentang stress?
stress yang saya faham ialah satu keadaan di mana kita rasa tak boleh handle situasi yang kita hadapi. antara tanda-tanda stress ialah moodiness, emo, sedih-sedih je, nak marah-marah dan cari pasal dengan orang sekeliling, jerit dan certain orang tak boleh kawal emosi sampai jadilah sakit mental. nak ke sakit mental? nak ke kawan? hmm..

ada pelbagai stimulants yang boleh menyebabkan stress. setiap orang di trigger oleh stimulant yang berlainan. kalau aku, aku selalu stress bila aku rancang sesuatu, tapi benda tu tak jadi, atau aku terpaksa tambah atau buat something yang lain daripada perancangan aku. haih panjang betul explanation stress. ada orang, stress betul bila lauk yang depa suka tak ada kat cafe. ada orang stress sebab kerja yang terlampau banyak. ada jugak orang stress bila terlampau bosan takde kerja nak buat. agak cliche di situ.

ya, manusia tak pernah puas dengan kondisi masing. dunia senantiasa dirasakan tak adil. ya, aku sendiri tak dapat larikan diri dari kenyataan tu. syaitan dan nafsu sentiasa menghasut diri. ya Allah, ampunkan aku -_- . peribahasa yang selalu kita dengar orang cakap, if you want to be happy, be! ya, kita gembira atau tidak, bahagia atau sengsara, semuanya berbalik kepada diri kita sendiri. ada je orang kaya yang hidupnya tak tenang walau cukup serba serbi. dan ada juga orang yang tinggal rumah setinggan tapi bahagia dan gembira kerana merasa kecukupan dengan apa yang mereka ada. begitulah perumpamaannya.

berbalik kepada stress, apa yang aku buat bila stress?

  1. biasanya aku akan bercerita kat kawan-kawan. bukan solusi yang aku harapkan dari mereka, cuma minta mereka jadi pendengar yang baik, dan comfort aku. :)
  2. kalau stress sebab nak marah orang, tarik nafas dalam-dalam dan hembuskan balik. buat banyak-banyak kali sampai rasa lega.
  3. kalau stress tu melibatkan kerja yang banyak dan perlu disiapkan dalam masa yang singkat, aku akan list kan semua yang perlu dibuat, dan rancang masa.
  4. aku tulis kata-kata semangat dekat sticky notes, tukar wallpaper laptop ldan handphone letak kata-kata semangat jugak.
  5. tak tahan sangat, aku akan menangis sepuas-puas hati. kebiasaannya masa tadah tangan berdoa lepas solat, ataupun sebelum tidur malam.
  6. solat malam dan baca al-quran dan tafsirnya sekali.
  7. dan.... bila aku hilang punca dan tak tahan sangat, aku akan call ummi cerita segala. :')
biasanya, sebab kita stress ialah sebab kita takut nak menghadapi apa yang perlu dihadapi. dan mungkin juga tak cukup bersedia. kita sebenarnya perlu kuat, dan ingat, segalanya akan berlalu. masa depan yang cukup indah menanti di hadapan. kuat semangat, beranikan diri untuk hadapinya. cari solusi kalau ada masalah.

satu hari nanti, kita akan tersenyum bila ingat balik apa yang telah kita lalui. insyaAllah.
mulakan langkah, sedikit demi sedikit. orang kata, baby steps :) . bila kita rasa kita dah dapat kawal situasi, insyaAllah, the stress will deplete with time.

tahniah untuk adik tercinta, nurul iman amani for your excellent SPM result. i'm proud of you. nanti kak long belanja makan sedap-sedap lagi ye. i love you. :))


sampai sini, ja ne~

:D


Saturday, March 19, 2011

don't hate me cause i'm beautiful :p



saya
.
.
.
penat perah otak buat thesis express
.
.
.
oleh kerana terlampau tensi, maka saya ber'camwhoring'
.
.
.
sila jangan menyampah
biarkan saya syok sendiri
biarkan saya edit gambar saya sampai tak nampak jerawat
sampai nampak macam putih melepak padahal tak pun
biarkan, boleh?
just bear with it

maka inilah hasilnya:


haha setakat mampu nak edit
nak buat macam mana
muka berminyak + jerawat bertapak banyak GILA
takpelah, camwhoring is better than saya tensi tak tentu hala
kan? kan? kan?

thanks sudi melayan kerenah gila saya

doakan aida fitriya dan saya dan kawan-kawan yang lain sihat sejahtera emosi dan badan dan minda di saat-saat genting ni, please?

ja ne~ :D



Friday, March 18, 2011

s.t.r.e.s.s



presentation Clinical Research and DDS

Assignmentssss

Thesis

Final Exam

Thesis presentation

supervisor baru suruh tambah method baru untuk lab work

ya Allah, risau dan takut yang amat

aku
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
STRESS!!

sekarang still tak boleh lelap mata walaupun badan, otak dan hati penat sangat
saya perlukan semangat, saya tak perlukan stress melampau macam ni

semoga saya mampu hadapi dan siapkan semuanya dalam tempoh masa yang ditetapkan

doakan, please [T_T]


Wednesday, March 16, 2011

bukit pelindung teluk chempedak, its awesome! :D


assalamualaikum.

entri kebelakangan ni nampak aku macam stress je kan. biasa lah tu, dalam sebulan tu adalah 2, 3 kali mood emo nak balik rumah nak menangis peluk ummi segala bagai datang kan. kesian kat orang yang senantiasa perlu melayan. tabah pulak tu melayan walaupun adakalanya macam dah bosan nak layan kan. hehehe. sekarang mood dah ok balik. stress? tetap ada. thesis progression masih dok di takuk lama je jugak kan. kesedaran yang ada kerja banyak tu memang senatiasa ada, tapi urge untuk buat kerja tu tak cukup lagi agaknya. nak jugak dia tangguh-tangguh kan. dah nak buat cane, dah memang jenis tak kan nya buat kerja sampai siap kalau takde tekanan. alasan ke ni? hmm lantak lah. mungkin kurang berdisiplin kot aku ni. tapi at last kerjanya siap jugak. insyaAllah.

hari ni, means semalam kot sebab sekarang dah jam 1 pagi. aku tidur sepanjang hari. satu badan cramp. sampai nak turun beli makanan kat cafe pun malas. eh, bukan malas sangat, dia macam lebih kurang dengan tak larat lah. serius aku faham apa orang tua-tua rasa bila sampai surau dari rumah, lepas tu nak landing kat karpet surau tu, cakap "Allah...", sebab penat jalan. serius aku boleh rasa. sakit dow. kaki kejang urat tegang je sana sini. tu la, bukan sebab aku dah tua ok! sebab aku dah LAMA GILA tak jog. serius lama. cakap nak serius je kan. tapi memang betul ah. 2 sem dah aku tak melawat taman bandar depan uia tu. bukan jauh pun, depan uia tuuuu jeeeee. tu pun dah 2 sem aku tak pergi. tak yah cerita la taman gelora ke futsal ke kan. aku sebenarnya bukan tak nak main futsal, kanak-kanak ni semangat kot dok ajak aku main tiap petang. aku cuma.. tak selesa sebab aku tak pernah langsung main. takut dowh nak mencuba something yang baru. gila jakun kan? futsal pun tak pernah main. member memang selalu ah cakap aku reti makan tidur study jeee. pastu, dating jugak. hihi ok gatal! :D

ok panjang pulaaaak bercerita. aku sebenarnya bukan saja-saja manja nak cramped tau. dia cramped sebab isnin hari tu kami semua pergi bukit pelindung. bukan picnic tau, kitorang gi hiking. hehehe ok bunyik macam best je kan. memang best lah. tapi agak macam kecewa la kan, sebab kononnya nak tengok sunrise, janji jam 6.30 bertolak, alih-alih terbangun lambat. hehe, normal la tu kan. masing-masing kan kalau pukul 12 takdenye nak tidur dah. pukul 12 tu malam masih muda beb. :))

baiklah, sudah-sudah lah tu bercerta panjang lebar, mari jamu mata tengok gambars. :D


ni time sebelum mendaki, memang muka berseri kan :D

fizah: meh kita buat-buat macam nak tolak batu ni. sekali dia senyum. hihi

dah lagi sesuku nak sampai puncak

muka puasssss :)


hmmm trip ni kira macam ok lah walau banyak kurang sana sini. takpe, yang penting, kita seronok dan enjoy. yang kurang sana sini tu toksah lah kita nak hiraukan sangat. ukhuwah terjalin, memori tercipta. dah tak lama untuk kami habiskan degree. masa rasa macam sangat pantas berlalu. sekarang haruslah fokus pada thesis dan persiapkan diri untuk presentation fyp nanti. tapi yang tak puas hatinya kerja-kerja lain masih banyak melambak. Semoga Allah permudahkan segalanya. insyaAllah.

baiklah, till here. kita jumpa lagi dalam post seterusnya ok macam bajet dah. haha byeee. ja ne~ :D








Sunday, March 13, 2011

hati tisu



rasa hati yang gundah gulana
puncanya sendiri yang cari pasal
sendiri cari sakit, sendiri kena tanggung
saya rasa nak lari jauh jauh
this jealousy is gonna kill me lah :(

tak nak fikir dan tak nak fikir
at the end, i'm always thinking about it

haih, kenapa lah hati
kenapalah nak bagi lagi ruang
kenapalah nak tersentuh lagi
memang hati tisu lah kan
kena air sikit dah robek
aduhai

bila macam ni
mari kita immerse kan diri
dalam kerja yang banyak tak pernah sikit
wi, kuat sikit!
jangan nak layan hati rapuh sangat
bukan best pun kan

huu~ ja ne :D

p/s: aku tak mahu memilih, tapi kamu boleh memilih



Thursday, March 10, 2011

i'm cool :)



i am emo, because i'm not you. i am me
sometimes we think we know people
but then we realize
people are too complicated to be understood

i trusted you
with my whole heart
i thought you'll never betray me

for me
you're an angel
now, someone made me realize
you're a normal human being
you make mistakes
like everyone else does

no one is perfect
it is my fault to love you so much
to adore you like no one else
to be able to hide my pain just for you

bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi
aku undur diri, cukup sampai di sini

thanks, for everything

p/s: i know u won't read this, and i don't mind.
please be happy. it's none of your fault.



Tuesday, March 8, 2011

gedik sket mau?


firstly, sila lupa dan abaikan entri emo di bawah bawah.
biasalah kan, perempuan. *datang bulan kot* :p
sekarang tengah bertungkus lumus menyiapkan segala kerja dan lebihan labwork fyp
banyaknyaaaa!! tak sabar nak selesaikan semuanya!
kuatlah hati, kuatlah semangat, berhentilah kuat berangan hehe :p

Alhamdulillah
May 12th is getting nearer. can't wait!
it's been 2 years being with YOU
lots of things happened. memories were kept in hearts.
thanks sayang :) .

p/s: gatai noo? haha lol


Monday, March 7, 2011

sayonara


maybe
i've given too much to be your best friend.
yes
i'm hoping too much from you.
and now
i'm stopping this.

i'm not even one.

tak layak pun.

i'm far too childish to be your besties.

i'm too imperfect to be one.

so now, i'll go away.

i'll stop trying so hard.

i'll stop. i'll stop.

sorry. i'm giving up.

T.T


semoga mudah jalanku


lately, rasa penat menguasai diri. tak tahu punca. nak kata banting tulang 4 kerat pun tak. nak andai study bagai nak lebu buku pun tak jugak. buat thesis sampai pecah otak pun tidaj sama sekali. minggu ni ada 2 kuiz hari berturut-turut. untuk subjek clinical research, satu nota pun belum dapat aku habiskan. semalam nak baca je, boleh pulak tertidur time baca. boleh bayang tak? ada gaya macam nobita la boleh tidur kat mana-mana kan?

ya Allah, semoga aku kuat. KUAT sangat perlu sekarang ni. sekarang ni kuat sangat berangan lepas grad nak buat tu nak buat ni. sibuk je dok cari kerja segala padahal yang dihadapi sekarang ni tak de nak lepas lagi pun. tak mo dah sighing. tapi macam nak sigh jugak. aduh. kuat sungguh dugaan final semester ni kan. lepas ni nak pergi lab, siapkan sisa fyp. semoga Allah permudahkan urusanku. kalau boleh siapkan hari ni lagi bagus. :")

p/s: doakan saya pleaseee. ummi k.long nak balik lagi.. -_-


kurnia friendship




boleh tak bila go through album-album lama dari first year hingga fourth year, mata berkaca basah je. rasa terharu atas nikmat persahabatan yang dikecapi. rasa gembira dan bertuah sebab punya sahabat seperti mereka. rasa sedih juga bila teringat kawan-kawan yang dah melangkah ke alam lain. ada suami untuk dijaga. kurang sedikit masa bersama. sedih lagi bila mengingatkan yang semua setiap seorang dari kami akan melangkah ke alam itu. rasa kehilangan itu ada jauh dalam hati. suatu hari nanti, gambar-gambar tersebut akan kutunjukkan kepada warisku, men'lagenda' kan kisah berharga ni. walau cuma 4 tahun kita bersama, malah mungkin kurang, aku sangat menghargainya. Terima kasih kawan-kawan.


boleh pulak jiwang kan. memang dalam mood emo emo jiwang pun sekarang. tadi petang entah berapa lagu indon saya download. lepas tu tengok pulak gambar-gambar kenangan tu sambil dengar lagu-lagu sentimental jiwang *guna headphone baru comel* sampai orang ketuk pintu bilik dan panggil dan call dan sms pun tak dengar. memang masyuk ah :"))

Ya Allah, terima kasih. syukur kehadrat-Mu atas kurniaan ini. semoga lembayung rahmatMu sentiasa memayungi hidupku dan sahabat tercinta. insyaAllah.




Wednesday, March 2, 2011

tafsiran mimpi berombak :DD


setelah sekian lama blog ini menyepi sejuta bahasa, sehingga terdengar suara-suara sumbing menanyakan kenapa dan mengapa. maka haruslah saya meng'update'. hehe. masa berkejar-kejaran, siang diganti malam, matahari dihambat bulan dan bintang, begitulah juga saya dihambat workload yang semakin bertambah. Tapi, saya tetap tak rajin-rajin. sehinggalah semalam, saya didatang mimpi dikejar ombak sehingga lemas. baru lah mula nak fikir bukan-bukan.

mari kita tafsir mimpi saya yang semalam tu. ombak saya umpamakan seperti workload yang banyak. saya ialah saya. gigi laut which is pantai saya ibaratkan seperti peruntukan masa yang saya ada untuk siapkan semua workload tersebut. ombak yang pada mulanya, mengacah-acah saya melambangkan saya sebenarnya risau akan kerja-kerja tersebut. tapi, dalam fikir cuma rasa macam takpe, masa masih panjang dan banyak untuk saya siapkan segalanya. haa see see? tangguh-tangguh pencuri masa ni lah yang saya selalu amalkan. sihat tak? memang tak sihat kan. isk. then, ombak tu bila mula cuba untuk melepasi gigi laut, saya mula cuba untuk menghadangnya, lantas saa ditarik bersama laut lalu lemas. ini pula melambangkan saya yang bertungkus lumus menyiapkan workload yang banyak tersebut supaya tak melepasi masa yang diperuntukkan. hehe. pandai tak saya tafsir mimpi saya? hihihi

baiklah, mimpi tersebut memang benar-benar saya lalui semalam. tapi, tafsiran mimpi tu toksah la nak percaya sangat ye? saya cuma relate mimpi tu dengan keadaan saya sekarang. hehe. jadi pagi tadi, saya bangun awal sikit dari biasa *sebab mimpi takut :p* dan mandi awal sikit dari biasa dan terus tercongok depan laptop kat meja study bertungkus lumus untuk cari momentum yang lama kelam tanpa jejak. susah tau nak sambung buat balik kerja kita yang kita dah tinggal lama. tak apa, at least saya berusaha. takmo beralasan lagi. yeke? :p

tengah bulan ni dah kena hantar 1st draft untuk thesis fyp. lepas tu ada seminar DDS. ada jugak lab report dan quizzes. dan dr. deny masih belum mahu memaparkan mid term DDS dan PQA yang dikatakan beliau VERY BAD. isk isk. Sampai sini dulu berita terkini lagi tak sensasi dariku.

ja ne~

p/s: doakan. :")


Monday, February 21, 2011

amarah


entri ni untuk kau, kau dan kau dan kau dan kau dan kau,

eh, kau pun jugak!

kau la siapa lagi, nak terasa siapa suruh?
hey, masakan pokok bergoyang kalau tiada angin bertiup?
kenapa pula kau mahu terasa andai diri tiada bersalah? kan?
jadi kau, kau dan kau tak perlu rasa apa-apa.
keras betul hati kau kan?

ya lah kan, kau kan hebat.
kau kan pandai.kau kan cantik.
kacak pulak tu. berbudi bahasa? err...
eh, kau boleh diam tak?
kalau kau tak nak buat, tak perlu buat la bai.
tak yah lah nak tunjuk muka senyum depan
tapi belakang kalah muka hantu yang paling buruk.
weh aku tak suka la orang pura-pura macam kau.
dan kau, dan kau jugak.

tapi akhirnya, aku juga lah yang sakit.
sebab? sebab kau tu tak da deria rasa.
aku sakit hati mengaduh menangis depan kau pun,
kau boleh buat dek je. kau memang hati batu lah.
seronok jadik kau kan?
kau buat aku, aku pulak yang rasa bersalah.
kau kenapa eh? dan aku pula mengapa?

duh. =_=

kau janganlah terasa sebab aku saja je nak lepas marah tapi bukan kat kau dan kau dan kau. saja je nak test, best tak lepas amarah kat blog. tapi macam best jugak kan. haha :)) . kesian kau blog. sabar eh.

p/s: kalau jadik bos boleh jugak marah orang bawahan. :p


Monday, February 14, 2011

selawat ke atas junjungan besar :)

potong daun pandan nipis-nipis, taruk daun melur sikit, renjis perfume segala bagai, bungkus daham kain net. yes, that is what we call bunga rampai. teringat zaman sekolah-sekolah dulu, sanggup balik lewat petang, semata-mata nak siapkan bunga rampai ni untuk majlis sambutan maulidur rasul sekolah keesokan harinya. dah tu bila balik je terus rasa sayang nak basuh baju sebab bau wangi sangat. tapi basuh jugaklah sebab takut kantoi cilok perfume ummi hampir separuh botol hehe :p


satu mangkuk ni kalau letak dalam bilik, seminggu pun belum hilang lagi bau dia :D


yang ni hias cantik-cantik buat hantaran kahwin pun boleh

esok cuti umum sempena sambutan kelahiran baginda Rasulullah s.a.w. dan saya terpaksa menyambutnya di lab. tak mengapalah, semoga berkat hari kelahiran baginda, kami akan lebih bersungguh-sungguh, tabah dan kuat untuk menyiapkan final year project.

insyaAllah. Happy celebrating Maulidur Rasul everyone! XD

p/s: don't complicate simple things :)

Wednesday, February 9, 2011

kerana itu ketentuan-Mu



it's funny, how life turns out to be. sometimes, our plans run smoothly macam smoothies. homogeneous je kan. but then, bukan semua yang kita rancang akan jadi kenyataan. sebaliknya, it worsen. kita hanya mampu merancang, Allah jugalah yang menentukan segalanya. di sebalik setiap apa pun yang berlaku dalam dunia ni, pasti ada sebab dan hikmahnya. Allah kan sebaik-baik perancang. Janganlah kita berputus asa dengan rahmat Nya. dan senjata yang bernama DOA juga, bukanlah senjata yang patut dipermainkan. bukankah DIA sentiasa mendengar doa hamba-hambanya yang penuh harapan lagi teraniaya? tapi jangan pula bila bermasalah baru kita mahu tadah tangan. pulak tu, nak jugak bila tak cukup tangan, padang bola sebelah rumah pun dia nak tadah. aduhai manusia yang pelupa.

orang kata, kalau dah memang jodoh kita, terpisah jauh di benua berlainan pun akan ketemu dan bersatu juga. begitu jugalah kalau dah bukan takdirnya jodoh kita, duduklah sebelah-sebelah, tunang, terikat dan couple 50 tahun pun, tak kan jadi juga. jodoh tu kan, rahsia Tuhan yang terindah *senyum*. oleh itu, walau apa pun yang terjadi, saya dan kamu perlu tabah, kuat dan sentiasa percaya. prince charming saya dan kamu sentiasa ada. telah ditetap dan diaturkan. kalaupun bukan di sini, insyaAllah ada lah dia di sana *senyum lagi* .

ok, why on earth saya cakap hal jodoh ni? huh. ramai betul kawan-kawan saya bertunang dan berkahwin cuti chinese new year hari tu. tahniah untuk semua pasangan-pasangan yang telah beralih ke daerah itu. saya? masih jauh perjalanan yang perlu ditempuhi. apa pun, i'm very happy for you guys. tapi ingat, itu baru permulaan. not the ending yet. semoga korang hidup bersama happily ever after macam dalam fairy tale. mudahnya, sampai syurga. InsyaAllah :) .
kalau tahun ni tahun nikah kahwin, maka tahun depan insyaAllah akan jadi tahun cahaya mata. waaaah, seronoknya kan :) . eeeeee suka! ok dah lebih. hehe.

jumaat ni, saya ada mid term exam. exam pharmaceutical analysis. dan saya belum habis baca walau satu tajuk pun. makanya, untuk malam ini, saya telah decide untuk mengekang mata saya dari tertutup. uh, kalaulah saya mampu :') . doakan saya ya. tak sabar betul nak grad. isk T_T.
sekian dulu. saya mahu siap-siap nak belajar. :)

p/s: Dulu dia pernah jd org yg kita paling sayang, Sekarang jgn la maki die ibarat org yg paling kita benci. Belajar terima ketentuan-Nya. ya kawan? :)





Thursday, February 3, 2011

perfect two :)

ok ni entry gelik lagi :p
sebenarnya takdelah nak gelik sangat
saya addicted pada lagu ni
comel and sweet

hihi XD






~~~~
Cause your the apple to my pie
Your the straw to my berry
Your the smoke to my high
And your the one I wanna marry
~~~~

p/s: esok malam balik uia dah. dan, nak gi tengok Adam Asyraf bin Awis jugak! cant wait :)

Wednesday, February 2, 2011

tribute 2 :D


............................

tak tau nak taip apa sebenarnya..
it's just that i feel so lucky
to have known
him





thanks, sanggup kongsi susah senang bersama saya.
sabar dan sangat sabar layan kerenah saya.
emo, kuat makan, kuat merajuk, cepat marah.
suka 'pow' awak jugak keke.

............................

emm.. nak angpow boleh? :D

p/s: nomu nomu chuwa!! ^^


Friday, January 28, 2011

suka!!!

on the way pulang ke desa, bas yang kunaiki berhenti seketika. serentak aku terjaga dari lena. hujan renyai menyapa bumi indah, teman disisi pasang lagu dadali-di saat aku mencintai dirimu kuat-kuat. seperti akur dengan citra latar, memori itu terlayar satu persatu gaya keping-keping potret terpisah. aku tersenyum sendiri, mata basah. syukur, segalanya telah berlalu. aku senyum lagi sekali :')

sampai rumah subuh-subuh. ayah berkain pelikat, ummi tengah pegang penyapu. disambut gelak ceria adik-adikku. sejenak melangkah ke dalam rumah, aku terasa rumahku lengang. rindu belum terubat. iman dan hani ada program kat sekolah, fitri kat asrama. yie belum pulang bercuti. cuma ada ummi, dan dua orang adik kecilku, tasnim dan afiq, juga abi.

gitu lah, rasa macam tak percaya. adik-adik semua dah besar-besar. yang dok gaduh sampai macam nak pecah rumah hari-hari, semua dah ada jalan sendiri. paling aku terasa, bila fitri takde kat rumah. selalu, dengan dia lah nak aku marah-marah tak puas hati. padahal bukan sebab benda besar pun, hehe.

cakap pasal fitri, petang tadi pergi MTAQ pulai chondong. konon nak ziarah budak ni la. punya la macho kat rumah siap suka nak spak tumbuk orang semua, rupanya dalam hati ada taman der. tiap minggu kot ummi pergi tengok siap bawak makanan sedap-sedap *kalah aku dok asrama dulu*. Adik-adik aku bawah fitri yang lagi 2 orang kemain la petah mulut dok bercerita. fitri nangis lah. selalu call ummi malam-malam cakap takleh tidur la. siyes aku tak percaya. hahaha. dan petang tadi, aku dapat saksikan sendiri kemanjaan adik aku yang sorg ni ha. ummi dok nak balik dia tak kasik kot. pastu bila kitorang betul-betul dah nak balik, dia cium tangan ummi pastu dengan peluk-peluk sekali. ummi sampai malu-malu. hehehehe gila cheesy kan? :p :p

hmm sebenarnya sekarang ni mata dah berat, badan penat n mengantuk tahap dewa kot. pagi tadi walaupun dah bantai tidur sampai pukul 12 tengahari, tapi tetap penat. penat jiwa dan raga. ewah. tapi sayang betul nak tidur. sebab kalau tidur, habislah masa sehari kat rumah cetu je. rasa rugi gila. lama kot tak balik ni. huuuuuuu~

wah dah panjang aku merapu. till lain kali lah pulak ye.

ja ne~ XD

esok iman n hani balik yeay! XD

Tuesday, January 25, 2011

EXcuse ME~ :D

adalah normal bagi kita manusia, bila kita tengah serabut, tension, banyak kerja, takde mood dan segala, kita akan cari something untuk dipersalahkan. kan? and that is what happening to me now. duh -_-

hari yang dulu, bila fikir kan banyak kerja, fyp dan segala, saya sandarkan salah tu pada duit JPA yang belum masuk. bila saya takde mood, saya bagitau mereka-mereka yang care yang duit belum masuk. tak leh shopping nak release tension. nak makan pun tak cukup. itu takde, ini takde. serba serbi tak cukup. then..

jeng jeng jeng..

bila duit masuk, maka pergilah nwca dengan segerombolan kawan-kawan beliau ke pasaraya beli dan cukupkan segala jenis barang. sepulangnya ke uia tercinta, bersemangatlah pulak kemas bilik segala. dan semangatlah jugak sikit nak pergi kelas dan buat fyp sikit-sikit. ok. selepas beberapa hari, tense scale naik lagi. dan kali ni, ditambah dengan mid term exam pula. dan saya pun seperti biasalah, mengadu dan bercerita, dan dia cakap

"haritu cakap nanti dah ada duit boleh shopping dah takkan tension2 lagi dah... bla bla bla"

TING!! ok then i realized, after all, duit JPA belum masuk cuma lah excuse. tempat untuk saya sandarkan masalah dan untuk saya mempersalahkan. alahai ayat bm tak lepas je nih. tapi korang faham kan? kan? aduhai.. tapi biasa lah kan, that's human nature. perlu sesuatu untuk dipersalahkan. hihi.

dan tahu tak apa EXCUSE saya yang terbaru?

saya homesick. that will do it for now, right? hehe. XD

Thursday, January 6, 2011

stressed out

assalamualaikum~

"Apakah manusia itu mengira bahwa ia dibiarkan saja mengatakan ‘Kami telah beriman’ sedang mereka tdk diuji lagi? Dan sesungguh Kami telah menguji orang2 yg sebelum mereka mk sungguh Allah mengetahui orang2 yg benar dan Dia mengetahui pula orang2 yg berdusta..."






saya sangat stress kebelakangan ini. macam-macam masalah timbul. alhamdulillah saya punya sokongan padu dari family, dia, dan kawan-kawan.saya tahu, di tengah-tengah kemelut ni, saya perlu, harus dan wajib bertahan. ya Allah, semoga dipermudahkan jalan kami. ameen.

thanks a lot sayang-sayangku *love*

p/s: senyum dalam perit =')




Sunday, January 2, 2011

azam tahun baru saya

1/1/11, what does that date means to you? tahun baru laaa kan, but then, tarikh tu cantik kot. bila lagi mahu jumpa tarikh tu kan.. but then again, we never going to meet any same date pun kan as we go along our wonderful life ni, wonderful ke? ok la, at least it must be a sacred one. kan. :)

As i scrolled all status's' in the facebook semalam, most of the status's' of course la mention about the new year and the 'azam tahun baru' masing-masing. kelakar bila ada yang mention something like 'my azam tahun baru is my azam for my previos year' haha. by the way, macam lah saya punya azam tahun yang lepas-lepas dah tertunai, hihi. tapi kan, at least, ada la satu dua yang macam menjadi jugak, so i think i should be happy la jugak sikit. :D

azam tahun baru 2011 saya ialah saya nak siapkan lab untuk final year project saya within the time limit in the gantt chart. oh please, hopefully azam yang ni menjadik. tak larat nak pegi lab sambil kena buat thesis. penat dow. eh, boleh ke ni dikira sebagai azam? hehe macam an item in a 'must to do list' je dah. ah tak kisah lah :D

eh, hari tu saya dan kawan-kawan pergi tengok bola lagi. dan sebab kitorang pegi lah kot m'sia menang hehe ok perasan. tak kisah lah, janji bangga sebab most of malaysian players play superbly. hihi grammar salah? ok, noted :p .

p/s: ada orang cakap scholar masuk bulan 2, isk isk. -_____-


 

nwca Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez